Asalam semua...Semoga kita semua dilimpahi dengan nikmat Islam dan Iman.. emm just nak sharing cerita tentang rahim terbalik atau retroverted uterus.. actually akulah salah seorang wanita yang mempunyai permasalahan ini dan dikatakan ianya salah satu faktor kesukaran hamil betul ke?Dari pembacaan dan sedikit research yang aku buat ianya bukan faktor utama kesukaran hamil sbb ada juga kawan2 yang sama problem dengan aku dan mengandung seperti biasa. emm tulah dipanggil rezeki Allah.
Oh dari pengalaman aku pulak.. mula2 x tahu aku nipun rahim terbalik tapi bila buat HSG dan Dr Ismail Tambi tgok filem xray tu dan kata rahim u nampak mcam terbalik sikit but ianya bukan problem as long as ur husb. n u normal dan x ada problem. masa tu fuh lega sikit. but ini perkongsian untuk orang dewasa lah ya macam aku pernah share dulu Dr galakkan agar semasa bersama tu isteri sujud dan suami dikedudukan belakang isteri. emm paham2 sendirilah ya.. sbb ianya dikatakan kedudukan terbaik untuk wanita yang mempunyai permasalahan rahim terbalik. waAllahualam siapa yang berjaya dengan kaedah ini. Tapi aku x berjaya sbb dah Allah kata bukan itu rezeki aku kan.. so redhalah wahai hati..
ok then after treatment by treatment still mengecewakan.. pernah juga aku pergi jumpa seorang pakcik ni dia berubat gunakan bunga2an dan limau purut.. mula2 dia belah limau tu kat air dan dia leraikan 5 jenis bunga yang diminta katanya scan cara perubatan traditional.. mula2 risau takut ianya menyebabkan syirik tapi sbb Pakcik ni imam so aku dan suami ikhtiarlah juga jumpa dia. so kenalah mandi air yang dia bagi tu.. the best thing is ianya wangi dan yang tak best kena mandi jam 12tgh malam atau 12 tgh hari x tau kenapa.. cam scary jer.. oh ya pakcik ni pulak kata aku punya rahim terbalik dan ianya bukan semula jadi tetapi diterbalikkan.. oh no.. ianya bertambah scarylah pulak.. but lastly kitaorang decide stop jerlah treatment tu sbb ianya meacam menakutkan dan risau juga kalau ianya menyebabkan akidah kami terpesong. Bukan apa cuma bila bab nak salahkan orang itu ini, kami x berani takut menyebabkan kami berfikir yang bukan2 dan menimbulkan syak wasangka pulak, syaitan apa lagi bertepuk2 tanganlah so better stopppp.
Ok ada lagi treatment aku buat... cam biasalah traditional way berurut.. wah ni macam sangat senang cakap tapi susah nak buat.. Ada 3 orang tukang urut yang aku jumpa mula2 nenek sedara aku sendiri tapi sekali jelah. Yang kedua bidan emak kat kampung but still x berjaya jugak, lepas tu jumpa ustazah kat kelang dan dia suruh dtg lagi tp sbb dia urut sgt sakit sampai aku x leh jalan terus stop. so dari 2008 hingga 2012 stop berurut dan 2013 ni baru start balik dan makcik yang aku jumpa kali ni sangat bagus cara dia urut memang sakit sbb katanya peranakan aku tu dah lama sgt macam tu..tapi makcik ni pandai urut jadi sakit tu masa tertentu je lepas tu x sakit pun dan dia suruh aku tunggu dulu macamana. Makcik ni kata sebenarnya ianya memang rezeki Allah dan seperti biasa bersabar ada rezeki tak ke mana..
so.. the result still samalah.. menanti dan terus menanti.. sebenarnya banyak hikmah yang aku dapat dari dugaan ni pertama, aku jadi seorang yang tabah, sabar dan semakin kuat. Kedua, aku sedar bahawa tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni, ketiga, banyak ilmu dan pengalaman yang aku perolehi dan keempat malah yang paling utama Aku makin dekat dengan Dia dan aku semakin rasa disayangi olehNYA kerana akukan insan pilihan.. bukankah kita tidak tahu bahawa kita beriman selagi kita tidak diuji. jadi bersyukurlah wahai insan sebab ALLAH masih sayangkan kita dan atas sebab itu kita diuji...
sekian untuk kali ini, moga perkongsian ini ada manfaatnya sekiranya ada salah dan terkasar bahasa maafkan saya.. waAllahualam...
15 comments:
bole tau dkt mana urut
As salam kak..saya sama mcm kak..rahim jenis terbalik jugak..sy sgt risau :(
Salam. Saya terjumpa blog ni masa google anak angkat. Ada 2 perkara nak cakap.
1) retrovert uterus - ya saya pun sama. Actually ianya bukanlah penyebab utama susah nak hamil. Saya pun dah usaha banyak kali tapi tiada rezeki.
2) anak angkat - saya dah kahwin 11 tahun, dan kami belum dikurniakan zuriat. Tapi kami dah ambil seorang anak angkat sejak umur dia 2 bulan. Sekarang dah lebih 3 tahun. Alhamdulillah dia sihat dan membesar spt anak2 org lain. Kami pun dah dpt sijil anak angkat yg sah dari JPN. Saya nasihatkan kalau nak ambil anak angkat yg penting pastikan ada dokumen demi masa depan dia juga nanti. Berkenaan bayaran atau saguhati nak bagi kalau banyak ribu tu, baik dipertimbangkan. Melalui orang tengah pun susah. Sebab kami nak ambil anak tu pun mulanya melalui org tengah, dan kami dapati ada niat nak "memperdagangkan" anak, alasan sama spt yg org tengah Indon tu - si ibu berhutang dengannya. Kami hampir tak jadi ambik, tapi dah ditakdirkan dia adalah rezeki kami, urusan dipermudahkan selepas itu. Lagi satu, bersediakah kita utk ambil anak angkat - soalan ni pun sering timbul pada saya dulu. Tapi bila dah betul takdir kita, insya Allah semuanya ok. Sedia tak sedia tapi bila sampai masanya kita akan semulajadi sedia.
Sekarang saya nak cari lagi seorang anak angkat, insya Allah!
Sama kita berdoa semoga ada rezeki utk kita.. Amin.
Good luck.
Salam,awk try la jumpe doc hamid arshad.ramai yg rahim retroverted pregnant,insyaAllah.sy baru nk try
NNRMMARKETING saya berurut di kampung johor tapi still tak sure dah betul ke dak rahim saya ni...
Skeati jah InshaaAllah semoga tak ada apa yang perlu dirisaukan semuanya takdir Allah
Anonymous2... tq for ur advice.. saya doakan untuk anda berdua juga.. aamiin
Salam. Dik, akak pun mempunyai kedudukan rahim terbalik. Sebenarnya kesuburan tak bergantung kpd kedudukan rahim. Ini kali ketiga akak mengandung. Dua kali sebelumnya keguguran kerana akak lasak sangat. Kali ketiga ni, nak masuk 3 bulan. Dan jarak akak mengandung antara kali kedua dan ketiga lebih kurang 3 bulan.Semuanya kuasa Allah dik. Jika Allah nak beri, DIA akan beri. Banyakkan berdoa. Antara usaha lain yang akak buat ialah join senamrobik dan pergi gym. Tapi bila dah confirm mengandung, akak brhenti dan banyakkan berehat.
oh ya ke kak Su.. apapun tahniah.. semoga akak sihat dan memiliki anak yang sihat nanti.. inshaaAllah adalah rezeki saya nanti kalau Rahim terbalik ni bukan alasan untuk tidak mengandung. waAllahualam
best baca pengalaman puan snediri. Saya pun tengah cari info pasal rahim terbalik, tapi saya takde masalah tu cuma masa awal kawin dulu doktor kata rahim saya tinggi. Tapi alhamdulillah dah dapat 2 cahayamata. Kaan saya ada juga yg ada rahim terbalik tapi sekrang anak dia dah 3 orang. Semuanya betul mmg rezeki. Moga puan beroleh rezeki tak lama lagi...
aamiin...thanks atas doanya Mak Jemah Jual Vitamin..
saya pon mslah sama.dah 3 tahun kwin.ni tgh google nk cri pengalaman kawan senasib....risau sgtt..
kak sue tolong share cra terbaik apa nk buat....risauuu sgt sya
Saya juga mempunyai masalah yg sama.. Setelah 5 tahun kawin br la saya disahkan hamil.. Anak sekarang berusia 6 tahun .. Jika berkehendak OlehNya InsyAllah.. Sekarang saya punyai sepasang anak.. alhamdulillah..
Salam puan..
Alhamdulillah..tahniah..
boleh share tak usaha2 yg puan dah lakukan..terima kasih
Salam.. sya suami kepada isteri yg mempunyai masalah yg sama.. bleh tak akak share @ kongsi bersama info tentang pakcik (imam) tersebut.. harap sya dpt mencuba kaedah perubatan traditional tersebut, terima kasih..
Post a Comment