semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - First Birthday

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih berada dalam nikmat Islam dan Iman... Semoga kita berada dalam rahmat Allah..aamiin.. emm disebabkan hari ni ada jamuan hari raya maka.. banyaklah sikit masa aku untuk menaip entry di blog..hihi alasan semua itu..

Oh nak sambung cerita belajar menunggang untuk kelas kedua pula.. ok untuk kelas kedua ni agak berkobar-kobar aku nak pergi sebabnya.. hihi maklumlah dah dapat pakaian lengkapkan.. cuma glove je tak dapat sebab hari tu tak ada saiz.

Hari ni aku belajar yang sama mula-mula walk on, then trot lepas tu belajar canter terus... wah best canter ni walaupun rasa macam nak terbang sebab laju tapi buat-buat feel cam naik buaian yang kita hayun laju-laju gitu...kelam kabut gak mula-mula tu tapi lama-lama ok sikit.. alhamdulillah..  

Hari ni kuda yang menjadi tunggangan aku adalah Paint... Kuda Australia yang sebenarnya berbaka Pony tapi agak besar macam kuda maka ia digunakan untuk pelajar baru cam aku. 


Hari ni jugak aku kena kawal sendiri tali rein tu dan masa ni baru aku tahu bahawa kuda ni pandai buli kita.. huhu kelam kabut gak aku nak kawal tali rein tu.. berdebar sebab selama ni bergantung kepada tali yang En. Awie pegang tu, tapi bila dia tak pegang dan kena kawal sendiri.. merah padam muka aku sebab berdebar-debar.. tapi control macho.. buat-buat berani sebab takut kuda perasan.. leader katanya kan..apa-apa pun naik kuda ni kena ada feel... baru bonding ngan kuda kuat..

Ok.. sekian untuk kali ini.. semoga ada manfaat disebalik coretan ni... 

Wasalam...









Assalamualikum...

Bila dah mula berblog.. aku nak sambung cerita pasal menunggang kuda ni.. Nak di jadikan cerita lepas kelas pertama tu betis aku lebam sebab begesel ngan kuda kot... so apa lagi mula lah kalut cari pakaian yang sesuai untuk menunggang kuda.. so cari punya cari kedai menjual barangan kuda.. tetiba jumpa satu page ni 
http://www.decathlon.my/horse-riding/121/horse-rider-equipment/  

Disebabkan rasanya Decathlon ni dah terkenal dengan barangan online dan barang dia agak murah kalau di'compare' kan dengan kedai-kedai sedia ada tu.  so dengan segala keberanian yang ada aku pun beli barang-barang berikut:-

Black SCHOOLING Boots RM104.90
kasut ni saiz 5UK ikutkan aku saiz 4.5UK tapi taklah longgar sangat
Black Mesh Half Chaps RM78.60
sebenarnya ni chaps untuk budak 14 tahun.. fuhh sib baik muat
Ni aku test pakai boots dan chaps.. tapi perasan tak..
aku pakai Chaps tu terbalik...hahaha.. rupanya ada kiri dan kanan..
Brown Safety Jump Helmet RM170.70
cantik helmet ni suka sangat...
Black SCHOOLING Jodhpurs RM65.50
ni pun seluar budak 14 tahun tapi alhamdulillah muat.. 'tight' giler..
jadi aku pakai jeans jugak sebab.. sangat tak muslimah kalau pakai dia saja
 
Yang bestnya beli barang-barang ni tak kena caj transport sebab beli melebihi RM300. Kalau sesiapa yang rajin ke Singapore tu boleh terus beli kat pusat jualan di sana.. so boleh test pakai lagi puas hati kot... tapi beli online tu pun dia ada bagi guide camna nak ukur agar dapat ukuran yang tepat dan sesuai dengan kita.. so selamat mencuba...

sekian untuk kali ini diharap post kali ini membantu kalian membeli barangan yang sesuai dan dengan harga yang berpatutan untuk kita meneruskan hobi menunggang kuda ni... InshaaAllah.. marilah sama-sama mengamalkan sunah.

sekian wasalam...
Assalamualaikum...

Semoga kita berada dalam rahmat Allah..aamiin


emm cer tengok tajuk tu.. cam best je kan.. belajar menunggang kuda.. Yes akhirnya setelah sekian lama belajar di UPM ni baru perasan dengan pusat ekuin UPM ni. Pelik.. sebab hari-hari lalu tapi tak terfikir kat situ boleh belajar menunggang kuda..


So kat sini aku nak share pengalaman belajar menunggang kuda ni. Masa mula-mula rasanya semua orang akan takut.. al-maklumlah bersama dengan mahluk Allah yang lebih besar dan tinggi dari kita dan nampak macam ganas dan kadang-kadang manja.. emm so sambil belajar kena ada 'bonding' dengan kuda ni memang best.. rasa ada keyakinan diri yang kuat.. patutlah Nabi Muhammad suruh belajar menunggang kuda ni, untuk jadi seorang yang berani, berdisiplin dan tegas. Kalau tak tegas kuda tu buli kita pulak.







Kelas pertama belajar menunggang bersama jurulatih En. Awie.. 
cam penyanyi kan nama dia..hihi
Gambar di atas ni aku naik Hobo kuda ni ensem lagi gantang dong..hihi tinggi si Hobo ni.. cuak jugak rasanya.. untuk kelas pertama ni aku belajar walk dan trot je.. sebab masih tak berapa berani kan.. tapi dapat pujian dari En. Awie tu dia kata aku cepat belajar dan berani.. alhamdulillah (punyalah kembang hati bila dipuji.. cepat-cepat istigfar takut lupa diri )

Oh lupa nak bagi tau.. bayaran untuk kelas menunggang bagi 10 seisi seperti berikut:-

i) Pelajar RM200
ii) Staff UPM/ Alumni RM400
iii) Orang Awam RM600.

So sesiapa yang berminat bolehlah hubungi puan za di talian 019-9214206.

Sekian untuk kelas pertama ni... nanti kita sambung lagi ya. wasalam..
Assalamualaikum..

Bila tangan dah mula menaip.. baru ada sedikit semangat nak terus menaip.. hihi
actually sekarang ni aku ada new hobby.. menunggang kuda.. Bestnya hobi ni..

Baru aku sedar bila ada bonding ngan kuda rasa ada sesuatu yang membuatkan kita lega dan lupa seketika masalah dunia but akhirat still tak lupa.. kenapa???

Sebab nawaitu aku berjinak-jinak dengan hobi menunggang kuda tu asalnya aku nak ikut sunah Nabi Muhammad saw. InshaaAllah dan bila mula-mula belajar tu kan macam takut-takut je ngan kuda ni jadi kena selawatlah banyak-banyak.. emm semoga usaha mengamalkan sunah Nabi ini dipermudahkan.. Aamiin






Biar gambar yang bercerita... actually anak-anak comel yang aku bawa menunggang ni adalah Dina, Aida dan Aiman.. budak-budak nilah peneman dan menceriakan aku dan suami.. seronok tengok keletah diaorang.. manja,comel, nakal semua ada dah budak namanya kan.. aku dulu pun cam tu gak.

Oh sebenarnya aku joint Kelab DARC di Shah Alam ni tahun 2013 tapi sebab terlalu sibuk tak menyempat-nyempat nak pergi.. so hari tu ada masa terluang barulah aku dpt pergi.. seronok sebab tengok keletah budak-budak ni yang menangis-nangis sebab takutkan kuda pada awalnya dan lepas tu tak nak turun pulak bila dah seronok naik kuda hihi..

Oh pada yang berminat nak joint kelab ni sila rujuk maklumat di bawah:-

Denai Alam Recreation and Riding Club (DARC)
No 1, Jalan Elektron U16/100
Seksyen 16, Denai Alam
40160 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: +6010 240 2606
Email: info@darchorse.com.my
GPS Code: 3.153028,101.520538
Operation Hours
Tuesday – Sunday: 8am - 11pm
Monday closed



sekian saja untuk kali ini.. nanti saya sambung tentang aktiviti ini dalam entry akan datang.. InshaaAllah jika ada kerajinan dan kesempatan.. wasalam..


Assalamualaikum.. semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga Allah memayungi kita dengan rahmatNya.. aamiin

Tak tahu nak coret apa dekat sini.. tangan ni gatai nak menaip sebab tugasan dah siap dan sekarang ni cuti semester.. alhamdulillah dah tamat 1 sem  so tinggal another 3 sem.yeayyy plz.. doakan yang terbaik buat diriku..

Diam tak diam dah 11 tahun masa bersama dia berlalu.. emm macam baru 11 bulan bersama.. Alhamdulillah segala-galanya ketentuan Allah.. lepas ni maybe posting nak cerita pasal benda lain.. tak mau sedih-sedih.. hidup perlu diteruskan..but still nak share andainya Allah makbulkan doa untuk aku memiliki insan bergelar anak..

today cuma nak wish eid mubarak kat semua setelah syawal ke 22 baru nak wish.. hahaha.. apa-apa pun maaf dipinta andai ada tersilap taip.. hihi.. andai terasa hati dengan coretan di laman blog ni.. walaupun ianya tak terniat sekelumit pun di hati ini.. 
sekian wasalam..