Asalam semua...Semoga kita semua dilimpahi dengan nikmat Islam dan Iman.. emm just nak sharing cerita tentang rahim terbalik atau retroverted uterus.. actually akulah salah seorang wanita yang mempunyai permasalahan ini dan dikatakan ianya salah satu faktor kesukaran hamil betul ke?Dari pembacaan dan sedikit research yang aku buat ianya bukan faktor utama kesukaran hamil sbb ada juga kawan2 yang sama problem dengan aku dan mengandung seperti biasa. emm tulah dipanggil rezeki Allah.
Oh dari pengalaman aku pulak.. mula2 x tahu aku nipun rahim terbalik tapi bila buat HSG dan Dr Ismail Tambi tgok filem xray tu dan kata rahim u nampak mcam terbalik sikit but ianya bukan problem as long as ur husb. n u normal dan x ada problem. masa tu fuh lega sikit. but ini perkongsian untuk orang dewasa lah ya macam aku pernah share dulu Dr galakkan agar semasa bersama tu isteri sujud dan suami dikedudukan belakang isteri. emm paham2 sendirilah ya.. sbb ianya dikatakan kedudukan terbaik untuk wanita yang mempunyai permasalahan rahim terbalik. waAllahualam siapa yang berjaya dengan kaedah ini. Tapi aku x berjaya sbb dah Allah kata bukan itu rezeki aku kan.. so redhalah wahai hati..
ok then after treatment by treatment still mengecewakan.. pernah juga aku pergi jumpa seorang pakcik ni dia berubat gunakan bunga2an dan limau purut.. mula2 dia belah limau tu kat air dan dia leraikan 5 jenis bunga yang diminta katanya scan cara perubatan traditional.. mula2 risau takut ianya menyebabkan syirik tapi sbb Pakcik ni imam so aku dan suami ikhtiarlah juga jumpa dia. so kenalah mandi air yang dia bagi tu.. the best thing is ianya wangi dan yang tak best kena mandi jam 12tgh malam atau 12 tgh hari x tau kenapa.. cam scary jer.. oh ya pakcik ni pulak kata aku punya rahim terbalik dan ianya bukan semula jadi tetapi diterbalikkan.. oh no.. ianya bertambah scarylah pulak.. but lastly kitaorang decide stop jerlah treatment tu sbb ianya meacam menakutkan dan risau juga kalau ianya menyebabkan akidah kami terpesong. Bukan apa cuma bila bab nak salahkan orang itu ini, kami x berani takut menyebabkan kami berfikir yang bukan2 dan menimbulkan syak wasangka pulak, syaitan apa lagi bertepuk2 tanganlah so better stopppp.
Ok ada lagi treatment aku buat... cam biasalah traditional way berurut.. wah ni macam sangat senang cakap tapi susah nak buat.. Ada 3 orang tukang urut yang aku jumpa mula2 nenek sedara aku sendiri tapi sekali jelah. Yang kedua bidan emak kat kampung but still x berjaya jugak, lepas tu jumpa ustazah kat kelang dan dia suruh dtg lagi tp sbb dia urut sgt sakit sampai aku x leh jalan terus stop. so dari 2008 hingga 2012 stop berurut dan 2013 ni baru start balik dan makcik yang aku jumpa kali ni sangat bagus cara dia urut memang sakit sbb katanya peranakan aku tu dah lama sgt macam tu..tapi makcik ni pandai urut jadi sakit tu masa tertentu je lepas tu x sakit pun dan dia suruh aku tunggu dulu macamana. Makcik ni kata sebenarnya ianya memang rezeki Allah dan seperti biasa bersabar ada rezeki tak ke mana..
so.. the result still samalah.. menanti dan terus menanti.. sebenarnya banyak hikmah yang aku dapat dari dugaan ni pertama, aku jadi seorang yang tabah, sabar dan semakin kuat. Kedua, aku sedar bahawa tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni, ketiga, banyak ilmu dan pengalaman yang aku perolehi dan keempat malah yang paling utama Aku makin dekat dengan Dia dan aku semakin rasa disayangi olehNYA kerana akukan insan pilihan.. bukankah kita tidak tahu bahawa kita beriman selagi kita tidak diuji. jadi bersyukurlah wahai insan sebab ALLAH masih sayangkan kita dan atas sebab itu kita diuji...
sekian untuk kali ini, moga perkongsian ini ada manfaatnya sekiranya ada salah dan terkasar bahasa maafkan saya.. waAllahualam...