skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum.. semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga Allah memayungi kita dengan rahmatNya.. aamiin
Tak tahu nak coret apa dekat sini.. tangan ni gatai nak menaip sebab tugasan dah siap dan sekarang ni cuti semester.. alhamdulillah dah tamat 1 sem so tinggal another 3 sem.yeayyy plz.. doakan yang terbaik buat diriku..
Diam tak diam dah 11 tahun masa bersama dia berlalu.. emm macam baru 11 bulan bersama.. Alhamdulillah segala-galanya ketentuan Allah.. lepas ni maybe posting nak cerita pasal benda lain.. tak mau sedih-sedih.. hidup perlu diteruskan..but still nak share andainya Allah makbulkan doa untuk aku memiliki insan bergelar anak..
today cuma nak wish eid mubarak kat semua setelah syawal ke 22 baru nak wish.. hahaha.. apa-apa pun maaf dipinta andai ada tersilap taip.. hihi.. andai terasa hati dengan coretan di laman blog ni.. walaupun ianya tak terniat sekelumit pun di hati ini..
sekian wasalam..
Asalamualikum...
Moga Aidilfitri kali ini membawa seribu keinsafan dan kebaikan berkat dari bulan Ramadhan al Mubarak.. Alhamdulillah dapat berada dalam bulan syawal.. tahun ni beraya di Penang dan raya ke3 hingga ke 5 beraya di Johor... mmm tahun ni x beraya sangat so tak adalah soalan cepu emas... bila lagi nak bertiga... asyik berdua je.. hmm apa nak jawab buat bijak jelah senyum... kan ke sedekah tu dapat pahala... tapi jauh disudut hati melihat ahli keluarga yang beraya dengan anak-anak dan melihat keletah mereka yang comel dan manja... terdetik juga rasa cemburu di hati dan cepat2 istigfar takut ada syaitan yang mula bertandang....
Tapi bila tengok En Suami mengendong baby dan bermain dgn baby hati mula rasa tersentuh dan rasa bersalahnya diri ini sbb x dapat berikan zuriat kepadanya... terima kasih suamiku kerana bersabar dan sentiasa setia disampingku.. moga satu hari nanti impian kita akan menjadi nyata.. Aku pun pujuk diri dengan menghantar imej positif dalam minda dengan membayangkan Suamiku bermain dengan anak-anak kami pada hari raya tahun hadapan... emm kata Dr Muhaya perlu sentiasa berfikiran positif dan bayangkan perkara yang baik.. InshaAllah ianya akan menjadi kenyataan....ameen