semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - First Birthday

Assalamualaikum... moga kita semua masih berada dalam nikmat Islam dan Iman...aameen


Bestkan tajuk post ni setelah sekian lama menghilang dan aku berdoa agar Allah bukakan hati ini untuk berkongsi cerita ini dengan pembaca blog.  Semoga ada manfaatnya buat rakan-rakan yang masih menanti insan kecil bergelar anak.

Nak dijadikan cerita Allah takdirkan aku mengandung juga akhirnya setelah 14 tahun usia perkahwinan kami... aku dan suami sangat bersyukur dan macam mimpi bila tiba-tiba aku disahkan mengandung. Pertama kali aku buat urine test dan naik double line pon rasa terkedu, suami yang dah tidur aku kejut dan tunjukkan pregnancy test tu tergamam juga, terus peluk aku dan kata ini semua rezeki jaga si Faliq... dan air mata kami sama-sama berlinangan dalam pelukan yang kami berdua sahaja tau apakah perasaan tersebut. 

Hari ini semasa aku menaip ni Alhamdulillah usia kandungan dah mencapai usia 25 minggu dan banyak benda yang aku nak cerita namun apa-apa pun doa aku semoga Allah permudahkan urusan mengandung dan melahirkan insan kecil ini dari rahim ku nanti...aameen






Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum... semoga kita masih diberi nikmat Islam dan Iman...

FUHHHH.....Hembusssss lebih sikit.... sebab blog ni dah terlalu bersawang.... kesian kamu Cik Blog...maaf sekiranya aku terlalu lama membiarkan kamu terbiar... setahun tanpa update sebarang cerita...

Hari ni nak cerita sedikit pasal prosedur pengangkatan bagi anak angkat setelah berumur dua tahun... jom aku share sikit langkah2nya.. cam lagu tu... langkah demi langkah kita daki bersama.. cewah..:-

Langkah pertama:-
Pertama kali dapat anak angkat. Sila buat sijil lahir dahulu dan alang-alang berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ambil borang permohonan anak angkat tu dan dalam borang tu ada surat akuan sumpah dan terus buat prosedur tu (kalau buat di JPN Putrajaya ada Pesuruhjaya Sumpah di aras G). Simpanlah borang permohonan dan akuan sumpah tu selama 2 tahun.

Langkah kedua:-
Pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Daerah masing-masing untuk memohon Anak Pelihara. (Ini merupakan dokumen sah kita jaga anak tersebut sepanjang 2 tahun sebelum dapat sijil anak angkat dari JPN)

Langkah ketiga:-
Selepas 2 tahun jaga anak tersebut pergi ke JPN Daerah masing-masing untuk penyerahan borang permohonan anak angkat dan bawalah semua dokumen yang diperlukan iaitu:-
surat akuan angkat sumpah
surat beranak,
sijil nikah, (asal & salinan)
surat akuan anak pelihara, (asal & salinan)
mykad suami isteri, (asal & salinan)
salinan mykad ibu kandung,
Gambar penuh anak, 4R
Salinan bil air/elektrik
*Selepas serahan borang dan dokumen tu akan dapat surat serta tarikh untuk temuduga.

Langkah Keempat:-
Hadir ke JPN pada tarikh yang ditetapkan untuk temuduga bawa mykad dan sijil nikah
-masa temuduga tu suami,isteri dan anak angkat kena hadir.
-soalan dia simple jer kenapa nak ambil anak angkat dan dia akan tanya anak angkat sapa kita ni so kalau anak dah pandai cakap dia pasti panggil umi dan ayah kan tapi kalau tak pandai cakap pon dia tengok macamana hubungan kita dengan anak tu... tak nampak pelik ok lah... bukan apa takut ada aktiviti pemerdagangan manusia.

Then dah settle temuduga cuma tunggu sijil anak angkat dikeluarkan... sebenarnya post ni dah tulis lama dah tapi baru sempat nak update dan alhamdulillah sebulan lepas temuduga keluarlah sijil anak angkat tu.

semoga post ini membantu sesiapa yang nak memohon sijil anak angkat.

waAllahhualam... moga Allah juga mudahkan urusan kalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian...


Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat Iman dan Ihsan... tajuk post macam dah lama menghilang.. yup... terlalu lama sehingga lupa rasanya bagaimana nak menaip di dalam blog sendiri... hihihi.  Al-maklumlah bila bergelar ibu sementelaah lagi aku pulak seorang pelajar separuh masa yang bekerja.. memang aku tetiba terlalu sibuk... so..time managament itu penting...

Pelbagai pertanyaan yang aku terima dari orang sekeliling dan aku akui.. Ya bukan mudah menjadi seorang ibu, walaubagaimanapun aku bersyukur kerana Allah permudahkan segala urusan.  Alhamdulillah.. dan ditanya perasaan menjadi seorang ibu... sungguh tak dapat aku bayangkan rasa bahagia yang mencanak-canak di hati dan bagaikan tidak percaya akan berpeluang memangku insan kecil setelah sekian lama menanti saat-saat terindah tersebut... Itulah rezeki penantian selama 11 tahun.

20-11-2014- Si kecil lahir secara pembedahan kerana setelah diinduce 2 kali bukaan masih 3cm dan baby telah mula buang air besar.Alhamdulillah sikecil selamat dilahirkan dan pertama kali menyusukannya rasa seperti bermimpi.. terkial-kial aku menyusukan dan rezeki Allah susu mencukupi untuk sikecil selama 3hari (full bf). lepastu campur dengan susu kambing (karihome)

21-11-2014- Baby dibenarkan keluar kerana kelihatan tidak kuning dan disebabkan suami minta sikecil berkhatan awal maka selepas balik kerumah petang tersebut kami datang semula ke Hospital. Syahdu melihat si kecil menahan sakit semasa berkhatan. Sepanjang malam tu tak dapat tidur sebab sikecil agak meragam mungkin pusat dan 'bird' sakit. Kenangan yang paling tak dapat dilupa sebab menyusukan baby dalam keadaan mengantuk dan hampir-hampir terlepas baby dari pangkuan aku.

22-11-2014- Hari ni si kecil tidur dengan nyenyak.. banyak kali kejut untuk menyusu pun dia payah bangun...disebabkan semalaman kami tak dapat tido so kami pun balas dendam tidur juga... rupa-rupanya bila baby tidur maksudnya kuning semakin tinggi.

23-11-2014 - Datang ke hospital untuk check kuning dan rupanya kuning si kecil melebihi bacaan yang dibenarkan 12 kalau tak silap dan Dr kata kalau tak ok juga kena masuk ward. oh tidak...Balik dari hospital kami terus menyelesaikan segala dokumentasi si kecil di JPN.

24-11-2014 - Setelah berfikir banyak kali aku tidak datang buat pemeriksaan kuning sikecil sebab risau kena tahan ward jadi kami memilih untuk pulang ke kampung dan emak siapkan air mandian herba untuk si kecil.

25-11-2014- Alhamdulillah bacaan dari 12 telah kurang kepada 9 dan Dr suruh datang lagi keesokan harinya namun aku kan degil tak datang pun bawa si kecil sebab kesiankan dia kena cucuk.. bila tengok mata dan mulut dah ok dan aku still teruskan mandian herba tu selama seminggu. 

Hari ni 3 April 2015 si kecil sudah semakin aktif walaupun baru berusia 4 bulan 13hari.. mula belajar meniarap dan sangat asyik mengagah dan tersenyum... Semoga kamu membesar dengan sempurna dan sihat, serta menjadi anak soleh dan menjadi pencen kubur Ummi dan Ayah.. Aamin

Sekian untuk kali ini semoga perkongsian ini ada manfaatnya.. sekian wasalam.
Assalamualaikum... semoga kita semua berada dalam nikmat Islam dan iman.. aamin

Hujan lebat dan suasana sejuk membungkam ini menjadikan otak aku semakin beku untuk membuat tugasan lantas jari-jemari ini terus menaip di ruangan blog ini.  Otak yang membeku bagai tidak tahu apa yang bakal aku kongsikan di sini.  Oh kisah anak angkat yang aku janjikan untuk dikongsikan telah sebulan berlalu... Penantian.. betul kata orang penantian satu penyiksaan.. banyak dugaan yang kami lalui dalam usaha memastikan insan kecil ciptaan Ilahi itu menjadi milik kami.. kami masih menanti kelahirannya.. oklah apa kata aku kongsikan apa yang telah aku sediakan untuk si kecil ini... semoga persediaan yang kami buat ini tidak sia-sia dan moga anak itu nanti lahir dengan sihat, sempurna dan membesar bagai juara.. hihi(^___^)


Alhamdulillah berkat doa dan usaha serta tawakkal suntikan dan ubat yang diberi untuk menghasilkan susu akhirnya berjaya dengan kaedah pumping dan permakanan yang berkhasiat.. pelbagai perasaan bercampur-baur bila berjaya menghasilkan susu sendiri untuk diberikan kepada anak susuan nanti.. InshaaAllah dia bukan sahaja anak angkat kami malahan ianya bakal mempunyai hubungan darah hingga akhirat kelak dengan kami kerana aku bakal menyusukan si kecil itu nanti.. aku benar-benar bersyukur dengan nikamat ini ya Allah...alhamdulillah..

Sudut baby kami.. InshaaAllah
Gambar di atas ni antara persiapan kami untuk menyambut kelahiran si kecil tersebut ke dunia ialah 11 tahun menanti insan bergelar anak.. so kami pun sibuk memasang katil si kecil menyiapkan sudut untuk si kecil dalam bilik kami dan membeli pelbagai keperluannya...  daripada pakaian hingga ke stroller semuanya telah kami belikan. aku lihat suami sangat excited dan kadang-kala hati kecil ini terusik kerana andai ianya adalah anak dari rahim aku alangkah bagusnya dan cepat-cepat hati ini beristigfar.. sesungguhnya apa yang Allah telah tetapkan untuk kami itu yang terbaik.. namun di sudut hati ini aku masih mengharapkan agar satu hari nanti aku di beri kesempatan untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu yang mengandungkan sendiri anaknya... alamak tetiba macam syahdu je bunyi nya.. oklah tak nak touching2.. doakan yang terbaik buat kami.. sekian untuk kali ini.. waAllahualam


Assalamualaikum... 

Semoga kita semua berada dalam nikmat Islam dan Iman.. aamiin... tetiba rasa ada benda yang perlu aku kongsikan dengan kamu cik blog... emm apa lagi kalau bukan cerita anak dan anak angkat..  ialah bukankah engkau diciptakan untuk meluahkan rasa hati... so semoga cik blog tak jemu dengar cerita aku tentang anak dan anak dan anak.. hihi (^___^)

Oklah straight to the point semalam aku dapat satu info tentang ada seorang biomum yang nak beri anaknya kepada keluarga yang boleh menyara anaknya... aku pun terus berhubung dengan biomum tersebut dan usia kandungannya telah memasuki trimester terakhir sebab dia dijangka bersalin paling awal 8 November 2014 atau paling lewat 20 November 2014. Oh.. hanya tinggal sebulan untuk aku membuat persiapan. sempat ke tanya hati.. InshaaAllah andai dia ditakdirkan milik kami...

Balik rumah beri suami baca segala perbualan kami melalui whatsApp dan suami terus setuju.. dia kata dari cara adik tu bercakap dia budak yang baik dan suami aku yang sarankan kami berjumpa sebab kalau adik tu betul2 serius aku nak ambik pil agar aku boleh menyusukan anak tersebut dan dari perbincangan aku dengan doktor sebelum ini dia sarankan aku ambik sebulan sebelum anak tersebut dijangka lahir. so hubby nampak lagi excited dia ajak kami berjumpa malam tu juga...

Dugaan... cari kolej adik tu pun agak jauh.. dan seperti biasa bila jalan malam memang tersesat baratlah jugak walaupun gunakan google maps.. bila sampai kolej tunggu adik tu sebab dia tengah buat asgmnt.. beria-ria minta maaf suruh kami tunggu.. dalam hati aku.. gigihnya adik ni still rajin belajar... 

Ok dipendekkan cerita adik ni sebenarnya nak jaga anak ni sendiri tapi membayangkan dia masih belajar dan dia takut tak mampu menyara anak tu nanti.  Dari cara bercakap nampak sangat dia sayangkan anak tersebut sebab berulang-ulang kali dia bertanya adakah aku akan izinkan dia berjumpa anak tersebut untuk mengetahui perkembangan anaknya nanti.  Aku dan suami bukan orang yang zalim mungkin nanti kami akan cemburu dengan hubungan mereka tapi memikirkan walau apapun yang berlaku hubungan anak dan ibu takkan terputus jadi kami decide untuk benarkan dia tengok anak dia... semoga keputusan yang kami buat ini tak salah.

Apa yang adik ni nak... tak ada.. non.. even bil hospital pun dia nak bayar sendiri sebab dia nak bersalin di hospital swasta.. dia takut menyusahkan sebab tu dia berusaha kumpul duit untuk bersalin nanti... tapi sebagai keluarga yang akan ambil anak tersebut untuk dijaga kami takkan nak biarkan ianya berlaku.. aku pujuk dia agar duduk dengan aku bulan depan sebab aku nak dia bersalin di hospital swasta berdekatan rumah aku sebab di situ lebih Islamik dan kami akan biayai semua kos. Aku juga akan jaga dia seminggu dan aku rancang nak minta bidan (adik aku sendiri) untuk mengurut biomum tersebut agar dia benar-benar sihat.

Semoga segalanya dipermudahkan.. petang ni kami nak ikut biomum tu gi buat checkup terakhir di klinik yang biasa dia pergi dan selepas ni kami akan tukar tempat checkup dan tempat bersalin dia.. semoga Allah rezekikan anak itu untuk kami... aamiin

Ok sekarang kena fikir persiapan bayi.. dan apa-apa nanti aku update lagi ya cik blog.. semoga ada masa sebab asgmnt tengah berlambak-lambak minta disiapkan.. huhu

Wasalam...






Asalam semua.. semoga kita semua berada dalam Islam dan Iman.. aamiin

Just nak share tentang apa yang aku pelajari... (^__^)
Alhamdulillah diam tak diam dah masuk semester dua aku melanjutkan pelajaran dalam bidang Pembangunan sumber manusia ni.. dan semester lepas aku ambil empat subjek dan the best thing is i got 4.00 for all subject.. yeaayyyy... first time dalam sejarah belajar kat U aku dpt result sebaik ini selalunya yang paling baik pun 3.86 and so so lah.. mungkin ada hikmahnya aku pitam dalam bilik air sebab nak dapat result 4.00 hiihi..

Prof Turiman Suandi
Oh mula-mula tu masa belajar ni aku plan nak buat project paper tapi disebabkan masa buat research method tu kena baca paling kurang 50 jurnal untuk dijadikan rujukan dan kena menulis sebanyak 80m/s - 100 m/s untuk tajuk yang aku cadangkan tu so akhirnya aku mengalah..  aku memang tak mampu walaupun kerja di MAMPU.. (*~*) sorry ya my Supervisor Prof Turiman Suandi..


Apa bezanya belajar degree dan master ni.. emm bezanya masa degree dulu buat PJJ dan master ni buat fulltime dan bestnya bila boleh belajar dan menatap muka pensyarah tiap--tiap minggu.. sungguh aku dahagakan ilmu mereka. almaklumlah mereka ni semua dah banyak pengalaman mengajar dan kebanyakannya dah pencen dan merupakan pensyarah kontrak.  Salah satu yang aku suka sem. ini bila dapat 'ayah angkat'... haha sebab apa sebab nama aku sama dengan nama anak Dr Azahari jadi dia akan kenalkan pada orang lain yang aku ni anak dia... hihi dan satu aku suka belajar dengan Dr Azahari ni sebab dia banyak idea bila mengajar dan sentiasa buat kami dalam kelas berfikir... semoga Allah membalas budi baik semua pensyarah2 yang mengajar aku... aamiin


My 'Ayah' Prof Madya Dr Azahari
oh dan sem ni aku buat giler lagi... ambik 5 subjek.. biar betul aku ni.. dahlah belajar sambil bekerja... harap2 boleh bawak dan tak pitam macam sem lepas... kalau orang lain boleh kenapa tidak aku.. aku ingat lagi arwah ayah selalu pujuk aku dulu kalau rasa down dia akan cakap "anak ayah pun boleh buat jugalah, orang lain makan nasi kak lin pun makan nasi juga..." i love his word and until now aku berpegang kepada kata-kata arwah ayah. Terima kasih ayah... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah...aamiin

Oklah sekian untuk kali ini nak sambung buat asgmnt ni... wasalam


Asalam semua...
oklah nak cerita tentang temuduga ni pulak... nampak tak.. bila dah mula menaip aku tak boleh post satu benda je.. ada jer benda lain nak citer.. lagi-lagi bila semua kerja rumah dah siap di settle kan pagi-pagi sabtu nan indah ni...hihi

Macam ni citer dia..sebenarnya semalam Jumaat 19/9/14 aku hadiri satu lagi temuduga.. Penolong Penguasa Kastam W27 pulak.. emm nampaknya bulan ni memang bulan untuk aku ditemuduga... 

Nak kongsi dengan sesiapa yang masih belum pergi temuduga ni sebab setahu aku temuduga ni berlangsung hingga 2 oktober 2014...

aku sampai dekat SPA pada jam 8.05pagi lepas letak surat panggilan temuduga dalam box yang disediakan aku pun duduklah diruangan menunggu sementara tunggu nama dipanggil untuk proses dokumentasi.. so lama gak dalam 15 minit baru nama aku dipanggil.. lepas tu x sempat aku nak isi ruangan yang dicop oleh pegawai spa tu nombor aku dah keluar depan bilik temuduga.. aramak camna ni.. so aku pun masuk jelah lepas ketuk pintu.... sopan gitu.. hihi

beri salam dan tak sempat ucap selamat pagi penemuduga sorang lagi dah ucapkan selamat pagi kat aku sebab penemuduga tu India.. Kali ni kedua-dua panel adalah lelaki.. 

as usual lepas serahkan dokumen dan awal-awal aku minta maaf sebab tak sempat isi lagi dokumen tu dan aku tanya perlu tak di isi... penemuduga tu kata tak apa dan suruh aku duduk...dan aku menanti untuk diserang.. ok sekali lagi aku nervous jugak... apa daaaa...

soalan pertama.. dari pegawai SPA are you rushing Miss??? we was waiting for 15 minute but nobody come in...
eh soalan apa pulak ni... aku jawablah aku tak rushing tapi tak sempat tulis dokumen tu sebab baru je lepas proses dokumentasi dan nombor aku dah naik.. dan aku dah tunggu lama gak kat depan tu tapi nama tak dipanggil.. nasib baik muka uncle tu mesra alam so tak ler aku mengelabah...

then dia suruh ceritakan tentang diri serba sedikit.. in english
so cerita jelah...

then dia tanya first time ke temuduga dengan spa
aku jawablah last week pun aku ada temuduga penolong pegawai belia dan sukan

then dia tanya awak belajar diploma akauntansi tapi kenapa degree bidang lain
aku jawab sebab untuk pelajari sesuatu yang baru dan sebab dgn diploma tu saya langsung tak pernah dipanggil untuk jawatan W dan ini jawatan pertama yang ditawarkan untuk di interview selepas 13 tahun saya ada diploma akauntansi tu..

then tanya berapa tahun dah berkhidmat dengan kerajaan dan dimana
so aku jawab lah bla..bla..bla..

then tanya suami kerja apa dan tentang anak
so aku pun jawablah apa yang patut.. kat sini best sikit jawapan dia.. adalah rezeki anak tu nanti.. macam belajar ni awak dah belajar dah bertahun mungkin ada rezeki lepas ni.. (terus cakap melayu sebab dia simpati kot)

Pegawai Kastam tu pulak tanya... dalam bahasa melayu pulak..
cerita sikit apa tu jabatan kastam dan tugas kastam
aku jawab mengikut apa yang aku baca... bantai jelah...

then dia tanya tadi awak kata kastam tu salah satu agensi yang memungut cukai.. ada agensi lain ke yang memungut cukai?
aku jawab ada.. LHDN

then dia tanya LHDN tu apa dan pungut cukai apa?
aku jawablah Lembaga hasil dalam negeri dan pungut cukai pendapatan.

then tanya cukai apa je yang kastam pungut?
aku jawab duti eksais, duti eksport, duti import, cukai jualan dan cukai perkhidmatan... rasanya levi kenderaan pun ada tapi aku tak cakap..

then tanya.. cukai jualan tu dalam english apa ya?

dan tetiba aku terlupa.. bila cakap melayu suruh translate english memang aku lembab.. baik tanya in english je... aku jawab.. jualan... sales... sales tax lah kan.. pegawai tu gelak.. saja tau..

then tanya pernah tak berurusan dengan kastam awak pernah pergi oversea ke? dan pergi mana?
aku jawab pernah masa pergi dan balik dari umrah..then bla.bla..bla...

then dia tanya apa jer urusan dengan kastam tersebut
aku bagitau dia buat pemeriksaan bagasi..

then dia tanya ada tak bercakap dengan mereka

aku jawab tak ada sebab bagasi saya tu clear je.. jadi saya cuma cakap terima kasih.. 

then tanya tentang gst
jawablah apa yang patut.. dah bacakan benda tu.. tapi cam gagap je aku jawab kenapalah dengan aku ni... sampai pegawai tu tersenyum.. sib baik muka dia manis je.. aku pun tersenyum-senyumlah sebab dia senyum.. hahaha..

then lepas tu tanya soalan kalau makan kfc nanti bayar tak gst
aku jawab kenalah bayar sbb gst ganti cukai sedia ada.. lepas tu dia cakap kenapa bayar kan tahun depan baru start.. laaa.. tricky question rupanya.. tak terfikir pulak cam tu jawapan dia.. lepas tu dia gelak besar.. amboi.. berjaya kenakan aku lahtu..chittt..

sambung balik pegawai spa menyoal...
kastam bawah kementerian mana ya?
sib baik soklan ni kacang jer... MOF lah kan of coz... hihi

then dia tanya apa lagi jabatan yang di bawah MOF
aku jawab Jab akauntant negara.. lepas tu dia tanya confirm ke.. hihi bila tanya gini mulalah aku mcam blur.. aku tanya balik salah ker..haha.. 

then tanya siapa nama Ketua Pengarah Kastam
so aku jawab Dato' Sri Khazali bin hj. Ahmad.

then dia tanya sorang je ke Ketua Pengarah Kastam 
aku jawab yup sorang jer.. confirm ke?? yes confirm.. saja je diaorang ni tau..

then tanya Ketua Pengarah SPA

yang ni aku cakap maaf saya tak tahu sebab saya tak baca... lebih baik mengaku dari buat2 pandai kan.. biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya... huhu

then tanya oklah siapa ya Pengerusi temuduga hari ini
aku pun jawablah nama beliau Tuan Haji*** then dia tanya lagi confirm ke saya tu? la.. confirmlah tuan takkan en. *** tu kot.. dia kan  India.. gelak besar dua-dua orang tu..

tu jer soalan dia orang.. panjang jugak kan.. tapi memang kelakar penemuduga berdua ni.. aku keluar bilik temuduga tersenyum-senyum sebab mereka ni memang tak buat aku stress langsung.. tak macam temuduga sebelum ni...

Alhamdulillah dah settle temuduga.. kalau nak tahu aku bangun pukul 3.30 pagi untuk baca tentang kastam tu tapi bila masuk bilik temuduga tu...mak aiiii.. punyalah nervous.. berulang2 baca doa agar tak gugup.. lepas tu aku pun terfikir.. kalaulah aku disoal di depan Allah nanti..Ya Allah takutnya.. betulkan setiap apa yang berlaku membuat kita berfikir...waAllahualam

sekian untuk kali ini... good luck untuk rakan-rakan lain... lepas ni tunggu temuduga Penguasa Kastam W41 pulak mungkin bulan depan kot... haiiihhhss.. seriau beb...

okeylah...Wasalam..