semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers


Assalamualikum...

Ketika jari-jemari ini menaip... Seantero  Dunia sedang sibuk membincangkan tentang misteri kehilangan kapal terbang MAS MH370.. apa-apa pun moga Allah permudahkan segalanya.. sebab apa yang berlaku kerana ketentuannya... memang misteri kerana hanya Allah yang mengetahui setiap apa yang yang berlaku... waAllahualam namun aku terus berdoa agar MH370 kembali dengan selamatnya.. berdoa dan terus berdoa..

Oklah aku nak teruskan dengan kisah aku ni... walaupun kesedihan melanda dunia namun kehidupan tetap perlu diteruskan... so kita sambung episod 3..

Tahun Ke 5 Perkahwinan
Alhamdulillah usia perkahwinan yang menjangkau usia 5 tahun menjadikan kami makin matang, ekonomi makin kukuh dan kasih sayang yang disemai makin bersemi... InshaaAllah dengan keizinannya..

Bila dah lima tahun kawin aku pun dah kerja kerajaan rasanya bermacam-macam produk aku cuba sepanjang tahun ke lima ini jom aku senaraikan apa dia yang aku cuba pada tahun kelima ni antaranya:-


Korset Beautiful - hahaha ada kaitan ke untuk hamil.. entahlah tapi bila orang yang jual tu kata bagus dan ada yang pakai korset ni hamil aku pun belilah jugak... tapi bukan atas sebab itu je.. sebab lain aku ada masalah tulang belakang.. hasil dari imbasan xray Dr kata tulang belakang aku bengkok dan disarankan untuk aku memakai korset.  TAPI bukan korset beautiful ni korset untuk medical tu lain.. hihii dah aku nak selesa kononya so belilah korset ni. dan aku juga terjebaklah dengan MLM yang menjual korset ni emm tak pasal-pasal terbang 20K buat loan sebab joint dan aku dapat apa??? dapatlah guna korset ni dua helai dan yang lain dijual dengan harga murah sebab bosan tengok belambak kat rumah.. huhu.. terkono denn...


Bidadari - emm sambil pakai korset tu aku consume produk ni pulak..  maklumlah ada testimoni kata dia guna produk ni mengandung.. so orang yang macam aku ni memang pantang dengar produk-produk begini.  so ambik lah bidadari pulak.. lama juga aku consume bidadari ni dalam 6 bulan juga sebab suka rasa dia..Actually produk ni keluaran DCL dan antara lain yang aku consume selain bidadari termasuklah  Q-she, Nu-age, Amazing, Nigella dan Kopi Guara.  Bila fikir-fikir balik banyak betul produk yang aku guna masa ni dan seperti biasa yang bestnya siap jadi ahli lagi sebab nak murah guna product ni. hihihi so meniaga lah produk ni juga tapi sekarang dah tak jual dah... kenapa??? jawapannya malas sebab dah stop consume..


Hikmah disebalik apa yang berlaku:- Aku dapat pindah rumah baru dan dapat lengkapkan semua peralatan rumah dengan yang baharu ... memang best...betulkan rezeki Allah tu sentiasa ada. Allhamdulillah.

Tahun ke 6 Perkahwinan
Wah dah 6 tahun.. anak-anak jiran yang kahwin sama tarikh ngan kita orang dah gi tadika.. dan aku pernah cakap kat suami.. "Abang kalau dulu kita terus ada rezeki anak mungkin anak kita pun dah pergi tadika kan" Oh tak baiknya perkataan kalau itu siapalah aku untuk menentukan apa yang terbaik untuk kami.. maafkan aku Ya Allah terkadang hambaMu ini lupa dan alpa..

So bila dan 6 tahun berkahwin dan aku pun dah kerja kerajaan so aku mula pujuk suami untuk ke LPPKN untuk rawatan... mula-mula agak sukar namun berbekalkan senjata airmata dan rajukan sang isteri akhirnya tewas juga sang suami.. hihihi Allah suruh usaha so ni pun salah satu usaha kami..So untuk LPPKN ni rasanya Cik Blog dah tau kan apa kisahnya jadi kalau ada yang teringin nak baca silalah baca post sebelum ini.

Oh produk lain yang aku guna selain rawatan LPPKN.. emm aku mula consume ELKEN.. glamor kan product tu dan banyak juga yang aku cuba product ni. And as usual aku pun joint ahli.. hihi best product kesihatan ni aku suka spirulina, Esterc ,LD Venus dan semua product ni.. tapi aku jadi ahli kan untuk dapat beli murah je.. tak menjual pun.. but i love this product.. cuma mahal je kalau murah memang bestlah...

oh rasanya itu je kot product yang aku guna pada tahun ni sebab dah tak berapa nak ingat.. hihi
 
Hikmah disebalik apa yang berlaku:- Alhamdulillah kitaorang tahun ni ada duit baki lebih dan dapat beli kereta baru.. memang itu rezeki dari Allah dan aku amat bersyukur... memang mulanya aku tak pernah berhasrat untuk membeli kereta yang sama harga dengan sebiji apartment .. tp harga apartment pada ketika itulah.. rezeki Allah itu sentiasa ada kan... dan satu sebab lagi kereta lama kami asyik merajuk je.. so terpaksalah bagi sorang adik dekat dia.. WDE dan adiknya WSE...

*terniang-niang kata-kata arwah ayah.. "Ayah macam tak percaya sebab anak ayah boleh beli dan bawa kereta macam ni" merujuk kepada kereta baruku kerana kami asalnya orang biasa-biasa dan pastinya apa yang kami ada kini berkat doa kedua orang tua kami... terima kasih Ya Allah..

sekian untuk kali ini.. jumpa dalam entri akan datang.. seandainya masih ada umur.. InshaaAllah..Wasalam


 




Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk  mencoret dan menyambung cerita sebelum ini.. okey kita teruskan dengan tahun-tahun berikutnya...


Tahun Ke-3 Perkahwinan...


Tup-tup dah 3 tahun kitaorang bersama... bersyukur dengan rahmatNya... tapi bila masuk tahun ke tiga dan kami masih tiada zuriat semakin susah hati lah kami ni. 


 Jadi salah satu kaedah yang kami cuba atas nasihat kawan-kawan pergi bercuti ke Langkawi dan sekali gus pergi mandi di Tasik Dayang Bunting.... hahaha kita orang nipun ikut jelah.. dah orang sarankan... best mandi kat air tasik tu sejuk je... nyaman gitu.. tapi entahlah x ada pon tanda2 aku bunting lepas gi Tasik Dayang Bunting tu.. agaknya orang nama Dayang je yang boleh bunting kat tasik tu... hishhh merapu sungguh...tapi tengok gambar kat bawah ni pulau ni memang bentuk macam orang baring kan... subahanaAllah Dia yang mencipta segala sesuatu...



Insan Ciptaan Ilahi
sebenarnya ni gambar terbaharu aku tahun 2013 bersama suami, ibubapa mertua dan emak serta adik bongsuku... yang bestnya aku macam gian mandi kat tasik ni, sebab setiap kali pergi Langkawi mesti nak pergi Tasik ni dan bermandi manda.... parah ni... hihihi

Oh ok berbalik kepada produk yang aku cuba pada tahun ke tiga ni adalah produk biodex.  Seperti biasa aku yang rajin mencuba ni pon pantang dengar ada orang mengandung makan produk ni terus aku cari... boleh tahan mahal juga set biodex ni untuk 3 bulan consume tu habis beribu juga rasanya.. tapi disebabkan perasaan inginkan anak tu aku pejam mata je.  tapi dah nama bukan rezeki aku kan.. so tak berjaya juga.. banyak kali jugak aku consume Biodex ni, aku suka susu, prune dan supreme diet tu sedap rasa dia.. tapi bila dah lama guna result still sama so aku pun stop... sambil pujuk hati mungkin produk tu tak sesuai dengan aku.. sabarlah wahai hati...



Hikmah di sebalik apa yang berlaku:- Lepas tiga tahun pun tak ada anak dan duit bayar kereta pun dah settle alhamdulillah tup-tup dalam diam-diam suami aku beli rumah yang aku idam-idamkan di Bangi bukan apa.. aku suka sebab rumah tu dekat dengan Masjid.  Alhamdulillah.. hebatkan pecaturan yang Allah tetapkan.


Tahun Ke-4 Perkahwinan...

Wah macam tak percaya dah 4 tahun kitaorang kawin... macam baru kawin je hihi... Akhir tahun 2006 tu aku kena denggi sangat teruk kulit keluar bintik-bintik merah dan period walaupun baru lepas period 2 minggu sudah.  bila kena denggi masuk air berbotol-botol sampai bengkak-bengkak badan aku.  Dan first time dalam hidup aku sepanjang 26 tahun tu kena admitted ward.. masa tu aku cakap dengan suami "kalau ayang masuk wad ni sebab bersalin kan best" suami aku cuma senyum menutup gundah gulana di hati sambil jawab "ada rezeki kita tu nanti". 

Lepas kena Denggi tu kulit aku jadi hitam mungkin sebab kesan darah kuman denggi tu so aku pun pergi homopathy Hassan dekat PKNS bangi dia pun check dan bagi ubat untuk buang kuman denggi tu.. dan lepas tu dia check kesuburan aku dia kata aku punya rahim tak berapa sihat sebab tu rambut selalu gugur dan aku pun ambik ubat untuk kesuburan sekali.  sebab dengar cerita kawan ada yang berjaya hamil dengan amalkan homopathy ni. tapi aku cam ni jugalah.. bukan rezeki aku kan..lama juga aku consume homopathy ni sebab aku suka ubat dia murah dan manis.. hihihi. sesiapa yang nak cuba bolehlah pergi ke PKNS Bangi atau call 03-89267831.

Hikmah di sebalik apa yang berlaku:- setelah 4 tahun berkahwin aku ditawarkan kerja dengan sektor kerajaan Alhamdulillah.. walaupun dapat jawatan yang bukan diminta tapi sekurang-kurangnya ibubapa aku gembira bila aku ditawarkan jawatan dalam sektor kerajaan.


Betapa cantik apa yang telah Allah corakkan dalam 4 tahun usia perkahwinan kami ni.. bukan rezeki anak yang diberi tapi rezeki lain.. sesungguhnya aku amat bersyukur dengan limpahan rahmat Mu Ya Allah.

okeylah setakat ini untuk hari ini.. jumpa lagi nanti cik blog.. wasalam
Assalamualikum...salam Jumaat 

Alhamdulillah dengan nafas yang masih dipinjamkan ini aku masih boleh menaip di laman blog yang kian lama kian bersawang.. huhu..
Hari ni aku bercadang nak berkongsi tentang pengalaman dari tahun pertama perkahwinan dan produk yang telah dicuba untuk hamil... jom kita lihat siapa yang kena... tapi sebelum tu meh tengok foto kawin yang en hubby conteng dalam s memo.. you are so sweet dear.. love u more and more...



Tahun Pertama Perkahwinan..

Bila baru kahwin ni tahun pertama tahun bermanja dengan suami dan tahun nak kenal mertua.. antara ayat pedas yang aku ingat hingga kini "korang ni tak nak anak ke?"  "hai dah berapa lama mengeram x menetas-netas.. orang lain yang baru kawin tu dah mengandung" salah satu sindiran yang aku terima oleh orang-orang seangkatan yang suka bertanya... adoyai.. pedasnya sindiran itu tapi maafkan mereka Ya Allah mungkin mereka lupa bahawa rezeki anak itu rahsia yang hanya Engkau ketahui..
Dan aku waktu itu manja sangat.. orang tegur lebih-lebih mulalah nak nangis.. mana tak umur baru 23 tahun masih muda belia.. citt poraah.. muda ke apa... zaman mak aku dulu anak dah tiga masa umur tu..ok..ok.. stop sebelum terus melalut ..nak cerita bila dah kena sindir sana sini aku pun mulalah pergi berurut..

First berurut dengan nenek saudara sendiri tapi aku tak berapa sesuai dengan dia.. so tak berjaya..
ok misi tetap diteruskan balik kampung jumpa tukang urut terkenal kampung yang ramai orang berurut dengan dia berjaya mendapat zuriat.. dah memang rezeki kan.. dan nenek tu urutlah aku dan suruh aku minum air daun labu tapi bukan labu biasa tu kalau tak silap orang kita panggil labu siam.. sebab ianya tergantung.. dan air tu punyalah teruk rasa dia...huhuhu sampai muntah belilah aku minum.. tapi 3 kali gak lah aku mencuba nasib.. but semua itu rezeki Allah. Dan aku pun tak mengandung juga.."ala ayang tak apalah baru tahun pertama" bisik suami aku lembut memujuk.. bila aku bersungut dan bersedih setiap kali period.. apa dah... period pun nak nangis mengalahkan budak kecik yang datang haid kali pertama.hihi

                                        
inilah kot daun labu yang aku minum setelah diblend dan ditapis... errr no way kalau bagi lagi tak mau dah..sebab rasanya memang worst..

hikmah sebalik apa yang berlaku:- aku berpindah sendiri ke rumah sewa dan mula hidup berdikari sebagai suami isteri...  pandai-pandai nak hidup ok.. dan kitaorang dah start berjimat dan menyimpan duit untuk baby kot2 tahun berikutnya dapat baby...

Masuk tahun kedua perkahwinan..

Wah kali ni makin hebat tamparan wanita yang aku terima... pergi mana-mana pun orang tanya alahai letih la.. kadang-kadang jawab "alah kitaorangkan masih pengantin baru" sambil tersenyum paksa..
Demi memujuk hati yang nakkan anak tu, aku pun mula mengajar di sekolah tadika swasta.. masa ni rasa rindu nak tengok zuriat sendiri sedikit terubat bila anak-anak kecil yang belajar sangat manja dan comel.. huhu geram... Tapi hakikat sebenarnya bila selalu tengok budak comel tu lama-kelamaan keinginan mempunyai anak lagilah makin membuak-buak...memang cari penyakit kau ni Lin oii..

Tahun ni mertua aku pergi umrah jadi seperti biasa bila balik umrah orang akan beri kita  buah zuriat untuk dicuba. Buah zuriat tu mak suruh rebus dan minum air rebusan tu..
dan ada versi lain pulak suruh kami belah dan kemudian rebus bahagian dalam sahaja
dan ada juga orang suruh kami belah buah tu dan ambil isi luar sahaja.. parutkan dan rebus..
Dan yang bestnya kami buat semua tu bila setiap kali orang balik umrah dan bagi dekat kami dengan pelbagai kaedah yang berbeza.. 
emm.. tapi dah namanya rezeki dan bukan ianya rezeki kami untuk memiliki anak dengan minum air buah zuriat tu.. jadi bersabarlah ya sayang... kita cuba lagi tahun depan dan kali ini aku sendiri yang memujuk diri... sebab dah besar dah tak kuat nangis macam dulu..


Inilah buat zuriat yang telah banyak kali aku cuba dan aku memang bagus bab mencuba ni.. walaupun dah banyak kali orang bagi tapi tak pernah aku tak cuba sebab.. aku percaya bahawa doa seseorang dengan seseorang yang lain tu berbeza. Apa-apa pun aku amat berterima kasih kepada mereka yang amat perihatin dengan nasib kami dan menitipkan doa dan ingatan buat kami semasa berada di Mekah. Alhamdulillah.

Hikmah di sebalik apa yang berlaku:- bila dah dua tahun tak ada anak mulalah duit simpanan pun makin banyak... emmm konon-kononya kitaorang menabung untuk anak yang bakal lahir so setiap bulan memang ada peruntukan duit untuk baby.. dan the best thing is kita orang dapat buat bayaran habis duit kereta hasil dari tabungan untuk baby yang tak jadi digunakan untuk baby.. apa2 pun Alhamdulillah...fuhh lega tak berhutang dah.. 

okeylah buat kali ini kita cerita yang ini dulu.. ada kerja lain yang perlu aku bereskan.. InshaaAllah aku akan terus update tahun-tahun berikutnya.. nak gi semak cik diary dulu.. hihi

sekian salam sayang dan salam ukhuwah.