semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Assalamualikum...

Bila dah mula berblog.. aku nak sambung cerita pasal menunggang kuda ni.. Nak di jadikan cerita lepas kelas pertama tu betis aku lebam sebab begesel ngan kuda kot... so apa lagi mula lah kalut cari pakaian yang sesuai untuk menunggang kuda.. so cari punya cari kedai menjual barangan kuda.. tetiba jumpa satu page ni 
http://www.decathlon.my/horse-riding/121/horse-rider-equipment/  

Disebabkan rasanya Decathlon ni dah terkenal dengan barangan online dan barang dia agak murah kalau di'compare' kan dengan kedai-kedai sedia ada tu.  so dengan segala keberanian yang ada aku pun beli barang-barang berikut:-

Black SCHOOLING Boots RM104.90
kasut ni saiz 5UK ikutkan aku saiz 4.5UK tapi taklah longgar sangat
Black Mesh Half Chaps RM78.60
sebenarnya ni chaps untuk budak 14 tahun.. fuhh sib baik muat
Ni aku test pakai boots dan chaps.. tapi perasan tak..
aku pakai Chaps tu terbalik...hahaha.. rupanya ada kiri dan kanan..
Brown Safety Jump Helmet RM170.70
cantik helmet ni suka sangat...
Black SCHOOLING Jodhpurs RM65.50
ni pun seluar budak 14 tahun tapi alhamdulillah muat.. 'tight' giler..
jadi aku pakai jeans jugak sebab.. sangat tak muslimah kalau pakai dia saja
 
Yang bestnya beli barang-barang ni tak kena caj transport sebab beli melebihi RM300. Kalau sesiapa yang rajin ke Singapore tu boleh terus beli kat pusat jualan di sana.. so boleh test pakai lagi puas hati kot... tapi beli online tu pun dia ada bagi guide camna nak ukur agar dapat ukuran yang tepat dan sesuai dengan kita.. so selamat mencuba...

sekian untuk kali ini diharap post kali ini membantu kalian membeli barangan yang sesuai dan dengan harga yang berpatutan untuk kita meneruskan hobi menunggang kuda ni... InshaaAllah.. marilah sama-sama mengamalkan sunah.

sekian wasalam...

9 comments:

Unknown said...

Salam sis,sy br m'cr2 riding equipment,png jgk nk plh size boot yg sesuai ni.tkt slh beli.kalu ble nk minta pendapat sis ttg boot ble?tq.

Wan Mallinee said...

salam ira syah..
akak rasa kalau macam kita yang baru berjinak2 dengan sukan berkuda ini boots yang macam akak beli tu dah ok dah.. dan saiz pulak kena ukur betul2 contohnya macam akak kasut malaysia akak pakai saiz enam but bila beli boots ni akak kena pakai saiz 4 ataupun 4 1/2.. actually kena ukur betul2 saiz kaki sbb kalau tak nanti tak selesa pulak

Unknown said...

Salam...Decathlon kedai kat mana? atau kena beli online saja?

saya said...

assalamualaikum,

tumpang tanya..kalau di Unit Ekuin UPM tu..1x sesi riding lesson tu brp lama? 30min? 1jam?..

tqvm ya

Unknown said...

Akak tumpang tanya kalau beli barang dari decathlon kan barang tuh akan post sampai rumah?....atau akan sampai di pejabat UPS di shah alam sahaja.....thanksss sis

Wan Mallinee said...

Asalam and salam sejahtera
Sorry begitu lama tak mengupdate blog Ma Th - Delcaton tu mmg kena beli online kalau nak beli kat kedai kena gi singapore
Saya- Sesi reding lesson tu 30 ke 45minit tapi bergantung pada anda sekiranya kali pertama 20minit pun dah tak larat.
Chua Ling Kit - Barang tu akan hantar direct ke alamat kita so tak ada masalah courier pun.

Unknown said...

Assalamualaikum... blh tahu mcm mana nk beli online di Decathlon..??

Unknown said...

Seluar ada tak kalau ada pm whttsp 0142470893 nk bli

Unknown said...

Sy ad seluar wane blue black...size 12 condition cun
Wssap 011-12325146