Assalamualaikum...
Semoga kita semua berada dalam nikmat Islam dan Iman.. aamiin... tetiba rasa ada benda yang perlu aku kongsikan dengan kamu cik blog... emm apa lagi kalau bukan cerita anak dan anak angkat.. ialah bukankah engkau diciptakan untuk meluahkan rasa hati... so semoga cik blog tak jemu dengar cerita aku tentang anak dan anak dan anak.. hihi (^___^)
Oklah straight to the point semalam aku dapat satu info tentang ada seorang biomum yang nak beri anaknya kepada keluarga yang boleh menyara anaknya... aku pun terus berhubung dengan biomum tersebut dan usia kandungannya telah memasuki trimester terakhir sebab dia dijangka bersalin paling awal 8 November 2014 atau paling lewat 20 November 2014. Oh.. hanya tinggal sebulan untuk aku membuat persiapan. sempat ke tanya hati.. InshaaAllah andai dia ditakdirkan milik kami...
Balik rumah beri suami baca segala perbualan kami melalui whatsApp dan suami terus setuju.. dia kata dari cara adik tu bercakap dia budak yang baik dan suami aku yang sarankan kami berjumpa sebab kalau adik tu betul2 serius aku nak ambik pil agar aku boleh menyusukan anak tersebut dan dari perbincangan aku dengan doktor sebelum ini dia sarankan aku ambik sebulan sebelum anak tersebut dijangka lahir. so hubby nampak lagi excited dia ajak kami berjumpa malam tu juga...
Dugaan... cari kolej adik tu pun agak jauh.. dan seperti biasa bila jalan malam memang tersesat baratlah jugak walaupun gunakan google maps.. bila sampai kolej tunggu adik tu sebab dia tengah buat asgmnt.. beria-ria minta maaf suruh kami tunggu.. dalam hati aku.. gigihnya adik ni still rajin belajar...
Ok dipendekkan cerita adik ni sebenarnya nak jaga anak ni sendiri tapi membayangkan dia masih belajar dan dia takut tak mampu menyara anak tu nanti. Dari cara bercakap nampak sangat dia sayangkan anak tersebut sebab berulang-ulang kali dia bertanya adakah aku akan izinkan dia berjumpa anak tersebut untuk mengetahui perkembangan anaknya nanti. Aku dan suami bukan orang yang zalim mungkin nanti kami akan cemburu dengan hubungan mereka tapi memikirkan walau apapun yang berlaku hubungan anak dan ibu takkan terputus jadi kami decide untuk benarkan dia tengok anak dia... semoga keputusan yang kami buat ini tak salah.
Apa yang adik ni nak... tak ada.. non.. even bil hospital pun dia nak bayar sendiri sebab dia nak bersalin di hospital swasta.. dia takut menyusahkan sebab tu dia berusaha kumpul duit untuk bersalin nanti... tapi sebagai keluarga yang akan ambil anak tersebut untuk dijaga kami takkan nak biarkan ianya berlaku.. aku pujuk dia agar duduk dengan aku bulan depan sebab aku nak dia bersalin di hospital swasta berdekatan rumah aku sebab di situ lebih Islamik dan kami akan biayai semua kos. Aku juga akan jaga dia seminggu dan aku rancang nak minta bidan (adik aku sendiri) untuk mengurut biomum tersebut agar dia benar-benar sihat.
Semoga segalanya dipermudahkan.. petang ni kami nak ikut biomum tu gi buat checkup terakhir di klinik yang biasa dia pergi dan selepas ni kami akan tukar tempat checkup dan tempat bersalin dia.. semoga Allah rezekikan anak itu untuk kami... aamiin
Ok sekarang kena fikir persiapan bayi.. dan apa-apa nanti aku update lagi ya cik blog.. semoga ada masa sebab asgmnt tengah berlambak-lambak minta disiapkan.. huhu
Wasalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
semoga Allah permudahkan segalanye...kami 7 thn kawin,dah decide amek anak angkat..skang 16 thn sudaa..semoga perkahwinan kite yg belom dikurniakan zuriat sendiri ni bahagia till jannah..amin
Alhamdulillah..smg Allah permudahkan sgla urusan akak..sy pon antara mereka yg diberi ujian oleh Allah..smg ujian yg diberi ini menjdi perisai kita kat akhirat nnt..in sha Allah..smg doa mengiringi kalian dan in sha Allah anak angkat yg bakal lahir..
terima kasih atas doanya wahai insan-insan yang senasib.. moga Allah menjadikan doa kita selama ini sebagai asbab kita ke syurganya kelak.. aamiin.. doa saya untuk rakan-rakan yang senasib juga agar kita sama-sama dikurniakan zuriat dari rahim kita sendiri satu hari nanti.. aamiin
Post a Comment