semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Assalamualikum...salam Jumaat 

Alhamdulillah dengan nafas yang masih dipinjamkan ini aku masih boleh menaip di laman blog yang kian lama kian bersawang.. huhu..
Hari ni aku bercadang nak berkongsi tentang pengalaman dari tahun pertama perkahwinan dan produk yang telah dicuba untuk hamil... jom kita lihat siapa yang kena... tapi sebelum tu meh tengok foto kawin yang en hubby conteng dalam s memo.. you are so sweet dear.. love u more and more...



Tahun Pertama Perkahwinan..

Bila baru kahwin ni tahun pertama tahun bermanja dengan suami dan tahun nak kenal mertua.. antara ayat pedas yang aku ingat hingga kini "korang ni tak nak anak ke?"  "hai dah berapa lama mengeram x menetas-netas.. orang lain yang baru kawin tu dah mengandung" salah satu sindiran yang aku terima oleh orang-orang seangkatan yang suka bertanya... adoyai.. pedasnya sindiran itu tapi maafkan mereka Ya Allah mungkin mereka lupa bahawa rezeki anak itu rahsia yang hanya Engkau ketahui..
Dan aku waktu itu manja sangat.. orang tegur lebih-lebih mulalah nak nangis.. mana tak umur baru 23 tahun masih muda belia.. citt poraah.. muda ke apa... zaman mak aku dulu anak dah tiga masa umur tu..ok..ok.. stop sebelum terus melalut ..nak cerita bila dah kena sindir sana sini aku pun mulalah pergi berurut..

First berurut dengan nenek saudara sendiri tapi aku tak berapa sesuai dengan dia.. so tak berjaya..
ok misi tetap diteruskan balik kampung jumpa tukang urut terkenal kampung yang ramai orang berurut dengan dia berjaya mendapat zuriat.. dah memang rezeki kan.. dan nenek tu urutlah aku dan suruh aku minum air daun labu tapi bukan labu biasa tu kalau tak silap orang kita panggil labu siam.. sebab ianya tergantung.. dan air tu punyalah teruk rasa dia...huhuhu sampai muntah belilah aku minum.. tapi 3 kali gak lah aku mencuba nasib.. but semua itu rezeki Allah. Dan aku pun tak mengandung juga.."ala ayang tak apalah baru tahun pertama" bisik suami aku lembut memujuk.. bila aku bersungut dan bersedih setiap kali period.. apa dah... period pun nak nangis mengalahkan budak kecik yang datang haid kali pertama.hihi

                                        
inilah kot daun labu yang aku minum setelah diblend dan ditapis... errr no way kalau bagi lagi tak mau dah..sebab rasanya memang worst..

hikmah sebalik apa yang berlaku:- aku berpindah sendiri ke rumah sewa dan mula hidup berdikari sebagai suami isteri...  pandai-pandai nak hidup ok.. dan kitaorang dah start berjimat dan menyimpan duit untuk baby kot2 tahun berikutnya dapat baby...

Masuk tahun kedua perkahwinan..

Wah kali ni makin hebat tamparan wanita yang aku terima... pergi mana-mana pun orang tanya alahai letih la.. kadang-kadang jawab "alah kitaorangkan masih pengantin baru" sambil tersenyum paksa..
Demi memujuk hati yang nakkan anak tu, aku pun mula mengajar di sekolah tadika swasta.. masa ni rasa rindu nak tengok zuriat sendiri sedikit terubat bila anak-anak kecil yang belajar sangat manja dan comel.. huhu geram... Tapi hakikat sebenarnya bila selalu tengok budak comel tu lama-kelamaan keinginan mempunyai anak lagilah makin membuak-buak...memang cari penyakit kau ni Lin oii..

Tahun ni mertua aku pergi umrah jadi seperti biasa bila balik umrah orang akan beri kita  buah zuriat untuk dicuba. Buah zuriat tu mak suruh rebus dan minum air rebusan tu..
dan ada versi lain pulak suruh kami belah dan kemudian rebus bahagian dalam sahaja
dan ada juga orang suruh kami belah buah tu dan ambil isi luar sahaja.. parutkan dan rebus..
Dan yang bestnya kami buat semua tu bila setiap kali orang balik umrah dan bagi dekat kami dengan pelbagai kaedah yang berbeza.. 
emm.. tapi dah namanya rezeki dan bukan ianya rezeki kami untuk memiliki anak dengan minum air buah zuriat tu.. jadi bersabarlah ya sayang... kita cuba lagi tahun depan dan kali ini aku sendiri yang memujuk diri... sebab dah besar dah tak kuat nangis macam dulu..


Inilah buat zuriat yang telah banyak kali aku cuba dan aku memang bagus bab mencuba ni.. walaupun dah banyak kali orang bagi tapi tak pernah aku tak cuba sebab.. aku percaya bahawa doa seseorang dengan seseorang yang lain tu berbeza. Apa-apa pun aku amat berterima kasih kepada mereka yang amat perihatin dengan nasib kami dan menitipkan doa dan ingatan buat kami semasa berada di Mekah. Alhamdulillah.

Hikmah di sebalik apa yang berlaku:- bila dah dua tahun tak ada anak mulalah duit simpanan pun makin banyak... emmm konon-kononya kitaorang menabung untuk anak yang bakal lahir so setiap bulan memang ada peruntukan duit untuk baby.. dan the best thing is kita orang dapat buat bayaran habis duit kereta hasil dari tabungan untuk baby yang tak jadi digunakan untuk baby.. apa2 pun Alhamdulillah...fuhh lega tak berhutang dah.. 

okeylah buat kali ini kita cerita yang ini dulu.. ada kerja lain yang perlu aku bereskan.. InshaaAllah aku akan terus update tahun-tahun berikutnya.. nak gi semak cik diary dulu.. hihi

sekian salam sayang dan salam ukhuwah. 






0 comments: