semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Assalamualaikum...

Didoakan moga Allah masih mengurniakan nikmat Islam dan Iman buat kita...

Untuk pengetahuan semua cerita ni hanya untuk buat kenang-kenangan aku bukanlah memburukan pihak tertentu... mungkin satu hari nanti aku nak kenang balik... so ada dalam blog aku ni..

Nak dijadikan cerita pada 5 Januari 2018 Jumaat nan indah tu aku ada temujanji dengan Doktor di Hospital P untuk check samada baby dah engage ikut laluan disebabkan dari awal bila dinasihatkan agar aku bersalin secara czer aku menolak dengan alasan aku punya kesihatan sepanjang hamil alhamdulillah..sihat walafiat..tip top gitu...

So masa menolak untuk di czer tu Dr cakaplah "Puan kena ingat puan bukan berumur 26 tetapi 36 saya takut puan tak mampu nak teran nanti.  Lagipun inikan anak pertama setelah menunggu 14 tahun, kita nak baby ni selamat"  tapi lepas bincang dengan suami aku tetap decide nak bersalin normal.

Jadinya datang hanya untuk check kedudukan kepala baby dah masuk channel yang betul ke tidak... bila check semua ok tapi Dr kata air ketuban kurang sangat dan aku kena induce esoknya juga dan sebelum tu Dr tanya lagi puan masih nak normal ke nak czer bila tau air ketuban dah kurang ni.  dan aku dengan yakin cakap tak apa Dr saya pilih diinduce sebab nak bersalin normal. so malam tu juga kena check in hospital... masa ni perasaan entahlah dup dap dup dap lah juga tapi masih boleh control lagi... disebabkan tunggu lama sampai tengahari dan disebabkan kena warded so aku dapatlah MC untuk hari ini dan balik tu teman suami pergi solat jumaat, aku tunggu dalam kereta telefon mak cerita kisah nak kena induce ni dan telefon mak mertua minta datang jagakan si Faliq.

Malam tu aku datang serah diri lepas pukul sebelas malam setelah si kecik tu tidur.  nasib baik semua barang dah prepare tinggal angkut masuk kereta je. Nurse siap call suruh datang juga malam tu sebab esok pagi-pagi nak induce.  Sampai Hospital P daftar nama dia bagi baju dan tunjuk katil set up barang-barang sebab dengar cerita kawan2 ada yang tinggal 3 ke 4 hari sebab induce tak berjaya.  Lepas suami balik Dr Chinese perempuan datang nak cucuk tangan untuk drip mak aiii besor lubangnya sakit wooo.. haha...

So malam tu bermalamlah di hospital buat kali ke dua kali pertama di Hospital S dulu sebab kena denggi. pagi-paginya awal aku bangun mandi Tahajjud dulu.. ha masa ni baru ko nak ingat Tuhan tau pun takut kan... lepas solat subuh.. pukul 7 dah tunggu depan bilik untuk di induce. ingatkan apalah induce tu rupanya di masukkan pil je ke dalam Miss F.. untuk merangsang rasa sakit nak bersalin katanya... emm masa masukkan tu tarik nafas cam biasa tak adalah sakit pun...

Lepas induce dia suruh baring dulu bagi ubat tu berkesan, lepas tu baru bangun minum pagi.. jalan-jalan sekitar wad sebab tak rasa apa2 lagi pun.. call suami minta carikan nanas sebab baca nanas boleh bantu mudahkan bersalin. suami datang masa waktu melawat hantar barang2 yang aku pesan dan bila tengahari tu Dr check bukaan baru 1cm tapi sebab dah kuat kesan ubat tu yang boleh buat rasa nank tongeng golek2 dia tak tambah ubat lagi... then dia kata kalau ada keperluan petang nanti dia check lagi... tapi petang tu sampai suami aku balik tak ada pun nurse or Dr yang check so biar jelah... kita pun segan kalau asyik kena check je kan.. hahaha

Lepas suami balik aku siapkan diri nak ke toilet sebab dah masuk maghrib tapi tiba-tiba bila nak bangun tu rasa ada benda burst dan owh nilah air ketuban ya... dan masa nak tengok air tu tangan aku tertekan pula button untuk panggil nurse tu dah kecoh and kepoh jadinya... datanglah sorang Dr housemen ni check bukaan dan kata bukaan dan 6cm dan kelam kabut aku diusung ke labor room.  Nurse yang tolak wheelchair tu suruh aku call suami... kelamkabut kena pusing balik sebab suami yang baru lepas solat baru nak masuk kedai beli bawang... hahaha boleh pulak bawang tak ada masa aku nak bersalin...apa punya lawak da..

sesampai ke labor room tukar baju lagi.. then check bukaan.. ok baru 3 cm... ulang suara 3 cm ya... melenting Dr labor room dan kena hentamlah Dr yang check bukaan tadi.. pucat lesi merah padam kesian gak aku tengok tapi salah prosedur kenapalah tak reconfirm dengan Dr lain sebelum decide nak tolak aku masuk labor room tu. so mereka semua kata kena hantar aku naik balik sebab 3cm ni tak tau entah esok pagi kot baru nak bersalin dan disebabkan tengok aku pumya sakit tu dah lain macam mereka sarankan agar aku ambil suntikan epidural dan aku masa tu memang dah tak boleh fikir... nurse2 pun cakap puan bukan muda lagi sakit sangat ni baik ambik je suntikan tu sebab tak tau nak bersalin bila.. dan sebab otak serabut aku pun terima cadangan tersebut.

lepas suntikan tu sebelum di hantar naik ke atas mereka check lagi bukaan dan bukaan dah 5cm pulak makanya tak jadi tolak naik... monitar sekejap... aku tanya mana suami aku mereka cakap kejap lagi panggil... dan bila check tak sampai 5 minti lepas tu tengok2 dah 8cm dan masa tu kelam kabut lagi.. Dr suruh aku push ajar aku push aku dah lupa dah mana suami aku otak ni fikir nak keluarkan je baby ni dengan selamat... tapinya tetiba Dr tu cakap kepala baby sangkut pula.. (untuk pengetahuan kawan aku Dr pakar kata untuk kelahiran kali pertama Dr tak boleh suruh kita push kalau baru 8 cm) then aku minta buatlah sesuatu forceps then aku dengar Dr tu cakap dengan kawan dia if for another patient maybe but not for this patient, lepas tu dia siap cakap takut juga kalau baby ni besar nanti camana..  then dia cakap maaf puan kita kena go for czer because baby dah weak dan aku lihat bacaan di monitor 156 ok lagi sempat argue tapi melihatkan keadaan Dr macam tak pakar and kelam kabut aku pun minta panggil suami... suami masuk dia bagitahu kepala baby sangkut dan perlu czer sebab baby lemah... midwife cakap dan bisik2 juga kat aku kalau puan ada rasa nak teran tu teran je puan dah 10cm tu tapinya disebabkan ubat epidural tu dah berkesan tak rasa apa pon dah.. camna nak teran kak oiii...

so kelam kabut lah emergency czer sambil sorong katil aku sambil tambah dos ubat sampai terpercik-cik air tu kena muka aku... masuk bilik tu alahai sejuk gila bilik tu weh.. then macam biasalah saparuh badan je rasa hidup rasalah kena hiris-hiris tapi tak sakit... emmm dan masa nak keluarkan baby tu rasalah Dr tolak balik kepala baby yang dah separuh terkeluar tu ke atas dan tarik sesuatu dari perut dan ringan terus rasanya badan aku. Baby masa tu senyap... aku cuak jugalah then Dr cakap puan tahu ke puan ada fibroid oh mestilah tak tahu then dia kata ada benda alah tu tapi kecik je 5cm dan dia tak buang pon sebab takut tumpah darah dan ko rasa apa.. oklah fikir baik je ikut prosedur...  then barulah dengar suara baby menangis dan Nurse datang tunjuk kat aku... Puan tengok baby apa ni dan aku jawab Boy dan dalam hati alhamdulillah leganya.

Makanya untuk hampir 15 tahun menanti zuriat yang special  ni dapatlah aku rasa macam-macam prosedur nak bersalin dari induce, epidural, cuba teran normal sib baik tak koyak aduyaiii , at last czer... apa-apa pun syukur sebab baby lahir selamat cuma masa baru-baru tu kepala dia jadi panjang sikit sebab tersekat di skala 8... hihi

sebenarnya sedikit frust dengan apa yang berlaku tapi ku pujuk hati ini... tak apalah ambil yang positive mungkin dah bahagian aku macam tu yang penting tengok muka baby yang comel lupa semua sakit tu dan semoga anak yang kami namakan Muhammad Al Fateh ini membesar dengan sihat, semurna, soleh dan bijaksana serta berjaya dunia dan akhirat.  aamin

Oklah tu je nak cerita.. tak larat nak taip dah.. waAllhualam.







Assalamualaikum... moga kita semua masih berada dalam nikmat Islam dan Iman...aameen


Bestkan tajuk post ni setelah sekian lama menghilang dan aku berdoa agar Allah bukakan hati ini untuk berkongsi cerita ini dengan pembaca blog.  Semoga ada manfaatnya buat rakan-rakan yang masih menanti insan kecil bergelar anak.

Nak dijadikan cerita Allah takdirkan aku mengandung juga akhirnya setelah 14 tahun usia perkahwinan kami... aku dan suami sangat bersyukur dan macam mimpi bila tiba-tiba aku disahkan mengandung. Pertama kali aku buat urine test dan naik double line pon rasa terkedu, suami yang dah tidur aku kejut dan tunjukkan pregnancy test tu tergamam juga, terus peluk aku dan kata ini semua rezeki jaga si Faliq... dan air mata kami sama-sama berlinangan dalam pelukan yang kami berdua sahaja tau apakah perasaan tersebut. 

Hari ini semasa aku menaip ni Alhamdulillah usia kandungan dah mencapai usia 25 minggu dan banyak benda yang aku nak cerita namun apa-apa pun doa aku semoga Allah permudahkan urusan mengandung dan melahirkan insan kecil ini dari rahim ku nanti...aameen






Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum... semoga kita masih diberi nikmat Islam dan Iman...

FUHHHH.....Hembusssss lebih sikit.... sebab blog ni dah terlalu bersawang.... kesian kamu Cik Blog...maaf sekiranya aku terlalu lama membiarkan kamu terbiar... setahun tanpa update sebarang cerita...

Hari ni nak cerita sedikit pasal prosedur pengangkatan bagi anak angkat setelah berumur dua tahun... jom aku share sikit langkah2nya.. cam lagu tu... langkah demi langkah kita daki bersama.. cewah..:-

Langkah pertama:-
Pertama kali dapat anak angkat. Sila buat sijil lahir dahulu dan alang-alang berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ambil borang permohonan anak angkat tu dan dalam borang tu ada surat akuan sumpah dan terus buat prosedur tu (kalau buat di JPN Putrajaya ada Pesuruhjaya Sumpah di aras G). Simpanlah borang permohonan dan akuan sumpah tu selama 2 tahun.

Langkah kedua:-
Pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Daerah masing-masing untuk memohon Anak Pelihara. (Ini merupakan dokumen sah kita jaga anak tersebut sepanjang 2 tahun sebelum dapat sijil anak angkat dari JPN)

Langkah ketiga:-
Selepas 2 tahun jaga anak tersebut pergi ke JPN Daerah masing-masing untuk penyerahan borang permohonan anak angkat dan bawalah semua dokumen yang diperlukan iaitu:-
surat akuan angkat sumpah
surat beranak,
sijil nikah, (asal & salinan)
surat akuan anak pelihara, (asal & salinan)
mykad suami isteri, (asal & salinan)
salinan mykad ibu kandung,
Gambar penuh anak, 4R
Salinan bil air/elektrik
*Selepas serahan borang dan dokumen tu akan dapat surat serta tarikh untuk temuduga.

Langkah Keempat:-
Hadir ke JPN pada tarikh yang ditetapkan untuk temuduga bawa mykad dan sijil nikah
-masa temuduga tu suami,isteri dan anak angkat kena hadir.
-soalan dia simple jer kenapa nak ambil anak angkat dan dia akan tanya anak angkat sapa kita ni so kalau anak dah pandai cakap dia pasti panggil umi dan ayah kan tapi kalau tak pandai cakap pon dia tengok macamana hubungan kita dengan anak tu... tak nampak pelik ok lah... bukan apa takut ada aktiviti pemerdagangan manusia.

Then dah settle temuduga cuma tunggu sijil anak angkat dikeluarkan... sebenarnya post ni dah tulis lama dah tapi baru sempat nak update dan alhamdulillah sebulan lepas temuduga keluarlah sijil anak angkat tu.

semoga post ini membantu sesiapa yang nak memohon sijil anak angkat.

waAllahhualam... moga Allah juga mudahkan urusan kalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian...


Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat Iman dan Ihsan... tajuk post macam dah lama menghilang.. yup... terlalu lama sehingga lupa rasanya bagaimana nak menaip di dalam blog sendiri... hihihi.  Al-maklumlah bila bergelar ibu sementelaah lagi aku pulak seorang pelajar separuh masa yang bekerja.. memang aku tetiba terlalu sibuk... so..time managament itu penting...

Pelbagai pertanyaan yang aku terima dari orang sekeliling dan aku akui.. Ya bukan mudah menjadi seorang ibu, walaubagaimanapun aku bersyukur kerana Allah permudahkan segala urusan.  Alhamdulillah.. dan ditanya perasaan menjadi seorang ibu... sungguh tak dapat aku bayangkan rasa bahagia yang mencanak-canak di hati dan bagaikan tidak percaya akan berpeluang memangku insan kecil setelah sekian lama menanti saat-saat terindah tersebut... Itulah rezeki penantian selama 11 tahun.

20-11-2014- Si kecil lahir secara pembedahan kerana setelah diinduce 2 kali bukaan masih 3cm dan baby telah mula buang air besar.Alhamdulillah sikecil selamat dilahirkan dan pertama kali menyusukannya rasa seperti bermimpi.. terkial-kial aku menyusukan dan rezeki Allah susu mencukupi untuk sikecil selama 3hari (full bf). lepastu campur dengan susu kambing (karihome)

21-11-2014- Baby dibenarkan keluar kerana kelihatan tidak kuning dan disebabkan suami minta sikecil berkhatan awal maka selepas balik kerumah petang tersebut kami datang semula ke Hospital. Syahdu melihat si kecil menahan sakit semasa berkhatan. Sepanjang malam tu tak dapat tidur sebab sikecil agak meragam mungkin pusat dan 'bird' sakit. Kenangan yang paling tak dapat dilupa sebab menyusukan baby dalam keadaan mengantuk dan hampir-hampir terlepas baby dari pangkuan aku.

22-11-2014- Hari ni si kecil tidur dengan nyenyak.. banyak kali kejut untuk menyusu pun dia payah bangun...disebabkan semalaman kami tak dapat tido so kami pun balas dendam tidur juga... rupa-rupanya bila baby tidur maksudnya kuning semakin tinggi.

23-11-2014 - Datang ke hospital untuk check kuning dan rupanya kuning si kecil melebihi bacaan yang dibenarkan 12 kalau tak silap dan Dr kata kalau tak ok juga kena masuk ward. oh tidak...Balik dari hospital kami terus menyelesaikan segala dokumentasi si kecil di JPN.

24-11-2014 - Setelah berfikir banyak kali aku tidak datang buat pemeriksaan kuning sikecil sebab risau kena tahan ward jadi kami memilih untuk pulang ke kampung dan emak siapkan air mandian herba untuk si kecil.

25-11-2014- Alhamdulillah bacaan dari 12 telah kurang kepada 9 dan Dr suruh datang lagi keesokan harinya namun aku kan degil tak datang pun bawa si kecil sebab kesiankan dia kena cucuk.. bila tengok mata dan mulut dah ok dan aku still teruskan mandian herba tu selama seminggu. 

Hari ni 3 April 2015 si kecil sudah semakin aktif walaupun baru berusia 4 bulan 13hari.. mula belajar meniarap dan sangat asyik mengagah dan tersenyum... Semoga kamu membesar dengan sempurna dan sihat, serta menjadi anak soleh dan menjadi pencen kubur Ummi dan Ayah.. Aamin

Sekian untuk kali ini semoga perkongsian ini ada manfaatnya.. sekian wasalam.
Assalamualaikum... semoga kita semua berada dalam nikmat Islam dan iman.. aamin

Hujan lebat dan suasana sejuk membungkam ini menjadikan otak aku semakin beku untuk membuat tugasan lantas jari-jemari ini terus menaip di ruangan blog ini.  Otak yang membeku bagai tidak tahu apa yang bakal aku kongsikan di sini.  Oh kisah anak angkat yang aku janjikan untuk dikongsikan telah sebulan berlalu... Penantian.. betul kata orang penantian satu penyiksaan.. banyak dugaan yang kami lalui dalam usaha memastikan insan kecil ciptaan Ilahi itu menjadi milik kami.. kami masih menanti kelahirannya.. oklah apa kata aku kongsikan apa yang telah aku sediakan untuk si kecil ini... semoga persediaan yang kami buat ini tidak sia-sia dan moga anak itu nanti lahir dengan sihat, sempurna dan membesar bagai juara.. hihi(^___^)


Alhamdulillah berkat doa dan usaha serta tawakkal suntikan dan ubat yang diberi untuk menghasilkan susu akhirnya berjaya dengan kaedah pumping dan permakanan yang berkhasiat.. pelbagai perasaan bercampur-baur bila berjaya menghasilkan susu sendiri untuk diberikan kepada anak susuan nanti.. InshaaAllah dia bukan sahaja anak angkat kami malahan ianya bakal mempunyai hubungan darah hingga akhirat kelak dengan kami kerana aku bakal menyusukan si kecil itu nanti.. aku benar-benar bersyukur dengan nikamat ini ya Allah...alhamdulillah..

Sudut baby kami.. InshaaAllah
Gambar di atas ni antara persiapan kami untuk menyambut kelahiran si kecil tersebut ke dunia ialah 11 tahun menanti insan bergelar anak.. so kami pun sibuk memasang katil si kecil menyiapkan sudut untuk si kecil dalam bilik kami dan membeli pelbagai keperluannya...  daripada pakaian hingga ke stroller semuanya telah kami belikan. aku lihat suami sangat excited dan kadang-kala hati kecil ini terusik kerana andai ianya adalah anak dari rahim aku alangkah bagusnya dan cepat-cepat hati ini beristigfar.. sesungguhnya apa yang Allah telah tetapkan untuk kami itu yang terbaik.. namun di sudut hati ini aku masih mengharapkan agar satu hari nanti aku di beri kesempatan untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu yang mengandungkan sendiri anaknya... alamak tetiba macam syahdu je bunyi nya.. oklah tak nak touching2.. doakan yang terbaik buat kami.. sekian untuk kali ini.. waAllahualam


Assalamualaikum... 

Semoga kita semua berada dalam nikmat Islam dan Iman.. aamiin... tetiba rasa ada benda yang perlu aku kongsikan dengan kamu cik blog... emm apa lagi kalau bukan cerita anak dan anak angkat..  ialah bukankah engkau diciptakan untuk meluahkan rasa hati... so semoga cik blog tak jemu dengar cerita aku tentang anak dan anak dan anak.. hihi (^___^)

Oklah straight to the point semalam aku dapat satu info tentang ada seorang biomum yang nak beri anaknya kepada keluarga yang boleh menyara anaknya... aku pun terus berhubung dengan biomum tersebut dan usia kandungannya telah memasuki trimester terakhir sebab dia dijangka bersalin paling awal 8 November 2014 atau paling lewat 20 November 2014. Oh.. hanya tinggal sebulan untuk aku membuat persiapan. sempat ke tanya hati.. InshaaAllah andai dia ditakdirkan milik kami...

Balik rumah beri suami baca segala perbualan kami melalui whatsApp dan suami terus setuju.. dia kata dari cara adik tu bercakap dia budak yang baik dan suami aku yang sarankan kami berjumpa sebab kalau adik tu betul2 serius aku nak ambik pil agar aku boleh menyusukan anak tersebut dan dari perbincangan aku dengan doktor sebelum ini dia sarankan aku ambik sebulan sebelum anak tersebut dijangka lahir. so hubby nampak lagi excited dia ajak kami berjumpa malam tu juga...

Dugaan... cari kolej adik tu pun agak jauh.. dan seperti biasa bila jalan malam memang tersesat baratlah jugak walaupun gunakan google maps.. bila sampai kolej tunggu adik tu sebab dia tengah buat asgmnt.. beria-ria minta maaf suruh kami tunggu.. dalam hati aku.. gigihnya adik ni still rajin belajar... 

Ok dipendekkan cerita adik ni sebenarnya nak jaga anak ni sendiri tapi membayangkan dia masih belajar dan dia takut tak mampu menyara anak tu nanti.  Dari cara bercakap nampak sangat dia sayangkan anak tersebut sebab berulang-ulang kali dia bertanya adakah aku akan izinkan dia berjumpa anak tersebut untuk mengetahui perkembangan anaknya nanti.  Aku dan suami bukan orang yang zalim mungkin nanti kami akan cemburu dengan hubungan mereka tapi memikirkan walau apapun yang berlaku hubungan anak dan ibu takkan terputus jadi kami decide untuk benarkan dia tengok anak dia... semoga keputusan yang kami buat ini tak salah.

Apa yang adik ni nak... tak ada.. non.. even bil hospital pun dia nak bayar sendiri sebab dia nak bersalin di hospital swasta.. dia takut menyusahkan sebab tu dia berusaha kumpul duit untuk bersalin nanti... tapi sebagai keluarga yang akan ambil anak tersebut untuk dijaga kami takkan nak biarkan ianya berlaku.. aku pujuk dia agar duduk dengan aku bulan depan sebab aku nak dia bersalin di hospital swasta berdekatan rumah aku sebab di situ lebih Islamik dan kami akan biayai semua kos. Aku juga akan jaga dia seminggu dan aku rancang nak minta bidan (adik aku sendiri) untuk mengurut biomum tersebut agar dia benar-benar sihat.

Semoga segalanya dipermudahkan.. petang ni kami nak ikut biomum tu gi buat checkup terakhir di klinik yang biasa dia pergi dan selepas ni kami akan tukar tempat checkup dan tempat bersalin dia.. semoga Allah rezekikan anak itu untuk kami... aamiin

Ok sekarang kena fikir persiapan bayi.. dan apa-apa nanti aku update lagi ya cik blog.. semoga ada masa sebab asgmnt tengah berlambak-lambak minta disiapkan.. huhu

Wasalam...






Asalam semua.. semoga kita semua berada dalam Islam dan Iman.. aamiin

Just nak share tentang apa yang aku pelajari... (^__^)
Alhamdulillah diam tak diam dah masuk semester dua aku melanjutkan pelajaran dalam bidang Pembangunan sumber manusia ni.. dan semester lepas aku ambil empat subjek dan the best thing is i got 4.00 for all subject.. yeaayyyy... first time dalam sejarah belajar kat U aku dpt result sebaik ini selalunya yang paling baik pun 3.86 and so so lah.. mungkin ada hikmahnya aku pitam dalam bilik air sebab nak dapat result 4.00 hiihi..

Prof Turiman Suandi
Oh mula-mula tu masa belajar ni aku plan nak buat project paper tapi disebabkan masa buat research method tu kena baca paling kurang 50 jurnal untuk dijadikan rujukan dan kena menulis sebanyak 80m/s - 100 m/s untuk tajuk yang aku cadangkan tu so akhirnya aku mengalah..  aku memang tak mampu walaupun kerja di MAMPU.. (*~*) sorry ya my Supervisor Prof Turiman Suandi..


Apa bezanya belajar degree dan master ni.. emm bezanya masa degree dulu buat PJJ dan master ni buat fulltime dan bestnya bila boleh belajar dan menatap muka pensyarah tiap--tiap minggu.. sungguh aku dahagakan ilmu mereka. almaklumlah mereka ni semua dah banyak pengalaman mengajar dan kebanyakannya dah pencen dan merupakan pensyarah kontrak.  Salah satu yang aku suka sem. ini bila dapat 'ayah angkat'... haha sebab apa sebab nama aku sama dengan nama anak Dr Azahari jadi dia akan kenalkan pada orang lain yang aku ni anak dia... hihi dan satu aku suka belajar dengan Dr Azahari ni sebab dia banyak idea bila mengajar dan sentiasa buat kami dalam kelas berfikir... semoga Allah membalas budi baik semua pensyarah2 yang mengajar aku... aamiin


My 'Ayah' Prof Madya Dr Azahari
oh dan sem ni aku buat giler lagi... ambik 5 subjek.. biar betul aku ni.. dahlah belajar sambil bekerja... harap2 boleh bawak dan tak pitam macam sem lepas... kalau orang lain boleh kenapa tidak aku.. aku ingat lagi arwah ayah selalu pujuk aku dulu kalau rasa down dia akan cakap "anak ayah pun boleh buat jugalah, orang lain makan nasi kak lin pun makan nasi juga..." i love his word and until now aku berpegang kepada kata-kata arwah ayah. Terima kasih ayah... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah...aamiin

Oklah sekian untuk kali ini nak sambung buat asgmnt ni... wasalam