semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Assalamualikum...  semoga hari ini lebih baik dari semalam... oh entry kali ni tajuk cam aku nak ambik anak angkat kan.. emm rasanya cam tulah.. Oh ya Today birthday my hubby 36 years old... moga Allah pangangkan umur suamiku.. dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman...amenn.. Bila fikir umur suamiku yang dah 36 dan umur aku yang dah masuk 33 next month mcam seriau pulak sebab kami masih berdua... tapi bersabarlah wahai hati itukan Allah yang tentukan so aku patut sebut Alhamdulillah... oh ya syukur sebab Allah masih beri kami kasih sayang dan rahmat yang melimpah ruah... Terima kasih ya Allah..

Oh melencong dari tajuk asal sudah... berbalik pada tajuk anak angkat.. emm just terkejut bila kawan bagi tau ada seorang ibu ni nak beri anak dia tapi kami perlu tanggung kos bersalin di hospital..  emm berfikir sejenak.. tanya pendapat suami dan suami bagi green light.. oh alhamdulillah moga dipermudahkan segala urusan.  Sekiranya baby itu memang Allah telah suratkan sebagai anak angkat kami InsyaAllah kami terima dengan tangan terbuka.. tak kisahlah siapa pun asal usul dia.. ia tetap insan suci yang lahir seperti kain putih dan ibubapanya lah yang akan mencorakkannya nanti..

Ya Allah aku memohon hanya kepadaMu sekiranya urusan ini baik untuk kami, baik untuk agama kami dan baik untuk masa depan kami lorongkanlah kami kepadanya dan permudahkanlah kami. Hanya padaMu kami berserah dan memohon petunjuk sesungguhnya kami jahil ya Allah bantulah kami ini dan janganlah Kau biarkan kami menentukan arah kehidupan kami tanpa bimbingan dariMu... sesungguhnya hanya padamu Kami meminta dan hanya padaMu kami mohon pertolongan.. Ameen ya Rabbal alameen... 
Asalam...

Tetiba rasa macam nak bercerita... Hati terusik chit.. cam novel jer.. hahaha.. sebenarnya baru-baru ni aku bercuti sebab nak ajak anak-anak sedara gi Berjaya Time Square untuk bermain kat sana.. but sedihnya bila Mak bebudak tu nak balik kampung dan tak bagi my hubby bawa bebudak tu.. huhu tetiba menitis air mata aku.. then terus cakap dekat En Suami.. abang kita ambik anak angkat jerlah x payah nak susah2 pinjam anak orang.. huhu then dia cuma senyap jer as usual bila aku mengeluh.. emm tapi biasanya ada hikmah atas setiap apa terjadi kan.. so hari tu aku dan suami habiskan masa dengan ber'dating' haha.. we had fun.. tengok wayang, main boling.. holding hand jalan2 kat mid valley.. makan-makan.. rasa macam bercinta semula... bercinta dulu x leh buat cam tu.. hehe. i hope one day segala yang kita impikan menjadi kenyataan.. tq my hubby yang sentiasa menyokong dan memahami diri ini... 

ok sekian wasalam
Asalamualikum...

Moga Aidilfitri kali ini membawa seribu keinsafan dan kebaikan berkat dari bulan Ramadhan al Mubarak.. Alhamdulillah dapat berada dalam bulan syawal.. tahun ni beraya di Penang dan  raya ke3 hingga ke 5 beraya di Johor... mmm tahun ni x beraya sangat so tak adalah soalan cepu emas... bila lagi nak bertiga... asyik berdua je.. hmm apa nak jawab buat bijak jelah senyum... kan ke sedekah tu dapat pahala... tapi jauh disudut hati melihat ahli keluarga yang beraya dengan anak-anak dan melihat keletah mereka yang comel dan manja... terdetik juga rasa cemburu di hati dan cepat2 istigfar takut ada syaitan yang mula bertandang.... 

Tapi bila tengok En Suami mengendong baby dan bermain dgn baby hati mula rasa tersentuh dan rasa bersalahnya diri ini sbb x dapat berikan zuriat kepadanya... terima kasih suamiku kerana bersabar dan sentiasa setia disampingku.. moga satu hari nanti impian kita akan menjadi nyata.. Aku pun pujuk diri dengan menghantar imej positif dalam minda dengan membayangkan Suamiku bermain dengan anak-anak kami pada hari raya tahun hadapan... emm kata Dr Muhaya perlu sentiasa berfikiran positif dan bayangkan perkara yang baik.. InshaAllah ianya akan menjadi kenyataan....ameen
asalamualaik...

huhu.. feel sad Ramadhan will leaving us soon...Ya Allah berikanlah kebaikan Ramadhan ini untuk aku terus menjadi insan pilihan untuk sentiasa beramal dan beribadat kepadaMu.... bulan Ramadhankan bulan untuk membentuk diri, dari dalaman dan luaran dan apabila tiba syawal ianya bulan kemenangan.. namun aku masih kalah dengan nafsu dan masih sukar untuk mendidik dan membentuk nafsu ini... Ya Allah bantu aku...

Oh sedikit story tentang anak.. semalam ada kawan baik yang kawin lama juga tak ada anak tetiba disahkan mengandung.. happy for that news.. and suddenly feel why i don't get the happy news like that during Ramadhan.. Astagfirullah al azim.. baru sedar terlepas kata-kata di hati siapalah aku untuk tentukan itu semua.. yang pasti apa yang Allah beri itulah yang terbaik buat aku dan suami dunia akhirat.. Ya Allah jangalah Kau biarkan aku sendiri menentukan arah hidupku tanpa panduan dari Mu.. aku takut ya Allah.. diri yang hina dan lemah ini tidak mampu memikul dunia di atas bahunya sendiri tanpa bantuan dari Mu...

Doaku:
Ya Allah, Engkau Maha pengasih dan bersikap kasih.. aku pohon pandanglah aku dengan pandangan kasihMu.. tanpa cinta dan kasihMu aku lemas ya Allah... Ya Allah andai telah ditakdirkan ada rezeki untukku dan suamiku memiliki insan bergelar anak yang akan mendoakan kami bila kami mati kelak... Aku pohon padamu ya Allah dengan rahim ku yang kau cipta untuk membolehkan zuriat kami dijadikan oleh Mu.. jadikanlah ia ya Allah dengan kalimahMu Kun Fayakun.. jadi maka jadilah dan aku setia menanti detik dan waktu itu...sekiranya masih jauh dekatkanlah.. aku memohon dan merayu hanya padaMu Tuhan sekalian alam dengan  selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw... ameen
Alhamdulillah akhirnya bertemu juga 10 Ramadhan terakhir... Ya Allah dengan rahmatMu aku pohon ketemukan aku dengan Lailatulqadar Mu.. berikanlah malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu kepadaku walau aku tahu ibadahku tidak melayakkan aku yang selalu melupai Mu... Aku pohon pada Mu Ya Allah..semoga Ibadahku diterima... aku lemah dan jahil Ya Allah... hanya padaMu ku berserah... Ameen Ya Rab

Assalamualikum...

Tetiba rasa nak mencoret berlebih-lebihan pulak hari ini.. bukan apa cuma nak share.. sebenarnya pada tahun 2012 aku ada datang sekali lagi ke LPPKN dan pada visit tu aku dan suami dah decide dah nak buat IVF.. bila consult dengan Dr tapi Dr buat semakan pada rekod sedia ada dan mengatakan aku dan suami subur dan still consult kitaorang untuk cuba IUI untuk kali ke tiga dan ianya bermaksud cubaan terakhir untuk IUI... yang letihnya untuk proses tersebut aku terpaksa buat semula HSG untuk tahu tiub tersumbat atau tidak...

HSG memang menyakitkan walaupun untuk kali kedua.. as usual ianya ok tak tersumbat but kali ni aku tanya doktor adakah rahim aku terbalik sbb sebelum ni dr Ismail Tambi ada kata bila tgok film xray tu mcm terbalik rahim aku... dan doktor tu cakap ada sedikit ke belakang dan bukannya terbalik  sangat... so dia note dekat situ retroverted uterus.. so bila jumpa Dr untuk perjumpaan seterusnya aku tanyalah ada masalah tak kalau rahim terbalik.. dr cakap dalam perubatan selagi ianya tak tersumbat, terbalik tu bukan masalah untuk tidak mengandung... so berlaku jugalah IUI ke3 dan mungkin belum rezeki kami... ianya masih tidak berjaya...

dan masa berlalu terlalu cepat.. dengan assingment berlambak dan exam aku mula menangguhkan prosedur tersebut dan yang sebetulnya nak kumpul balik duit RM10 ribu ++ tu yang jadi IVF tersebut tertangguh... ada hikmah disebalik apa yang berlaku...

oh berbalik pada tajuk should i trying the IVF procedur... dalam kehidupan perlu berani untuk bertaruh.. taruhan harapan dan wang... apa-apa pun sedang tunggu petunjuk Allah mungkin Ramadhan ini ada petunjuk terbaik dari Nya...

Sabarlah wahai hati..apa yang membuatkan aku kuat untuk menghadapi semua ini.. kerana aku sering fikirkan bahawa apa yang kita mahu kadangkala cuma baik bagi kita namun tidak bagi ALLAH.. Aku redho dengan ketentuan Mu... terima kasih ya ALLAH..

sekian untuk kali iniWaAllahualam
Bismillahirahmanirahim.... Ya Allah dalam diam tak diam dah setahun aku tinggalkan blog ni.. Al maklumlah akukan bukan penulis blog yang rajin serta tegar ... menulis sebab suka suki.. huhu.. Apa-apa pun aku amat bersyukur kerana Allah memberi aku ruang dan peluang untuk aku terus bertemu bulan mulia ini Ramadhan al mubarak.. Ya Allah aku pohon kepada Mu.. semoga Ramadhan ini memberi seribu rahmat dan barakah kepdaku, suamiku,ahli keluargaku, rakan-rakanku serta umat Islam di seluruh alam ini... ameen ya rab