semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label KisahKu. Show all posts
Showing posts with label KisahKu. Show all posts

Assalamualikum dan salam ukhuwah buat semua.. Alhamdulillah atas nikmat Islam dan Iman dan nyawa yang dipinjamkan Allah ini... oh sebulan berlalu tanpa aku update blog ni. ok lets go to the next episode.. hihi dah macam cerita  pulak, tapi kadang-kadang bila tonton tv tu macam ada cerita yang kena kat batang hidung sendiri macam cerita carl & Ellie ni.
Sebab hidup ini kitalah pelakonnya kalau pandai bawa watak pasti kita berjaya..betul ke falsafah aku ni.. kalau salah sorry lah ya.. (^___^)





Tahun ke-9 Perkahwinan
Tahun ke sembilan perkahwinan yang menyuntik kembali semangat kami untuk meneruskan rawatan di LPPKN namun IUI ke tiga yang kami buat gagal (seperti post yang aku ceritakan sebelum ini).  sebenarnya pada perancangan kami nak terus buat IVF tapi mendengar saranan Doktor yang suruh kami cuba sekali lagi IUI so kami pun ikut jelah.  
 Dalam masa yang sama aku nikan pantang dengar ada produk yang bagus untuk wanita yang nak mengandung so akupun cubalah produk ni Atika Beauty Zureat dan ada set untuk lelaki sekali tapi lupa pulak apa nama dia.  kenapa aku try produk ni... jawapannya ialah murah dan okey gak rasa dia taklah pahit pon sedap je..haha makan ubat nak yang sedap.. tapi aku ni pun satu tak berterusan ambik.  Tak silap aku lepas dua botol aku telan ops silap bukan botol yang aku telan tapi isi dalam dia yang aku minum namun tak membuahkan hasil so as usual... STOP.. then pujuk hati mungkin produk tu tak sesuai dengan aku.. 

Tahun ni juga aku diarahkan bertukar tempat kerja kalau dulu dekat kementerian pelajaran dan kini di bawah Jabatan Perdana Menteri. kerja sama je cuma yang best dah tak payah nak serabut dengan jalan KL yang sesak tu.. so masa tu aku pun kata agak-agaknya kalau tak serabut dengan jem hati pon tenang so boleh ler mengandung.. hihi sentiasa beri harapan pada diri sebab kata-kata tu kan doa.

Himah disebalik apa yang berlaku.. Alhamdulillah kami dah buat full settlement kereta, rezeki dari Allah, duit nak buat IVF tak jadi so manfaatkan jelah dekat apa yang ada disekeliling.


Tahun ke-10 Perkahwinan
Tahun ke sepuluh... wah diam tak diam dah sepuluh tahun usia perkahwinan kami... orang tua-tua kata masuk tahun ke 10 usia perkahwinan ni dah fasa dua di mana Allah buka pintu rezeki ke arah stabiliti.. waAllahualam tak pasti betul atau tidak apa yang pasti setiap perkahwinan tu Allah dah tetapkan rezeki terbaik untuk kita.  

Bila dah usia perkahwinan melangkau tahun ke sepuluh ni barulah kami kalut nak cari anak angkat.. bukan apa aku menghormati pendirian suami aku yang minta aku bersabar setiap kali aku kata nak ambik anak angkat.  Tapi kali ni suami aku yang beria-ria nak ambik anak angkat kesian pulak aku dekat dia sebab setiap kali kami nak ambik anak angkat je pasti ada dugaan tertentu.  Dan kebetulan aku ada program attachment di JPN Putrajaya jadi memang aku semakin jelaslah akan prosedur pengambilan anak angkat ni.

Prosedurnya adalah seperti berikut:- 
Pertama ambil anak dari ibu/bapa dan buat surat akuan sumpah penyerahan dan potostat ic atau pasport ibu bapa tersebut.pastikan no pasport di sijil lahir sama dengan no pasport yang dipotostat (simpan baik-baik dokumen ni)
Kedua jaga anak tersebut selama dua tahun dan setelah dua tahun pergi ke JPN berhampiran untuk meneruskan prosedur pengambilan anak angkat (isi borang dan angkat sumpah) 
Ketiga akan dipanggil temuduga setelah borang permohonan diproses dan sekiranya layak akan dikeluarkan dokumen sijil pengangkatan. 
Jadi selamat mencuba....

oh ya tahun ke sepuluh ni produk yang aku gunakan dan hingga sekarang masih setia adalah..  


walaupun masih tidak berjaya setakat ini tapi aku suka dengan produk ni.. tak tau kenapa.. so kalau ada yang nak cuba produk ni silalah cari dealer terdekat anda..saya promote tapi saya tak jual..hihi

Himah disebalik apa yang berlaku.. Alhamdulillah aku dah tamatkan pengajian Bachelor dan disebabkan belum ada rezeki untuk dapat baby sekarang ni aku sedang buat Master pulak... Sesungguhnya inilah yang Allah rencanakan untuk aku dan yang terbaik untuk masa depan aku.. terima kasih ya Allah

oklah sekian untuk kali ini... semoga ada sedikit sebanyak coretan yang dapat memberi kebaikan dan manfaat buat kita semua... waAllahualam 

Assalamualikum... alhamdulillah atas nikmat iman dan islam ini...

Oh lawan sawang yang memang semakin bersawang.... fuhhh...fuhh... tiup habuk kononnya.... oh ya entry sebelum ni aku dah story 6 tahun kan usia perkahwinan ku.. so sambung bab 7 hihi.. cam nak buat novel jer..

Tahun ke-7 Perkahwinan
Apa yang berlaku tahun ni... emm pada tahun ni kisah menyedihkan berlaku kepada keluarga aku mana taknya ayah telah pergi menghadap ilahi pada julai 2009 memang amat menyedihkan.  aku masih ingat suamiku menangis dan berkata dengan suara yang sayu.. "ayah tak dapat tengok anak kita" sayu, sedih, hiba bermacam-macam persaan yang bercampur baur ketika itu.  itu pertama kali aku lihat suamiku jadi begitu emosi.. bila dia emosi apatah lagi aku..aku yang merupakan anak manja ayah lagilah sedih... dalam masa yang sama aku terfikir kalau yang pergi itu keluarga mertuaku mesti suamiku lebih sedih.. tapi itu semua surata takdir kami terima dengan redho... selepas 6 bulan adik lelaki ku  pula menyusul mengikut arwah ayah ke alam bakha pada januari 2010.

Oleh kerana terlalu sedih dengan dua insan tersayang yang pergi meninggalkan kami, kami berdua bagai tiada semangat untuk meneruskan usaha-usaha mendapatkan zuriat, semuanya bagai terbengkalai.. semangat bagai terbang di bawa angin lalu... sepi dan sunyi,,, .tapi setiap apa yang kita rancang Allah yang lebih mengetahuinya... tup-tup bulan mei 2010 kami pergi menunaikan umrah.. alhamdulillah terasa sangat bersyukur bila Allah telah mengundang kami menjadi tetamunya... labaikaAllah humala baik...

Alhamdulillah.. syukur atas kurniaan Allah kami berdua telah menjejakkan kaki ke bumi yang amat di berkati.. kami turut ambil kesempatan ini untuk berdoa agar dikurniakan zuriat... maklumlah ramai juga yang pesan dah sampai sana berdoalah agar Allah kurniakan zuriat... tapi kami hanya mampu berdoa Allah yang menentukan segalanya.. apa yang paling utama, nawaitu pemergian kami ke tanah suci Mekah adalah untuk beribadat. kami turut ke tempat di mana nabi Adam dan Hawa berjumpa setelah dipisahkan ketika dicampak ke bumi... kata ustaz jangan terlalu fanatik dengan jabatul rahmah tu.. tapi dah alang-alang sampai sana kami pun ambik kesempatan bergambar jugalah...
Semoga Allah akan  mengizinkan kami sampai ke tanah suci Mekah lagi untuk menunaikan haji pula. sebenarnya dalam banyak-banyak treatment yang kami lakukan dalam usaha mendapatkan zuriat, kami dapat rasakan inilah treatment terbaik.. sesungguhnya tiada ungkapan yang dapat digambarkan dengan kata-kata bertapa bersyukurnya kami.

Himah disebalik apa yang berlaku..Januari 2010- juga merupakan tahun aku menyambung kembali pengajian yang telah lama tertinggal.. aku telah ditawarkan ijazah dalam bidang pembangunan sumber manusia di UPM.  Alhamdulillah dalam setiap dugaan itu ada hikmah tersembunyi.

Tahun ke-8 Perkahwinan
8 tahun yang berlalu dengan pelbagai karenah dan ragam perkahwinan.  kami telah mula malas untuk teruskan treatment sejak pulang dari umrah kami lebih pada berserah kepada Allah. namun aku dapat rasakan hubungan kami mula ada lompongnya.  Aku terlalu sibuk dengan kerja dan dalam masa yang sama belajar dan hubby sibuk dengan kerjayanya.  

Dalam usaha menguatkan ikatan cinta tanpa buah cinta memang aku akui ianya agak sukar.  Aku akui ada masanya setiap apa yang kami lakukan bagai kosong...kosong... bak kata bait2 lagu najwa latif.., aku tahu sekiranya kesunyian yang semakin bertamu ini tidak dibendung pelbagai benda boleh berlaku.  Ada waktunya hubungan intim yang diperlukan sebagai ibadah dan nafkah juga bagai terbiar sepi... kami bagai dua insan kaku yang mula rasa akan hambarnya kehidupan suami isteri apabila tiada zuriat di sisi. 
namun Alhamdulillah Allah masih sayangkan kami dan jodoh kami masih kuat... Allah sedarkan kami bertapa tanpa zuriat juga kami masih boleh bahagia... kami mula berbicara dari hati ke hati.. kami mula merencana cinta dan mula kembali menjana idea-idea baru untuk memulihkan cinta... kami mula menghangatkan cinta dari aspek pandangan kami sendiri dan bukan dari kaca mata orang ramai.. biarlah apa orang kata yang penting kami bahagia... Apa yang penting keredhoan Allah itu perlu diutamakan...

Himah disebalik apa yang berlaku.. kesedaran bahawa cinta masih perlu terus di baja agar kebahagian hidup subur dan akan terus memekar di hati kami berdua...

sebelum berakhir coretan ini  aku nak minta maaf sekiranya ada bahasa yang kurang sesuai digunakan... bukan cuba membuka pekung didada cuma untuk perkongisan insan yang senasib dengan ku... semoga ada sedikit sebanyak coretan yang dapat memberi kebaikan dan manfaat buat kita semua... waAllahualam 



Assalamualikum...

Ketika jari-jemari ini menaip... Seantero  Dunia sedang sibuk membincangkan tentang misteri kehilangan kapal terbang MAS MH370.. apa-apa pun moga Allah permudahkan segalanya.. sebab apa yang berlaku kerana ketentuannya... memang misteri kerana hanya Allah yang mengetahui setiap apa yang yang berlaku... waAllahualam namun aku terus berdoa agar MH370 kembali dengan selamatnya.. berdoa dan terus berdoa..

Oklah aku nak teruskan dengan kisah aku ni... walaupun kesedihan melanda dunia namun kehidupan tetap perlu diteruskan... so kita sambung episod 3..

Tahun Ke 5 Perkahwinan
Alhamdulillah usia perkahwinan yang menjangkau usia 5 tahun menjadikan kami makin matang, ekonomi makin kukuh dan kasih sayang yang disemai makin bersemi... InshaaAllah dengan keizinannya..

Bila dah lima tahun kawin aku pun dah kerja kerajaan rasanya bermacam-macam produk aku cuba sepanjang tahun ke lima ini jom aku senaraikan apa dia yang aku cuba pada tahun kelima ni antaranya:-


Korset Beautiful - hahaha ada kaitan ke untuk hamil.. entahlah tapi bila orang yang jual tu kata bagus dan ada yang pakai korset ni hamil aku pun belilah jugak... tapi bukan atas sebab itu je.. sebab lain aku ada masalah tulang belakang.. hasil dari imbasan xray Dr kata tulang belakang aku bengkok dan disarankan untuk aku memakai korset.  TAPI bukan korset beautiful ni korset untuk medical tu lain.. hihii dah aku nak selesa kononya so belilah korset ni. dan aku juga terjebaklah dengan MLM yang menjual korset ni emm tak pasal-pasal terbang 20K buat loan sebab joint dan aku dapat apa??? dapatlah guna korset ni dua helai dan yang lain dijual dengan harga murah sebab bosan tengok belambak kat rumah.. huhu.. terkono denn...


Bidadari - emm sambil pakai korset tu aku consume produk ni pulak..  maklumlah ada testimoni kata dia guna produk ni mengandung.. so orang yang macam aku ni memang pantang dengar produk-produk begini.  so ambik lah bidadari pulak.. lama juga aku consume bidadari ni dalam 6 bulan juga sebab suka rasa dia..Actually produk ni keluaran DCL dan antara lain yang aku consume selain bidadari termasuklah  Q-she, Nu-age, Amazing, Nigella dan Kopi Guara.  Bila fikir-fikir balik banyak betul produk yang aku guna masa ni dan seperti biasa yang bestnya siap jadi ahli lagi sebab nak murah guna product ni. hihihi so meniaga lah produk ni juga tapi sekarang dah tak jual dah... kenapa??? jawapannya malas sebab dah stop consume..


Hikmah disebalik apa yang berlaku:- Aku dapat pindah rumah baru dan dapat lengkapkan semua peralatan rumah dengan yang baharu ... memang best...betulkan rezeki Allah tu sentiasa ada. Allhamdulillah.

Tahun ke 6 Perkahwinan
Wah dah 6 tahun.. anak-anak jiran yang kahwin sama tarikh ngan kita orang dah gi tadika.. dan aku pernah cakap kat suami.. "Abang kalau dulu kita terus ada rezeki anak mungkin anak kita pun dah pergi tadika kan" Oh tak baiknya perkataan kalau itu siapalah aku untuk menentukan apa yang terbaik untuk kami.. maafkan aku Ya Allah terkadang hambaMu ini lupa dan alpa..

So bila dan 6 tahun berkahwin dan aku pun dah kerja kerajaan so aku mula pujuk suami untuk ke LPPKN untuk rawatan... mula-mula agak sukar namun berbekalkan senjata airmata dan rajukan sang isteri akhirnya tewas juga sang suami.. hihihi Allah suruh usaha so ni pun salah satu usaha kami..So untuk LPPKN ni rasanya Cik Blog dah tau kan apa kisahnya jadi kalau ada yang teringin nak baca silalah baca post sebelum ini.

Oh produk lain yang aku guna selain rawatan LPPKN.. emm aku mula consume ELKEN.. glamor kan product tu dan banyak juga yang aku cuba product ni. And as usual aku pun joint ahli.. hihi best product kesihatan ni aku suka spirulina, Esterc ,LD Venus dan semua product ni.. tapi aku jadi ahli kan untuk dapat beli murah je.. tak menjual pun.. but i love this product.. cuma mahal je kalau murah memang bestlah...

oh rasanya itu je kot product yang aku guna pada tahun ni sebab dah tak berapa nak ingat.. hihi
 
Hikmah disebalik apa yang berlaku:- Alhamdulillah kitaorang tahun ni ada duit baki lebih dan dapat beli kereta baru.. memang itu rezeki dari Allah dan aku amat bersyukur... memang mulanya aku tak pernah berhasrat untuk membeli kereta yang sama harga dengan sebiji apartment .. tp harga apartment pada ketika itulah.. rezeki Allah itu sentiasa ada kan... dan satu sebab lagi kereta lama kami asyik merajuk je.. so terpaksalah bagi sorang adik dekat dia.. WDE dan adiknya WSE...

*terniang-niang kata-kata arwah ayah.. "Ayah macam tak percaya sebab anak ayah boleh beli dan bawa kereta macam ni" merujuk kepada kereta baruku kerana kami asalnya orang biasa-biasa dan pastinya apa yang kami ada kini berkat doa kedua orang tua kami... terima kasih Ya Allah..

sekian untuk kali ini.. jumpa dalam entri akan datang.. seandainya masih ada umur.. InshaaAllah..Wasalam


 




Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk  mencoret dan menyambung cerita sebelum ini.. okey kita teruskan dengan tahun-tahun berikutnya...


Tahun Ke-3 Perkahwinan...


Tup-tup dah 3 tahun kitaorang bersama... bersyukur dengan rahmatNya... tapi bila masuk tahun ke tiga dan kami masih tiada zuriat semakin susah hati lah kami ni. 


 Jadi salah satu kaedah yang kami cuba atas nasihat kawan-kawan pergi bercuti ke Langkawi dan sekali gus pergi mandi di Tasik Dayang Bunting.... hahaha kita orang nipun ikut jelah.. dah orang sarankan... best mandi kat air tasik tu sejuk je... nyaman gitu.. tapi entahlah x ada pon tanda2 aku bunting lepas gi Tasik Dayang Bunting tu.. agaknya orang nama Dayang je yang boleh bunting kat tasik tu... hishhh merapu sungguh...tapi tengok gambar kat bawah ni pulau ni memang bentuk macam orang baring kan... subahanaAllah Dia yang mencipta segala sesuatu...



Insan Ciptaan Ilahi
sebenarnya ni gambar terbaharu aku tahun 2013 bersama suami, ibubapa mertua dan emak serta adik bongsuku... yang bestnya aku macam gian mandi kat tasik ni, sebab setiap kali pergi Langkawi mesti nak pergi Tasik ni dan bermandi manda.... parah ni... hihihi

Oh ok berbalik kepada produk yang aku cuba pada tahun ke tiga ni adalah produk biodex.  Seperti biasa aku yang rajin mencuba ni pon pantang dengar ada orang mengandung makan produk ni terus aku cari... boleh tahan mahal juga set biodex ni untuk 3 bulan consume tu habis beribu juga rasanya.. tapi disebabkan perasaan inginkan anak tu aku pejam mata je.  tapi dah nama bukan rezeki aku kan.. so tak berjaya juga.. banyak kali jugak aku consume Biodex ni, aku suka susu, prune dan supreme diet tu sedap rasa dia.. tapi bila dah lama guna result still sama so aku pun stop... sambil pujuk hati mungkin produk tu tak sesuai dengan aku.. sabarlah wahai hati...



Hikmah di sebalik apa yang berlaku:- Lepas tiga tahun pun tak ada anak dan duit bayar kereta pun dah settle alhamdulillah tup-tup dalam diam-diam suami aku beli rumah yang aku idam-idamkan di Bangi bukan apa.. aku suka sebab rumah tu dekat dengan Masjid.  Alhamdulillah.. hebatkan pecaturan yang Allah tetapkan.


Tahun Ke-4 Perkahwinan...

Wah macam tak percaya dah 4 tahun kitaorang kawin... macam baru kawin je hihi... Akhir tahun 2006 tu aku kena denggi sangat teruk kulit keluar bintik-bintik merah dan period walaupun baru lepas period 2 minggu sudah.  bila kena denggi masuk air berbotol-botol sampai bengkak-bengkak badan aku.  Dan first time dalam hidup aku sepanjang 26 tahun tu kena admitted ward.. masa tu aku cakap dengan suami "kalau ayang masuk wad ni sebab bersalin kan best" suami aku cuma senyum menutup gundah gulana di hati sambil jawab "ada rezeki kita tu nanti". 

Lepas kena Denggi tu kulit aku jadi hitam mungkin sebab kesan darah kuman denggi tu so aku pun pergi homopathy Hassan dekat PKNS bangi dia pun check dan bagi ubat untuk buang kuman denggi tu.. dan lepas tu dia check kesuburan aku dia kata aku punya rahim tak berapa sihat sebab tu rambut selalu gugur dan aku pun ambik ubat untuk kesuburan sekali.  sebab dengar cerita kawan ada yang berjaya hamil dengan amalkan homopathy ni. tapi aku cam ni jugalah.. bukan rezeki aku kan..lama juga aku consume homopathy ni sebab aku suka ubat dia murah dan manis.. hihihi. sesiapa yang nak cuba bolehlah pergi ke PKNS Bangi atau call 03-89267831.

Hikmah di sebalik apa yang berlaku:- setelah 4 tahun berkahwin aku ditawarkan kerja dengan sektor kerajaan Alhamdulillah.. walaupun dapat jawatan yang bukan diminta tapi sekurang-kurangnya ibubapa aku gembira bila aku ditawarkan jawatan dalam sektor kerajaan.


Betapa cantik apa yang telah Allah corakkan dalam 4 tahun usia perkahwinan kami ni.. bukan rezeki anak yang diberi tapi rezeki lain.. sesungguhnya aku amat bersyukur dengan limpahan rahmat Mu Ya Allah.

okeylah setakat ini untuk hari ini.. jumpa lagi nanti cik blog.. wasalam