semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Assalamualikum... alhamdulillah atas nikmat iman dan islam ini...

Oh lawan sawang yang memang semakin bersawang.... fuhhh...fuhh... tiup habuk kononnya.... oh ya entry sebelum ni aku dah story 6 tahun kan usia perkahwinan ku.. so sambung bab 7 hihi.. cam nak buat novel jer..

Tahun ke-7 Perkahwinan
Apa yang berlaku tahun ni... emm pada tahun ni kisah menyedihkan berlaku kepada keluarga aku mana taknya ayah telah pergi menghadap ilahi pada julai 2009 memang amat menyedihkan.  aku masih ingat suamiku menangis dan berkata dengan suara yang sayu.. "ayah tak dapat tengok anak kita" sayu, sedih, hiba bermacam-macam persaan yang bercampur baur ketika itu.  itu pertama kali aku lihat suamiku jadi begitu emosi.. bila dia emosi apatah lagi aku..aku yang merupakan anak manja ayah lagilah sedih... dalam masa yang sama aku terfikir kalau yang pergi itu keluarga mertuaku mesti suamiku lebih sedih.. tapi itu semua surata takdir kami terima dengan redho... selepas 6 bulan adik lelaki ku  pula menyusul mengikut arwah ayah ke alam bakha pada januari 2010.

Oleh kerana terlalu sedih dengan dua insan tersayang yang pergi meninggalkan kami, kami berdua bagai tiada semangat untuk meneruskan usaha-usaha mendapatkan zuriat, semuanya bagai terbengkalai.. semangat bagai terbang di bawa angin lalu... sepi dan sunyi,,, .tapi setiap apa yang kita rancang Allah yang lebih mengetahuinya... tup-tup bulan mei 2010 kami pergi menunaikan umrah.. alhamdulillah terasa sangat bersyukur bila Allah telah mengundang kami menjadi tetamunya... labaikaAllah humala baik...

Alhamdulillah.. syukur atas kurniaan Allah kami berdua telah menjejakkan kaki ke bumi yang amat di berkati.. kami turut ambil kesempatan ini untuk berdoa agar dikurniakan zuriat... maklumlah ramai juga yang pesan dah sampai sana berdoalah agar Allah kurniakan zuriat... tapi kami hanya mampu berdoa Allah yang menentukan segalanya.. apa yang paling utama, nawaitu pemergian kami ke tanah suci Mekah adalah untuk beribadat. kami turut ke tempat di mana nabi Adam dan Hawa berjumpa setelah dipisahkan ketika dicampak ke bumi... kata ustaz jangan terlalu fanatik dengan jabatul rahmah tu.. tapi dah alang-alang sampai sana kami pun ambik kesempatan bergambar jugalah...
Semoga Allah akan  mengizinkan kami sampai ke tanah suci Mekah lagi untuk menunaikan haji pula. sebenarnya dalam banyak-banyak treatment yang kami lakukan dalam usaha mendapatkan zuriat, kami dapat rasakan inilah treatment terbaik.. sesungguhnya tiada ungkapan yang dapat digambarkan dengan kata-kata bertapa bersyukurnya kami.

Himah disebalik apa yang berlaku..Januari 2010- juga merupakan tahun aku menyambung kembali pengajian yang telah lama tertinggal.. aku telah ditawarkan ijazah dalam bidang pembangunan sumber manusia di UPM.  Alhamdulillah dalam setiap dugaan itu ada hikmah tersembunyi.

Tahun ke-8 Perkahwinan
8 tahun yang berlalu dengan pelbagai karenah dan ragam perkahwinan.  kami telah mula malas untuk teruskan treatment sejak pulang dari umrah kami lebih pada berserah kepada Allah. namun aku dapat rasakan hubungan kami mula ada lompongnya.  Aku terlalu sibuk dengan kerja dan dalam masa yang sama belajar dan hubby sibuk dengan kerjayanya.  

Dalam usaha menguatkan ikatan cinta tanpa buah cinta memang aku akui ianya agak sukar.  Aku akui ada masanya setiap apa yang kami lakukan bagai kosong...kosong... bak kata bait2 lagu najwa latif.., aku tahu sekiranya kesunyian yang semakin bertamu ini tidak dibendung pelbagai benda boleh berlaku.  Ada waktunya hubungan intim yang diperlukan sebagai ibadah dan nafkah juga bagai terbiar sepi... kami bagai dua insan kaku yang mula rasa akan hambarnya kehidupan suami isteri apabila tiada zuriat di sisi. 
namun Alhamdulillah Allah masih sayangkan kami dan jodoh kami masih kuat... Allah sedarkan kami bertapa tanpa zuriat juga kami masih boleh bahagia... kami mula berbicara dari hati ke hati.. kami mula merencana cinta dan mula kembali menjana idea-idea baru untuk memulihkan cinta... kami mula menghangatkan cinta dari aspek pandangan kami sendiri dan bukan dari kaca mata orang ramai.. biarlah apa orang kata yang penting kami bahagia... Apa yang penting keredhoan Allah itu perlu diutamakan...

Himah disebalik apa yang berlaku.. kesedaran bahawa cinta masih perlu terus di baja agar kebahagian hidup subur dan akan terus memekar di hati kami berdua...

sebelum berakhir coretan ini  aku nak minta maaf sekiranya ada bahasa yang kurang sesuai digunakan... bukan cuba membuka pekung didada cuma untuk perkongisan insan yang senasib dengan ku... semoga ada sedikit sebanyak coretan yang dapat memberi kebaikan dan manfaat buat kita semua... waAllahualam 

3 comments:

Unknown said...

saya doa kan awak berjaya dapat baby :) sama2 kite berusaha.

ned said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Didoakan puan sentiasa diselubungi dengan kebahagian, dengan atau tanpa kehadiran cahayamata.

Wan Mallinee said...

petit petstore : Terima kasih atas doa itu saya juga doakan awak turut dikurniakan zuriat.. aamiin

ned : Terima kasih atas doa anda saya amat menghargainya... sesungguhnya Allah hanya membebani hambaNya atas beban yang mampu ditanggunginya. waAllahualam