semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Assalamualaikum... moga kita semua masih berada dalam nikmat Islam dan Iman...aameen


Bestkan tajuk post ni setelah sekian lama menghilang dan aku berdoa agar Allah bukakan hati ini untuk berkongsi cerita ini dengan pembaca blog.  Semoga ada manfaatnya buat rakan-rakan yang masih menanti insan kecil bergelar anak.

Nak dijadikan cerita Allah takdirkan aku mengandung juga akhirnya setelah 14 tahun usia perkahwinan kami... aku dan suami sangat bersyukur dan macam mimpi bila tiba-tiba aku disahkan mengandung. Pertama kali aku buat urine test dan naik double line pon rasa terkedu, suami yang dah tidur aku kejut dan tunjukkan pregnancy test tu tergamam juga, terus peluk aku dan kata ini semua rezeki jaga si Faliq... dan air mata kami sama-sama berlinangan dalam pelukan yang kami berdua sahaja tau apakah perasaan tersebut. 

Hari ini semasa aku menaip ni Alhamdulillah usia kandungan dah mencapai usia 25 minggu dan banyak benda yang aku nak cerita namun apa-apa pun doa aku semoga Allah permudahkan urusan mengandung dan melahirkan insan kecil ini dari rahim ku nanti...aameen






1 comments:

nuriz said...

Alhamdulillah...14 tahun menanti..semoga ibu dan baby sihat sehingga melahirkan..jarang2 bukak blog..sekali bukak dah ramai yang pregnant..syukur..tahniah dear..