semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - First Birthday

Assalamualaikum... semoga kita semua berada dalam nikmat Islam dan iman.. aamin

Hujan lebat dan suasana sejuk membungkam ini menjadikan otak aku semakin beku untuk membuat tugasan lantas jari-jemari ini terus menaip di ruangan blog ini.  Otak yang membeku bagai tidak tahu apa yang bakal aku kongsikan di sini.  Oh kisah anak angkat yang aku janjikan untuk dikongsikan telah sebulan berlalu... Penantian.. betul kata orang penantian satu penyiksaan.. banyak dugaan yang kami lalui dalam usaha memastikan insan kecil ciptaan Ilahi itu menjadi milik kami.. kami masih menanti kelahirannya.. oklah apa kata aku kongsikan apa yang telah aku sediakan untuk si kecil ini... semoga persediaan yang kami buat ini tidak sia-sia dan moga anak itu nanti lahir dengan sihat, sempurna dan membesar bagai juara.. hihi(^___^)


Alhamdulillah berkat doa dan usaha serta tawakkal suntikan dan ubat yang diberi untuk menghasilkan susu akhirnya berjaya dengan kaedah pumping dan permakanan yang berkhasiat.. pelbagai perasaan bercampur-baur bila berjaya menghasilkan susu sendiri untuk diberikan kepada anak susuan nanti.. InshaaAllah dia bukan sahaja anak angkat kami malahan ianya bakal mempunyai hubungan darah hingga akhirat kelak dengan kami kerana aku bakal menyusukan si kecil itu nanti.. aku benar-benar bersyukur dengan nikamat ini ya Allah...alhamdulillah..

Sudut baby kami.. InshaaAllah
Gambar di atas ni antara persiapan kami untuk menyambut kelahiran si kecil tersebut ke dunia ialah 11 tahun menanti insan bergelar anak.. so kami pun sibuk memasang katil si kecil menyiapkan sudut untuk si kecil dalam bilik kami dan membeli pelbagai keperluannya...  daripada pakaian hingga ke stroller semuanya telah kami belikan. aku lihat suami sangat excited dan kadang-kala hati kecil ini terusik kerana andai ianya adalah anak dari rahim aku alangkah bagusnya dan cepat-cepat hati ini beristigfar.. sesungguhnya apa yang Allah telah tetapkan untuk kami itu yang terbaik.. namun di sudut hati ini aku masih mengharapkan agar satu hari nanti aku di beri kesempatan untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu yang mengandungkan sendiri anaknya... alamak tetiba macam syahdu je bunyi nya.. oklah tak nak touching2.. doakan yang terbaik buat kami.. sekian untuk kali ini.. waAllahualam