semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - First Birthday

Assalamualaikum....

oh masih belum terlambatkan nak wish happy new year...alhamdulillah Allah masih bagi nyawa, Islam dan Iman... Oh lamanya tak mencoret tup..tup.. dah bulan satu 2014.. mak aii umur dah masuk 34 tahun...Ya Allah semoga diberikan umur yang bermanfaat untuk aku beribadah kepadaMu ya Rab...

nak citer apa ya... maklumlah cik blog.. lama saya tak tengok dan menyentuh awak.. mesti awak rindu saya kan.. hahaha... i miss u too my cik  blog... sebab awaklah tempat saya mencurah rasa dan berkongsi suka duka... oh ya ke.. macam jiwang pulak ayat aku ni...

Sebenarnya hampir dua bulan ni aku ditempatkan secara 'Attachment' di JPN putrajaya... emm semua bahagian aku pergi dari bahagian perkahwinan, IC, warganegara serta Kelahiran dan anak angkat... dan sekarang ni aku sedang berada di bahagian kelahiran dan anak angkat.  em banyak benda aku pelajari bila berada di sini... apa yang penting dalam masa yang sama aku pun menyelam sambil minum air.. bukan apa aku kan tengah cari info  tentang bagaimana prosedur pengangkatan tu dilakukan..ini kira bonus lah ni...

Dipendekkan cerita.. hari ni tetiba aku rasa aku jadi emo sangat... alahai napalah kau wahai hati... mana tak emo nya.. masa jaga kaunter tadi datang seorang ibu muda mendaftarkan kelahiran anaknya.. sorang diri dan anak tersebut tak ada maklumat bapa... kesian melihat dia yang malu2.. hanya emak yang datang menemani ibu muda tersebut...tapi lelaki yang meyebabkan tercipta seorang insan kecil tak berdosa tu tak ada pulak.. terkontang-kanting lah perempuan ni... aku.. dahlah penyedih bukan boleh tengok situasi sebegini lebih sikit...  teguris hati, tersentuh rasa mcm nak nangis je.. almaklumlah baca novel pon nangis ni kan pulak benda berlaku didepan mata... adoyaiii... tapi air mata berjaya ku tahan... syabas mataku.. 

Bila jadi begini dalam hati seperti nak bertanya kalau2 ibu muda tersebut nak memberikan bayi tersebut kepada sesiapa aku boleh offer diri... tapi... tak sampai hati sebab masa mula-mula lihat nama bayi tu di bintikan Muhammad... aku pun minta ibu tu isi maklumat bapa... dengan muka sedih dan malu dia jawap bayi ni tak ada bapa...serba salah aku jadinya dan cepat2 aku mintak maaf dan terangkan bahawa jika tak ada nama bapa tak boleh bubuh nama Muhammad tapi nama Abdullah atau nama2 yang ada dalam 99 Nama Allah.

Alhamdulillah dia faham... cuma kenapa aku tak ada kekuatan untuk bertanya kepadanya adakah anak tersebut akan diberikan kepada keluatga angkat.. emm tulah peluang depan mata tapi kalau ianya bukan rezeki kita tak dapek den nak menolong wei...

oklah cukup setakat itu untuk hari ini cik blog... jumpa lagi tapi x janji ... Inshaa Allah...