
Emm itu satu hal... oklah aku dan suami tak kisah anak itu sah taraf atau tidak, sebab bagi kami bayi tersebut suci biarpun apa asal usulnya.. tapi bila tanya dokumen perjalanan pulak dia kata dia kosong dan tak ada apa2.. ohooo... ini pasti menyukarkan aku dan suami untuk membuat prosedur pengangkatan nanti.. so berfikir sejenak dan tanya lagi apa yang dia hendak kami berikan sekiranya dia berikan anaknya yang baru lahir kepada kami, ibu mengandung tu tunduk terpisat2 nak bercakap dan orang tengah tersebut cakap dia ada hutang dengan mereka RM2700 lepas tu dia perlukan biaya bersalin di hospital swasta sebanyak RM2500 sebab dia tak ada dokumen sah jadi terpaksa bersalin di swasta dan lepas bersalin dia tak nak tengok bayi dan nak serahkan terus dan mahu pulang ke Indonesia dan kami diminta membiayai wang untuk ibu tersebut pulang ke Indonesia.So secara totalnya kami perlu spend more then 7K untuk membiayai kos keseluruhan untuk mengambil anak angkat yang bakal lahir pada 7 Oktober 2013 dan kami diberitahu anak tersebut adalah lelaki. Sebenarnya agak banyak wang yang perlu diperuntukan untuk proses ini rupanya dan kami ni pun tak punya apa2 persediaan yang telah dibeli untuk menyambut bayi... jadinya kami ambil keputusan untuk berfikir dan beristikarah terlebih dahulu.
Adakah bayi tersebut bakal menjadi milik kami... waAllahulam tapi semasa menulis entrry ini pun hati aku berat mengatakan tidak dan bila bertanya suami dalam perjalanan pulang tadi suami pun macam aku jugak. Alasan pertamanya sebab aku tak dapat bercakap terus dengan ibu tersebut tetapi melalui orang tengah. Keduanya wang tersebut yang perlu disediakan sebenarnya agak banyak dan mungkin aku tak ada duit sebanyak itu buat masa ini. Ketiganya ibu tersebut tak ada dokumen yang sah, aku risau sekiranya ianya menyukarkan pendaftaran anak angkat nanti. Apa2 pun ianya menjadi pengalaman pertama kami dalam usaha mencari anak angkat dan sekiranya ianya bukan milik kami maka kami akan usahakan lagi untuk mencari anak angkat yang lain. sekian entry untuk kali ini semoga ianya menjadi titik tolak kepada sesuatu yang baik kelak... ameen...
0 comments:
Post a Comment