semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Assalamualaikum... moga kita semua masih berada dalam nikmat Islam dan Iman...aameen


Bestkan tajuk post ni setelah sekian lama menghilang dan aku berdoa agar Allah bukakan hati ini untuk berkongsi cerita ini dengan pembaca blog.  Semoga ada manfaatnya buat rakan-rakan yang masih menanti insan kecil bergelar anak.

Nak dijadikan cerita Allah takdirkan aku mengandung juga akhirnya setelah 14 tahun usia perkahwinan kami... aku dan suami sangat bersyukur dan macam mimpi bila tiba-tiba aku disahkan mengandung. Pertama kali aku buat urine test dan naik double line pon rasa terkedu, suami yang dah tidur aku kejut dan tunjukkan pregnancy test tu tergamam juga, terus peluk aku dan kata ini semua rezeki jaga si Faliq... dan air mata kami sama-sama berlinangan dalam pelukan yang kami berdua sahaja tau apakah perasaan tersebut. 

Hari ini semasa aku menaip ni Alhamdulillah usia kandungan dah mencapai usia 25 minggu dan banyak benda yang aku nak cerita namun apa-apa pun doa aku semoga Allah permudahkan urusan mengandung dan melahirkan insan kecil ini dari rahim ku nanti...aameen






Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum... semoga kita masih diberi nikmat Islam dan Iman...

FUHHHH.....Hembusssss lebih sikit.... sebab blog ni dah terlalu bersawang.... kesian kamu Cik Blog...maaf sekiranya aku terlalu lama membiarkan kamu terbiar... setahun tanpa update sebarang cerita...

Hari ni nak cerita sedikit pasal prosedur pengangkatan bagi anak angkat setelah berumur dua tahun... jom aku share sikit langkah2nya.. cam lagu tu... langkah demi langkah kita daki bersama.. cewah..:-

Langkah pertama:-
Pertama kali dapat anak angkat. Sila buat sijil lahir dahulu dan alang-alang berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ambil borang permohonan anak angkat tu dan dalam borang tu ada surat akuan sumpah dan terus buat prosedur tu (kalau buat di JPN Putrajaya ada Pesuruhjaya Sumpah di aras G). Simpanlah borang permohonan dan akuan sumpah tu selama 2 tahun.

Langkah kedua:-
Pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Daerah masing-masing untuk memohon Anak Pelihara. (Ini merupakan dokumen sah kita jaga anak tersebut sepanjang 2 tahun sebelum dapat sijil anak angkat dari JPN)

Langkah ketiga:-
Selepas 2 tahun jaga anak tersebut pergi ke JPN Daerah masing-masing untuk penyerahan borang permohonan anak angkat dan bawalah semua dokumen yang diperlukan iaitu:-
surat akuan angkat sumpah
surat beranak,
sijil nikah, (asal & salinan)
surat akuan anak pelihara, (asal & salinan)
mykad suami isteri, (asal & salinan)
salinan mykad ibu kandung,
Gambar penuh anak, 4R
Salinan bil air/elektrik
*Selepas serahan borang dan dokumen tu akan dapat surat serta tarikh untuk temuduga.

Langkah Keempat:-
Hadir ke JPN pada tarikh yang ditetapkan untuk temuduga bawa mykad dan sijil nikah
-masa temuduga tu suami,isteri dan anak angkat kena hadir.
-soalan dia simple jer kenapa nak ambil anak angkat dan dia akan tanya anak angkat sapa kita ni so kalau anak dah pandai cakap dia pasti panggil umi dan ayah kan tapi kalau tak pandai cakap pon dia tengok macamana hubungan kita dengan anak tu... tak nampak pelik ok lah... bukan apa takut ada aktiviti pemerdagangan manusia.

Then dah settle temuduga cuma tunggu sijil anak angkat dikeluarkan... sebenarnya post ni dah tulis lama dah tapi baru sempat nak update dan alhamdulillah sebulan lepas temuduga keluarlah sijil anak angkat tu.

semoga post ini membantu sesiapa yang nak memohon sijil anak angkat.

waAllahhualam... moga Allah juga mudahkan urusan kalian.