semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Assalamualikum...

seperti biasa doa dan harapan ku agar kita semua di rahmati oleh Allah.. ameen

so hari ni kita sambung topik yang lepas.. untuk pengetahuan semua selepas tak berjaya dengan IUI pertama tu kami suami isteri pun decide untuk buat IUI kedua pada bulan berikutnya...

so kali ini Dr telah menukar ubat aku dari yang sunti di perut kepada suntik di punggung... so terpaksalah setiap malam aku pergi cari Dr untuk menyuntik ubat tersebut.. almaklumlah nak cari Dr perempuan yang bertugas malam bukan senang... tapi untuk suntikan di punggung ni sebenarnya bagi aku lebih sakit dari suntikan di perut hari tu.. entahlah tak tau kenapa..

so seperti IUI pertama jugak hari ke12 kena gi check telur... dan result still sama ada 6 biji telur yang sihat.. dan setelah tiba hari ke 14 kena suntik untuk prosedur IUI.. untuk kali kedua ni pun suami kena keluarkan sperma yg lain.. tapi aku rasa prosedur kali ini macam lebih mudah dan menenangkan mungkin first time dulu agak takut2...

aku dan suami sepanjang masa berdoa agar prosedur ini berjaya... namun masih belum ada rezeki tepat 28 hb aku period seperti biasa.. namun kali ini aku tak dapat kawal perasaan aku.. dibahu suami aku menangis teresak2.. mungkin tak boleh terima hakikat bahawa sakitnya proses yang telah dilakukan namun masih tak berjaya... suami cuma mampu menenangkan aku dengan kata2 perangsang untuk aku tabah menghadapi semua ini.. cobaan,... sungguh Allah sedang menguji kami dengan dugaaan ini... doakan kami terus tabah menghadapi semua ini...

Apa yang Dr minta kami lakukan selepas gagal IUI kedua ini adalah menggunakan kaedah IVF.. maksudnya bayi tabung uji... suami bagi galakan untuk mencuba..namun aku agak takut ianya akan gagal seperti IUI, jadi aku mohon agar suami bagi aku tempoh bertenang dahulu..

emm tup2 dah 3 tahun ianya berlalu seperti itu.. dan sekarang ni setelah berusia 31 tahun barulah aku tersedar bahawa aku perlu juga menjalankan prosedur IVF... semoga dengan melalui prosedur IVF ini ianya akan menjadikan impian dan harapan kami untuk memiliki anak berjaya..manalah tahu dapat kembar 3 ke.. doakan kami ya...

sekian untuk kali ini... nanti saya cerita pulak tentang IVf... jumpa nanti.. wasalam...



Assalamualaikum... semoga sihat sejahtera semua hendaknya..

seperti yang dijanji sebelum ini kami akan membuat proses IUI..

Seperti biasa, first day period kena call LPPKN untuk temujanji (untuk makluman kena call petang sbb pg diaorang sgt sibuk).. biasanya mereka suruh datang masa hari kedua period iaitu esoknya atau dalam masa 4 hari..

Datang LPPKN jumpa Dr Hamiza.. dia akan terangkan prosedur IUI, bagi penerangan sepenuhnya tentang prosedur dan apa yang perlu kami lakukan.. emm bila dengar penerangan dia rasa besar harapan kami untuk memiliki anak dgn cara ini..

Ambil ubat di kaunter.. dia bagi ubat untuk inject di kawasan perut dan clomit utk dimakan..
maaf tak ingat berapa harga ubat untuk hari tu..

so mulalah prosedur untuk menyuntik diperut atau lebih tepat disekeliling pusat sbb ada 4 kotak so kena buat 4 injection.. terpaksalah my hubby jadi Dr tak bertauliah.. tapi dengan sentuhan kasih sayang seorang suami suntikan diperut yang sakit tu x adalah sakit sangat...hehehe

so bila hari ke 10 da 12 tak silap aku dah kena datang ke LPPKN lagi untuk Dr scan dan lihat perkembangan telur tersebut.. biasanya dia nak telur tu membesar sebesar duit 50 sen barulah dikatakan sihat.. emm amat mengejutkan ada 6 biji telur semuanya yg membesar dengan sempurna.. untuk pengetahuan scan nie bukan di perut tapi dari bawah ehem2 paham2 lah.. agak kurang selesa sebenarnya tapi gembira sebab ada 6 biji telur yang sihat dan semakin tinggi harapan kami... dalam hati terfikir jugak kalau dapat kembar enam macammana ya.. oklah tu sekali beranak jer.. hahaha.. tapi itukan impian... kenyataannya belum tahu lagi

oh tapi ada problem siket bila Dr check dinding rahim jer tak cukup tebal tapi still boleh mulakan prosedur IUI pada hari ke 14 sbb mengikut perkiraan dr dari saiz telur tu pada hari ke 14 ianya akan menetas. hehe mula2 dengar kelakar kan tapi itulah hakikatnya... kejadian Allah ini maha hebat.. walaupun manusia tapi still ada telur yg perlu ditetaskan setiap bulan cuma berjaya atau tidak disenyawakan oleh seekor sperma yang hebat...

ok berbalik pada prosedur IUI tu.. kami pun datang pada hari yang dijanjikan..

Mula-mula suami diminta mengeluarkan sperma untuk proses pertama selepas tu seperti biasa sperma tu akan dicuci dan dipilih hanya yg sihat dan terbaik...

bila dah selesai proses tu so bermulalah prosedur IUI.. hanya isteri disuruh masuk ke bilik untuk proses IUI tersebut... bilik tu punyalah sejuk... so dia minta kita berbaring atas katil dan diminta buka seluar dalam siap2.. so aku pun cuma bertawakal jerlah... takut jangan cakaplah.. tapi bibir ni tak lepas2 berselawat...

masa buat prosedur ni bukan sorang2 tapi tak silap aku ada 6 katil so 6 oranglah semuanya... bila tiba turn aku nurse tunjukkan botol tabung uji yg ada sperma suami didalamnya dia minta kita check nama dan ic number betul atau tidak bukan apa takut tersilap sperma pulak.. so dah yakin semuanya betul.. dia minta kita baring dan bertenang.. sebelum sperma tu diinject nurse2 tu akan masukkan dulu corong mcm mulut itik kat faraj dan Dr akan masukkan tiub panjang ke dalam faraj dan dia akan inject sperm tu melalui tiub tersebut...

Alhamdulillah prosedur IUI itu berjalan dengan lancar.. emm kejap jer proses ini tapi Dr suruh berbaring dalam keadaan kaki sedikit tinggi dari kepala.. dalam 1/2 jam jugaklah...

so hari ni dapat mc kerajaan satu hari Dr suruh berehat dan jgn lakukan aktiviti2 yang berat.. seeloknya pergilah bercuti.. tapi aku tak bercuti pun my hubby kan busy...

Namun kami masih belum ada rezeki lagi sbb apabila tepat hari yang ke 28 .. 'Dia datang dengan lenggang-lengguknya" sob3... aku period seperti biasa... Perasaan Sedih sesangat namun aku pasrah belum rezeki kami agaknya... so next month kena buat second IUI...

ok sekian untuk kali ini, jumpa lagi nanti...
Assalamualikum...

semoga skita berada dibawah lembayung lindungan Allah Swt. Ok saya sambung cerita tentang rawatan kesuburan hari tu..

selepas proses Xray HSG berjalan lancar kami buat appointment untuk datang ke LPPKN untuk proses seterusnya.

tak silap aku untuk kali ini barulah dia ambil butir2 diri.. timbang berat, ukur tinggi, ambil darah(tak silap masa hari ke21- bertujuan untuk lihat samaada pada hari tersebut ada telur yg ditetaskan atau tidak)

one of the prosedur tak silap aku kita kena buat pep smear sbb diaorang nak ambil cecair dari faraj untuk tahu samada cecair tersebut tidak membunuh sperm suami... emm macam2 lah kena buat.. paling tak selesa kena check macam ni.. tapi untuk seorang insan bergelar anak aku tabahi jua, malu dah letak kat belakang dah, dalam hati cakap argh diaorang pun tak ingat punya beribu2 org pesakit..hehe nak cover malu sebenarnya..

Alhamdulillah aku dapat Dr Hamiza Hasan, Dr perempuan lega sikit..., Dr Hamiza sempat consult kami.. so dia suggest untuk buat IUI dan minta kami call untuk temujanji seterusnya.. kami juga dapat jumpa Dr Ismail Tambi untuk consult tentang teknik hubungan intim yg terbaik untuk memiliki zuriat cara normal, sambil tu sempat juga Dr Ismail promo ubat dia (tak silap aku nama dia Phyto, sejenis kapsul tongkat ali), so my hubby pun belilah. cubalah manalah tahu berjaya..

so kena tunggu period seterusnya untuk another proses.. but dalam hati still berharap janganlah period, biarlah aku mengandung secara normal... tapi sob...sob..sob... dia datang jugaklah ...cobaan.. so kenalah contact LPPKn lagi...

emm..ok nanti kita sambung cerita seterusnya ya...
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualikum...

semoga Allah merahmati kita dengan nikmat islam dan iman ini...

menyambung cerita kita tentang rawatan kesuburan tempohari... tapi maaf kalau ada silap info sebab saya buat prosedur ni pada tahun 2007 n 2008.. 3 tahun lepas...

so first at all kita kenalah hubungi LPPKN terlebih dahulu.. sesiapa yang rasa nak hubungi LPPKN nombor telefonnya ialah..03-26937555 minta sambungkan pada bahagian klinik kesuburan... untuk pengetahuan agak lama jugak nak menunggu mendapat tarikh utk temujanji pertama...

so mula-mula diaorang akan minta kita datang berdua dengan suami...

nurse2 kat situ ingatkan kalau sorang2 dia tak nak layan.. lepas tu dia mintak kita bawa duit lebih kurang RM150+- untuk bayaran prosedur hari tersebut, mereka juga suruh kita bawa towel untuk suami mandi lepas proses mengeluarkan sperm utk diujikaji... (diingatkan jangan bagi suami kuarkan sperma dlm masa 3 hari- so kena puasalah )

-seingat saya antara proses2 yang perlu kita buat masa hari pertama tu adalah..
*suami kena buat ujian sperma akan dapat result pada hari tu jugak tunggu dlm 1/2 hari gaklah.

kalau result ok dia akan minta isteri buatX-Ray HSG tapi dia akan suruh kita buat kat hospital tawakal (so kena buat temujanji utk ujian tersebut)

* nak ingatkan ujian HSG tu agak menyakitkan sebab dia akan masukkan tiub dlm faraj kita dan sebelum proses memasukkan tiub tu dia akan buka bukaan faraj menggunakan sejenis alat yg dipanggil mulut itik nama saintifk tu tak taulah apa dia...pas tu dia akan suntik cecair masuk melalui tiub tadi.. masa ni kita akan rasa macam senak perut (senggugut)... lepas tu akan keluar darah lepas proses tersebut...

*jadi untuk elakkan senak perut tu diaorang sarankan makan paracetamol sejam sebelum proses tu sbb boleh mengurangkan rasa sakit.. tapi masa aku buat tu diaorang tak cakap pun... mak ai punyalah sakit....

X-ray HSG adalah untuk mengetahui samada tiub follopio tersumbat atau tidak... Alhamdulillah segala-galanya ok pada aku..

nanti kita sambung lagi ya...

wa'Allahu Alam...

Assalamualikum..

tetiba rasanya aku ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca blog ini tentang rawatan kesuburan yang telah aku lakukan...

pada tahun kedua perkahwinan aku telah sibuk membuat pelbagai alternatif untuk mendapatkan anak.. aku masih ingat bagaimana teruknya diurut, macam nak hancur perut ni.. pantang aku dengar orang cakap berjaya buat rawatan mulalah aku pergi.. bermacam-macamlah yang telah aku telah telan untuk mendapatkan insan bergelar anak.. namun masih tak berjaya...

pada tahun 2007 aku mula bekerja dengan Government so, aku gunakan kesempatan ini untuk membuat rawatan kesuburan di LPPKN, walaupun kena guna duit sendiri dulu at least boleh claim kemudian....

opss ada kerja yang perlu di sudahkan nanti kita sambung ya
sukarnya untuk menjawab persoalan yang sentiasa menjadi buah mulut saudara-mara, ANAK.. ya andai mudahlah untuk aku mempunyai insan comel ini alangkah bagusnya.. namun... ALLAH lebih mengetahui... bersabarlah wahai hati.. sesungguhnya apa yang Allah tentukan itu ada hikmah disebaliknya...

tahun ini genap 8 tahun usia perkahwinan kami, melihat jiran yang kahwin pada tarikh yang sama dengan kami, anak mereka telah melangkah ke darjah satu... alangkah pilu rasa hati.. namun cepat2 aku memujuk hati... sabarlah belum masanya lagi Allah akan sentiasa mendengar keluhan hati ini, InsyaAllah dengan izin Allah akan adalah zuriat untuk kami nanti...

dari pembacaan yang aku buat memang ramai orang yang senasib dengan aku.. mengapalah agaknya ya... ??

terima kasih kepada suami yang memahami dan tidak pernah menekan dan mendesak tentang persoalan anak.. aku amat menyayangi dan mencintai mu semoga Allah memelihara ikatan perkahwinan ini hingga ke akhir hayat..

ameen
Assalamualikum...
semoga sesiapa pun yang membaca blog ini akan dirahmati oleh Allah... nampaknya aku masih tidak berkesempatan untuk rajin mengupdate blog... tutorial, assignment dan exam yang menanti menyebabkan batasan waktu itu sermakin menghimpit kegemaran aku untuk mencoret di dalam blog ini...

kesihatan aku masih lagi kurang baik namun Alhamdulillah beransur pulih berkat mengamalkan bacaaan Manzil... semoga Allah sentiasa melindungi aku, suamiku, ibuku, mertuaku, adi-beradikku, saudara-maraku, rakan2ku, guru2ku, serta umat islam seluruh dunia.....

sekian untuk kali ini, masih tiada idea utuk diketengahkan...

assalamualikum...

hi there... setelah sekian lama tidak menjeguk dan mengupdate blog.. entah mengapa hari ini tetiba aku rasa nak menjenguk blog yang telah lama aku abaikan.. semoga tahun ini aku akan rajin mengup date blog ini dan semoga tahun ini merupakan tahun yang lebih mengembirakan dari tahun-tahun yang lalu.. seperti biasa aku harapkan tahun ini aku akan memikili anak yang bakal menceriakan hidup kami... ameen...

sekian untuk hari ini... wasalam...