Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum... semoga kita masih diberi nikmat Islam dan Iman...
FUHHHH.....Hembusssss lebih sikit.... sebab blog ni dah terlalu bersawang.... kesian kamu Cik Blog...maaf sekiranya aku terlalu lama membiarkan kamu terbiar... setahun tanpa update sebarang cerita...
Hari ni nak cerita sedikit pasal prosedur pengangkatan bagi anak angkat setelah berumur dua tahun... jom aku share sikit langkah2nya.. cam lagu tu... langkah demi langkah kita daki bersama.. cewah..:-
Langkah pertama:-
Pertama kali dapat anak angkat. Sila buat sijil lahir dahulu dan alang-alang berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ambil borang permohonan anak angkat tu dan dalam borang tu ada surat akuan sumpah dan terus buat prosedur tu (kalau buat di JPN Putrajaya ada Pesuruhjaya Sumpah di aras G). Simpanlah borang permohonan dan akuan sumpah tu selama 2 tahun.
Langkah kedua:-
Pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Daerah masing-masing untuk memohon Anak Pelihara. (Ini merupakan dokumen sah kita jaga anak tersebut sepanjang 2 tahun sebelum dapat sijil anak angkat dari JPN)
Langkah ketiga:-
Selepas 2 tahun jaga anak tersebut pergi ke JPN Daerah masing-masing untuk penyerahan borang permohonan anak angkat dan bawalah semua dokumen yang diperlukan iaitu:-
surat akuan angkat sumpah
surat beranak,
sijil nikah, (asal & salinan)
surat akuan anak pelihara, (asal & salinan)
mykad suami isteri, (asal & salinan)
salinan mykad ibu kandung,
Gambar penuh anak, 4R
Salinan bil air/elektrik
*Selepas serahan borang dan dokumen tu akan dapat surat serta tarikh untuk temuduga.
Langkah Keempat:-
Hadir ke JPN pada tarikh yang ditetapkan untuk temuduga bawa mykad dan sijil nikah
-masa temuduga tu suami,isteri dan anak angkat kena hadir.
-soalan dia simple jer kenapa nak ambil anak angkat dan dia akan tanya anak angkat sapa kita ni so kalau anak dah pandai cakap dia pasti panggil umi dan ayah kan tapi kalau tak pandai cakap pon dia tengok macamana hubungan kita dengan anak tu... tak nampak pelik ok lah... bukan apa takut ada aktiviti pemerdagangan manusia.
Then dah settle temuduga cuma tunggu sijil anak angkat dikeluarkan... sebenarnya post ni dah tulis lama dah tapi baru sempat nak update dan alhamdulillah sebulan lepas temuduga keluarlah sijil anak angkat tu.
semoga post ini membantu sesiapa yang nak memohon sijil anak angkat.
waAllahhualam... moga Allah juga mudahkan urusan kalian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam.. tu je ke soalannye? Sy nk temuduga bulan 8 ni.. apa lg yg akn ditanya ye
Hai puan. Sijil pengankatan ni gantik sijil lahir kan? JPN akan ambil sijil lahir lepas dah bagi mykid kan? sebab sy lupa. Cari sijil lahir anak tak jumpa. Ada sijil pengangkatan je. Sy waswas. Kot sijil lahir tu hilang
Bole bantu saya,saya nak ambil anak angkat tapi anak tu bukan warganegara boleh ka...dan bagaimana caranya
sy pon tertanya2 soalan yg same sbb cari sijil kelahiran asal x jumpa
Assalam berapa lama tempoh untuk dapatkan sijil pengangkatan anak angkat, terima kasih
Anak angkat tu mesti 2 tahun kita jaga. Selepas 2 tahun kita boleh apply jadi anak angkat. Dengan dokumen2 yg diperlukan oleh JPN.
Sijil lahir asal JPN ambil blk
Hi nak tanya..saya pemegang sijil anak angkat..umur sekarang dah 26....pemegang sijil anak angkat ni boleh kerja ke???imigresen ganggu atau tak?
Post a Comment