semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Assalamualaikum... semoga sihat sejahtera semua hendaknya..

seperti yang dijanji sebelum ini kami akan membuat proses IUI..

Seperti biasa, first day period kena call LPPKN untuk temujanji (untuk makluman kena call petang sbb pg diaorang sgt sibuk).. biasanya mereka suruh datang masa hari kedua period iaitu esoknya atau dalam masa 4 hari..

Datang LPPKN jumpa Dr Hamiza.. dia akan terangkan prosedur IUI, bagi penerangan sepenuhnya tentang prosedur dan apa yang perlu kami lakukan.. emm bila dengar penerangan dia rasa besar harapan kami untuk memiliki anak dgn cara ini..

Ambil ubat di kaunter.. dia bagi ubat untuk inject di kawasan perut dan clomit utk dimakan..
maaf tak ingat berapa harga ubat untuk hari tu..

so mulalah prosedur untuk menyuntik diperut atau lebih tepat disekeliling pusat sbb ada 4 kotak so kena buat 4 injection.. terpaksalah my hubby jadi Dr tak bertauliah.. tapi dengan sentuhan kasih sayang seorang suami suntikan diperut yang sakit tu x adalah sakit sangat...hehehe

so bila hari ke 10 da 12 tak silap aku dah kena datang ke LPPKN lagi untuk Dr scan dan lihat perkembangan telur tersebut.. biasanya dia nak telur tu membesar sebesar duit 50 sen barulah dikatakan sihat.. emm amat mengejutkan ada 6 biji telur semuanya yg membesar dengan sempurna.. untuk pengetahuan scan nie bukan di perut tapi dari bawah ehem2 paham2 lah.. agak kurang selesa sebenarnya tapi gembira sebab ada 6 biji telur yang sihat dan semakin tinggi harapan kami... dalam hati terfikir jugak kalau dapat kembar enam macammana ya.. oklah tu sekali beranak jer.. hahaha.. tapi itukan impian... kenyataannya belum tahu lagi

oh tapi ada problem siket bila Dr check dinding rahim jer tak cukup tebal tapi still boleh mulakan prosedur IUI pada hari ke 14 sbb mengikut perkiraan dr dari saiz telur tu pada hari ke 14 ianya akan menetas. hehe mula2 dengar kelakar kan tapi itulah hakikatnya... kejadian Allah ini maha hebat.. walaupun manusia tapi still ada telur yg perlu ditetaskan setiap bulan cuma berjaya atau tidak disenyawakan oleh seekor sperma yang hebat...

ok berbalik pada prosedur IUI tu.. kami pun datang pada hari yang dijanjikan..

Mula-mula suami diminta mengeluarkan sperma untuk proses pertama selepas tu seperti biasa sperma tu akan dicuci dan dipilih hanya yg sihat dan terbaik...

bila dah selesai proses tu so bermulalah prosedur IUI.. hanya isteri disuruh masuk ke bilik untuk proses IUI tersebut... bilik tu punyalah sejuk... so dia minta kita berbaring atas katil dan diminta buka seluar dalam siap2.. so aku pun cuma bertawakal jerlah... takut jangan cakaplah.. tapi bibir ni tak lepas2 berselawat...

masa buat prosedur ni bukan sorang2 tapi tak silap aku ada 6 katil so 6 oranglah semuanya... bila tiba turn aku nurse tunjukkan botol tabung uji yg ada sperma suami didalamnya dia minta kita check nama dan ic number betul atau tidak bukan apa takut tersilap sperma pulak.. so dah yakin semuanya betul.. dia minta kita baring dan bertenang.. sebelum sperma tu diinject nurse2 tu akan masukkan dulu corong mcm mulut itik kat faraj dan Dr akan masukkan tiub panjang ke dalam faraj dan dia akan inject sperm tu melalui tiub tersebut...

Alhamdulillah prosedur IUI itu berjalan dengan lancar.. emm kejap jer proses ini tapi Dr suruh berbaring dalam keadaan kaki sedikit tinggi dari kepala.. dalam 1/2 jam jugaklah...

so hari ni dapat mc kerajaan satu hari Dr suruh berehat dan jgn lakukan aktiviti2 yang berat.. seeloknya pergilah bercuti.. tapi aku tak bercuti pun my hubby kan busy...

Namun kami masih belum ada rezeki lagi sbb apabila tepat hari yang ke 28 .. 'Dia datang dengan lenggang-lengguknya" sob3... aku period seperti biasa... Perasaan Sedih sesangat namun aku pasrah belum rezeki kami agaknya... so next month kena buat second IUI...

ok sekian untuk kali ini, jumpa lagi nanti...

6 comments:

MrS tEaRs said...

hi..saya pun dah lakukan proses iui tetapi tidak berjaya...hari ke 28,period dah datng...sedih baru nak berangan...emm...so terus dengan makan clomid sebijik sehari dari hari ke 2 -ke 6,hari tu dokter bagi siap2 andai period datang..so tunggu hari ke 10 je la untuk tvs...tapi saya ingat nak pegi pada hari 12 je sebab hari ke 10 saya kerja huhu...tengokla mcmana pulak iui kali kedua saya nanti...jgn la kecewa lagi...huaaa...

freezal said...

Salam.

LPPKN pun kena bayar gak eh?

Wan Mallinee said...

Puan Wan ZM semoga berjaya selepas ni jangan bersedih ya.cuba lagi.. saya doakan awak berjaya.. aamiin

yup en freezal kena bayar dan kalau kerja government boleh buat tuntutan balik duit yang dibayar tu.. so sila simpan resit bayaran..

Unknown said...

Berapa hari mc diberi selepas iui?

HaNie Craft Collection said...

Macam mana nak buat tuntutan balik bayaran bagi yg kje gov ye?

Anonymous said...

Ada pekeliling, boleh tuntut jika buat treatment dgn LPPKN