semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Assalamualikum...

Rasa macam lama tak mencoret dalam blog ni... bestkan tajuk entry kali ni... emm serahkan segala2nya pada Allah.. senang cakap tapi susah nak buat.. ok sebenarnya aku rasa aku ni jenis manusia yang cepat risau al maklumlah anak sulung perempuan dari 12 orang adik beradik... walaupun aku no 4 tapi aku dah macam kak long dah.. so bila hal berkaitan keluarga aku akan feeling lebih.. emm kerisauan yang melampau, selalu fikirkan tentang emak, abang dan adik2.. hehe kak long kan.. 

Sehinggalah baru-baru ini melihat video adik kepada Bill Clinton yang memeluk Islam.. best dengar cerita dia dan apa yang dikatakan olehnya seolah-olah melekat dalam kepala otak dan hati ini... emm aku terfikir kalau orang yang baru kenal tetang Islam dah letakkan segala2nya pada Allah kenapa tidak aku yang lahirnya seorang muslim.. Allah Hu Akhbar

Since that.. aku belajar untuk serahkan segala2nya pada Allah.. so bila rasa ada kerisauan bertandang angkat tangan dan berdoa dan setelah itu percaya dan serahkan terus pada Allah untuk menentukannya.. Alhamdulillah rupa2nya ianya sesuatu yang baik dan melegakan.. benar bila Allah jadi sandaran segala-galanya dipermudahkan.. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang diberi dan perhatian yang sentiasa ada buat mahlukMu yang alpa ini..

Sekian untuk kali ini.. still waiting for a good new yang mana ianya baik untuk aku dan baik bagi Allah yang menciptakan aku ....WaAllahualam...
Assalamualikum...Alhamdulillah masih diberi kesempatan menghirup nafas segar dan diberi ruang waktu untuk mencoret di dalam entry kali ini.. Emm hari ini aku dan suami pergi berjumpa dengan orang yang hendak memberi bayi kepada kami so selepas menghantar adik aku ke Puduraya untuk pulang ke Perlis, aku terus mengajak suami ke Klang untuk bertemu dengan ibu yang hendak memberikan anak kepada kami. Klang merupakan pekan yang amat jarang kami kunjungi agak berpusing2 jugak kami nak mencari Bukit Kuda tapi bila rasa macam dah malas nak mencari dipermudahkan pulak untuk berjumpa tempat tujuan kami.  Kami berjumpa dengan wanita Indonesia yang menguruskan ibu yang sarat mengandung tersebut. Apa yang kami hadapi ialah bila orang tengah tersebut macam tak membenarkan ibu mengandung tersebut bercakap dan hanya dia yang bercakap mewakili ibu tersebut.  Emm dan yang tak sedapnya cerita agak bercanggah daripada asal, mula-mula katanya suaminya bercerai dan larikan diri tapi bila dah jumpa kata suaminya meninggal dan dia datang ke Malaysia, dah tu bila selidik-selidik lagi dia cakap tak pasti pulak tapi bila aku tanya ibu mengandung tu dia macam tak berani nak jawab. 

Emm itu satu hal... oklah aku dan suami tak kisah anak itu sah taraf atau tidak, sebab bagi kami bayi tersebut suci biarpun apa asal usulnya.. tapi bila tanya dokumen perjalanan pulak dia kata dia kosong dan tak ada apa2.. ohooo... ini pasti menyukarkan aku dan suami untuk membuat prosedur pengangkatan nanti.. so berfikir sejenak dan tanya lagi apa yang dia hendak kami berikan sekiranya dia berikan anaknya yang baru lahir kepada kami, ibu mengandung tu tunduk terpisat2 nak bercakap dan orang tengah tersebut cakap dia ada hutang dengan mereka RM2700 lepas tu dia perlukan biaya bersalin di hospital swasta sebanyak RM2500 sebab dia tak ada dokumen sah jadi terpaksa bersalin di swasta dan lepas bersalin dia tak nak tengok bayi dan nak serahkan terus dan mahu pulang ke Indonesia dan kami diminta membiayai wang untuk ibu tersebut pulang ke Indonesia.So secara totalnya kami perlu spend more then 7K untuk membiayai kos keseluruhan untuk mengambil anak angkat yang bakal lahir pada 7 Oktober 2013 dan kami diberitahu anak tersebut adalah lelaki. Sebenarnya agak banyak wang yang perlu diperuntukan untuk proses ini rupanya dan kami ni pun tak punya apa2 persediaan yang telah dibeli untuk menyambut bayi... jadinya kami ambil keputusan untuk berfikir dan beristikarah terlebih dahulu.

Adakah bayi tersebut bakal menjadi milik kami... waAllahulam tapi semasa menulis entrry ini pun hati aku berat mengatakan tidak dan bila bertanya suami dalam perjalanan pulang tadi suami pun macam aku jugak. Alasan pertamanya sebab aku tak dapat bercakap terus dengan ibu tersebut tetapi melalui orang tengah. Keduanya wang tersebut yang perlu disediakan sebenarnya agak banyak dan mungkin aku tak ada duit sebanyak itu buat masa ini. Ketiganya ibu tersebut tak ada dokumen yang sah, aku risau sekiranya ianya menyukarkan pendaftaran anak angkat nanti. Apa2 pun ianya menjadi pengalaman pertama kami dalam usaha mencari anak angkat dan sekiranya ianya bukan milik kami maka kami akan usahakan lagi untuk mencari anak angkat yang lain. sekian entry untuk kali ini semoga ianya menjadi titik tolak kepada sesuatu yang baik kelak... ameen...
Assalamualikum...  semoga hari ini lebih baik dari semalam... oh entry kali ni tajuk cam aku nak ambik anak angkat kan.. emm rasanya cam tulah.. Oh ya Today birthday my hubby 36 years old... moga Allah pangangkan umur suamiku.. dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman...amenn.. Bila fikir umur suamiku yang dah 36 dan umur aku yang dah masuk 33 next month mcam seriau pulak sebab kami masih berdua... tapi bersabarlah wahai hati itukan Allah yang tentukan so aku patut sebut Alhamdulillah... oh ya syukur sebab Allah masih beri kami kasih sayang dan rahmat yang melimpah ruah... Terima kasih ya Allah..

Oh melencong dari tajuk asal sudah... berbalik pada tajuk anak angkat.. emm just terkejut bila kawan bagi tau ada seorang ibu ni nak beri anak dia tapi kami perlu tanggung kos bersalin di hospital..  emm berfikir sejenak.. tanya pendapat suami dan suami bagi green light.. oh alhamdulillah moga dipermudahkan segala urusan.  Sekiranya baby itu memang Allah telah suratkan sebagai anak angkat kami InsyaAllah kami terima dengan tangan terbuka.. tak kisahlah siapa pun asal usul dia.. ia tetap insan suci yang lahir seperti kain putih dan ibubapanya lah yang akan mencorakkannya nanti..

Ya Allah aku memohon hanya kepadaMu sekiranya urusan ini baik untuk kami, baik untuk agama kami dan baik untuk masa depan kami lorongkanlah kami kepadanya dan permudahkanlah kami. Hanya padaMu kami berserah dan memohon petunjuk sesungguhnya kami jahil ya Allah bantulah kami ini dan janganlah Kau biarkan kami menentukan arah kehidupan kami tanpa bimbingan dariMu... sesungguhnya hanya padamu Kami meminta dan hanya padaMu kami mohon pertolongan.. Ameen ya Rabbal alameen...