semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Assalamualikum...

Tetiba rasa nak mencoret berlebih-lebihan pulak hari ini.. bukan apa cuma nak share.. sebenarnya pada tahun 2012 aku ada datang sekali lagi ke LPPKN dan pada visit tu aku dan suami dah decide dah nak buat IVF.. bila consult dengan Dr tapi Dr buat semakan pada rekod sedia ada dan mengatakan aku dan suami subur dan still consult kitaorang untuk cuba IUI untuk kali ke tiga dan ianya bermaksud cubaan terakhir untuk IUI... yang letihnya untuk proses tersebut aku terpaksa buat semula HSG untuk tahu tiub tersumbat atau tidak...

HSG memang menyakitkan walaupun untuk kali kedua.. as usual ianya ok tak tersumbat but kali ni aku tanya doktor adakah rahim aku terbalik sbb sebelum ni dr Ismail Tambi ada kata bila tgok film xray tu mcm terbalik rahim aku... dan doktor tu cakap ada sedikit ke belakang dan bukannya terbalik  sangat... so dia note dekat situ retroverted uterus.. so bila jumpa Dr untuk perjumpaan seterusnya aku tanyalah ada masalah tak kalau rahim terbalik.. dr cakap dalam perubatan selagi ianya tak tersumbat, terbalik tu bukan masalah untuk tidak mengandung... so berlaku jugalah IUI ke3 dan mungkin belum rezeki kami... ianya masih tidak berjaya...

dan masa berlalu terlalu cepat.. dengan assingment berlambak dan exam aku mula menangguhkan prosedur tersebut dan yang sebetulnya nak kumpul balik duit RM10 ribu ++ tu yang jadi IVF tersebut tertangguh... ada hikmah disebalik apa yang berlaku...

oh berbalik pada tajuk should i trying the IVF procedur... dalam kehidupan perlu berani untuk bertaruh.. taruhan harapan dan wang... apa-apa pun sedang tunggu petunjuk Allah mungkin Ramadhan ini ada petunjuk terbaik dari Nya...

Sabarlah wahai hati..apa yang membuatkan aku kuat untuk menghadapi semua ini.. kerana aku sering fikirkan bahawa apa yang kita mahu kadangkala cuma baik bagi kita namun tidak bagi ALLAH.. Aku redho dengan ketentuan Mu... terima kasih ya ALLAH..

sekian untuk kali iniWaAllahualam
Bismillahirahmanirahim.... Ya Allah dalam diam tak diam dah setahun aku tinggalkan blog ni.. Al maklumlah akukan bukan penulis blog yang rajin serta tegar ... menulis sebab suka suki.. huhu.. Apa-apa pun aku amat bersyukur kerana Allah memberi aku ruang dan peluang untuk aku terus bertemu bulan mulia ini Ramadhan al mubarak.. Ya Allah aku pohon kepada Mu.. semoga Ramadhan ini memberi seribu rahmat dan barakah kepdaku, suamiku,ahli keluargaku, rakan-rakanku serta umat Islam di seluruh alam ini... ameen ya rab