semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers


Assalam semua...

Just nak kongsi pengalaman temuduga jawatan penolong pegawai belia dan sukan KBS baru-baru ni... actually masa pergi temuduga tu dah macam-macam yang aku baca dari segi fakta hingga auta,.. hihi.. tapi bila tiba masanya ketaqlah pulak semua benda lupa... adoyai...

Temuduga tu berlangsung pada pagi Jumaat 12/9/14 di tingkat 6 SPA Putrajaya pukul 8.15pagi so mari kita lihat betapa mengelabahnya aku menjawab soalan temuduga ni... 


Masuk bilik temuduga...Ada dua penemuduga wanita yang jadi panel temuduga... berpeluh lah jugak den nak menjawab soalan dia orang sebab pagi tu aku orang pertama yang masuk bilik temuduga tu..

Mula-mula masuk bilik temuduga tu soalan pertama adalah
sila ceritakan latarbelakang diri
so aku pun citer la. bla..bla..bla...

then tanya tentang penglibatan aku dalam sukan

so aku citer sukan aku dari zaman sekolah hingga bekerja dan selitkan sikit aktiviti sukarelawan..

then tanya kenapa nak jawatan ni..
aku jawab ttg skop kerja jawatan ni berkaitan dgn degree aku sbb ada buat training.. then apa tah lagi aku membebel dah lupa dah..

then dia tanya camna nak daftar pertubuhan belia dan kat mana
yang ni aku lupa nama jab pendaftaran pertubuhan belia tu aku cuma jawab pergi KBS dekat situ ada tempat daftar..hihi

then dia tanya fitMalaysia
aku jawab apa tah tapi yang aku ingat aku jawab untuk jadikan belia bersukan dan kebetulan aku ada pergi masa pelancaran tu so tahulah serba sedikit camna nak goreng... haha

then dia tanya pulak belia dan remaja apa bezanya
sudah.. aku mula blur bila dia tanya benda ni... aku pun bantai je belia tu umur 15 hingga 40 manakala remaja umur 13 hingga 21... hahaha apa daa.. tak terfikir dia tanya soalan ni..
dekat sini penemuduga tu x puas hati ngan jawapan aku... so macam2 lah benda dia pertikai... masak aku... (^~^)

then tanya lagi apa elemen dalam fit Malaysia..
alamak yang ini memang aku tak tahu.. pengsan...(*___*) so aku jawab secara membuta tuli... ada aktiviti fun run.. ada senaman aerobik ada aktiviti sukan mempertahankan diri.. entahlah betul ke tidak..

itu je kot soalan dia... masa ambik balik dokumen dari kedua-dua penemuduga tu lepas ucap terima kasih..bila aku nak keluar tu aku tegur salah seorang penemuduga sebab pakai name tag terbalik.. bukan bertujuan nak malukan dia tapi takut nanti org lain pun nampak x bestlah kan... aku kenalah jaga nama rakan se'gomen'... tapi kelam-kabut makcik tu betulkan nametag dia...errrrkkk mmg confirm x dapat lol... sesuka hati jer aku membuat teguran...

emmm.. semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua...waAllahualam

wasalam...

7 comments:

nuriz said...

Dapat kot tu sebab berjasa tegur name tag cik puan tu..hihi

Wan Mallinee said...

aamiin... hopefully lah dapat.. tq atas doanya..

Anonymous said...

Keputusan temuduga Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27 dah keluar apa mcm kak? dapat tak ?...saya nervous tunggu result kastam w27 ni ...

Wan Mallinee said...

hahah... jawapannya dukacita anda tidak berjaya.... huwaaaaa... kena tunggu result kastam pulak la nampaknya.. (^___^)

Anonymous said...

Tak apa kak mudah2an result kastam nanti ....flying colors insyallah

Anonymous said...

Kastam dpt x... result dah keluar

Anonymous said...

sy cuma dpt s27 simpanan jer sedihnya rasa hm agak2 ada peluang tak kak ?