Assalamualikum dan salam ukhuwah buat semua.. Alhamdulillah atas nikmat Islam dan Iman dan nyawa yang dipinjamkan Allah ini... oh sebulan berlalu tanpa aku update blog ni. ok lets go to the next episode.. hihi dah macam cerita pulak, tapi kadang-kadang bila tonton tv tu macam ada cerita yang kena kat batang hidung sendiri macam cerita carl & Ellie ni.
Sebab hidup ini kitalah pelakonnya kalau pandai bawa watak pasti kita berjaya..betul ke falsafah aku ni.. kalau salah sorry lah ya.. (^___^)
Tahun ke-9 Perkahwinan
Tahun ke sembilan perkahwinan yang menyuntik kembali semangat kami untuk meneruskan rawatan di LPPKN namun IUI ke tiga yang kami buat gagal (seperti post yang aku ceritakan sebelum ini). sebenarnya pada perancangan kami nak terus buat IVF tapi mendengar saranan Doktor yang suruh kami cuba sekali lagi IUI so kami pun ikut jelah.
Dalam masa yang sama aku nikan pantang dengar ada produk yang bagus untuk wanita yang nak mengandung so akupun cubalah produk ni Atika Beauty Zureat dan ada set untuk lelaki sekali tapi lupa pulak apa nama dia. kenapa aku try produk ni... jawapannya ialah murah dan okey gak rasa dia taklah pahit pon sedap je..haha makan ubat nak yang sedap.. tapi aku ni pun satu tak berterusan ambik. Tak silap aku lepas dua botol aku telan ops silap bukan botol yang aku telan tapi isi dalam dia yang aku minum namun tak membuahkan hasil so as usual... STOP.. then pujuk hati mungkin produk tu tak sesuai dengan aku..
Tahun ni juga aku diarahkan bertukar tempat kerja kalau dulu dekat kementerian pelajaran dan kini di bawah Jabatan Perdana Menteri. kerja sama je cuma yang best dah tak payah nak serabut dengan jalan KL yang sesak tu.. so masa tu aku pun kata agak-agaknya kalau tak serabut dengan jem hati pon tenang so boleh ler mengandung.. hihi sentiasa beri harapan pada diri sebab kata-kata tu kan doa.
Himah disebalik apa yang berlaku.. Alhamdulillah kami dah buat full settlement kereta, rezeki dari Allah, duit nak buat IVF tak jadi so manfaatkan jelah dekat apa yang ada disekeliling.
Tahun ke-10 Perkahwinan
Tahun ke sepuluh... wah diam tak diam dah sepuluh tahun usia perkahwinan kami... orang tua-tua kata masuk tahun ke 10 usia perkahwinan ni dah fasa dua di mana Allah buka pintu rezeki ke arah stabiliti.. waAllahualam tak pasti betul atau tidak apa yang pasti setiap perkahwinan tu Allah dah tetapkan rezeki terbaik untuk kita.
Bila dah usia perkahwinan melangkau tahun ke sepuluh ni barulah kami kalut nak cari anak angkat.. bukan apa aku menghormati pendirian suami aku yang minta aku bersabar setiap kali aku kata nak ambik anak angkat. Tapi kali ni suami aku yang beria-ria nak ambik anak angkat kesian pulak aku dekat dia sebab setiap kali kami nak ambik anak angkat je pasti ada dugaan tertentu. Dan kebetulan aku ada program attachment di JPN Putrajaya jadi memang aku semakin jelaslah akan prosedur pengambilan anak angkat ni.
Prosedurnya adalah seperti berikut:-
Pertama ambil anak dari ibu/bapa dan buat surat akuan sumpah penyerahan dan potostat ic atau pasport ibu bapa tersebut.pastikan no pasport di sijil lahir sama dengan no pasport yang dipotostat (simpan baik-baik dokumen ni)
Kedua jaga anak tersebut selama dua tahun dan setelah dua tahun pergi ke JPN berhampiran untuk meneruskan prosedur pengambilan anak angkat (isi borang dan angkat sumpah)
Ketiga akan dipanggil temuduga setelah borang permohonan diproses dan sekiranya layak akan dikeluarkan dokumen sijil pengangkatan.
Jadi selamat mencuba....
oh ya tahun ke sepuluh ni produk yang aku gunakan dan hingga sekarang masih setia adalah..
walaupun masih tidak berjaya setakat ini tapi aku suka dengan produk ni.. tak tau kenapa.. so kalau ada yang nak cuba produk ni silalah cari dealer terdekat anda..saya promote tapi saya tak jual..hihi
oklah sekian untuk kali ini... semoga ada sedikit sebanyak coretan yang dapat memberi kebaikan dan manfaat buat kita semua... waAllahualam