Assalamualaikum..
Bila tangan dah mula menaip.. baru ada sedikit semangat nak terus menaip.. hihi
actually sekarang ni aku ada new hobby.. menunggang kuda.. Bestnya hobi ni..
Baru aku sedar bila ada bonding ngan kuda rasa ada sesuatu yang membuatkan kita lega dan lupa seketika masalah dunia but akhirat still tak lupa.. kenapa???
Sebab nawaitu aku berjinak-jinak dengan hobi menunggang kuda tu asalnya aku nak ikut sunah Nabi Muhammad saw. InshaaAllah dan bila mula-mula belajar tu kan macam takut-takut je ngan kuda ni jadi kena selawatlah banyak-banyak.. emm semoga usaha mengamalkan sunah Nabi ini dipermudahkan.. Aamiin
Biar gambar yang bercerita... actually anak-anak comel yang aku bawa menunggang ni adalah Dina, Aida dan Aiman.. budak-budak nilah peneman dan menceriakan aku dan suami.. seronok tengok keletah diaorang.. manja,comel, nakal semua ada dah budak namanya kan.. aku dulu pun cam tu gak.
Oh sebenarnya aku joint Kelab DARC di Shah Alam ni tahun 2013 tapi sebab terlalu sibuk tak menyempat-nyempat nak pergi.. so hari tu ada masa terluang barulah aku dpt pergi.. seronok sebab tengok keletah budak-budak ni yang menangis-nangis sebab takutkan kuda pada awalnya dan lepas tu tak nak turun pulak bila dah seronok naik kuda hihi..
Oh pada yang berminat nak joint kelab ni sila rujuk maklumat di bawah:-
Denai Alam Recreation and Riding Club (DARC)
No 1, Jalan Elektron U16/100
Seksyen 16, Denai Alam
40160 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: +6010 240 2606
Email: info@darchorse.com.my
GPS Code: 3.153028,101.520538
Operation Hours
Tuesday – Sunday: 8am - 11pm
Monday closed
sekian saja untuk kali ini.. nanti saya sambung tentang aktiviti ini dalam entry akan datang.. InshaaAllah jika ada kerajinan dan kesempatan.. wasalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment