semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Asalamualikum...

Moga Aidilfitri kali ini membawa seribu keinsafan dan kebaikan berkat dari bulan Ramadhan al Mubarak.. Alhamdulillah dapat berada dalam bulan syawal.. tahun ni beraya di Penang dan  raya ke3 hingga ke 5 beraya di Johor... mmm tahun ni x beraya sangat so tak adalah soalan cepu emas... bila lagi nak bertiga... asyik berdua je.. hmm apa nak jawab buat bijak jelah senyum... kan ke sedekah tu dapat pahala... tapi jauh disudut hati melihat ahli keluarga yang beraya dengan anak-anak dan melihat keletah mereka yang comel dan manja... terdetik juga rasa cemburu di hati dan cepat2 istigfar takut ada syaitan yang mula bertandang.... 

Tapi bila tengok En Suami mengendong baby dan bermain dgn baby hati mula rasa tersentuh dan rasa bersalahnya diri ini sbb x dapat berikan zuriat kepadanya... terima kasih suamiku kerana bersabar dan sentiasa setia disampingku.. moga satu hari nanti impian kita akan menjadi nyata.. Aku pun pujuk diri dengan menghantar imej positif dalam minda dengan membayangkan Suamiku bermain dengan anak-anak kami pada hari raya tahun hadapan... emm kata Dr Muhaya perlu sentiasa berfikiran positif dan bayangkan perkara yang baik.. InshaAllah ianya akan menjadi kenyataan....ameen

0 comments: