semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Assalamualikum...

seperti biasa doa dan harapan ku agar kita semua di rahmati oleh Allah.. ameen

so hari ni kita sambung topik yang lepas.. untuk pengetahuan semua selepas tak berjaya dengan IUI pertama tu kami suami isteri pun decide untuk buat IUI kedua pada bulan berikutnya...

so kali ini Dr telah menukar ubat aku dari yang sunti di perut kepada suntik di punggung... so terpaksalah setiap malam aku pergi cari Dr untuk menyuntik ubat tersebut.. almaklumlah nak cari Dr perempuan yang bertugas malam bukan senang... tapi untuk suntikan di punggung ni sebenarnya bagi aku lebih sakit dari suntikan di perut hari tu.. entahlah tak tau kenapa..

so seperti IUI pertama jugak hari ke12 kena gi check telur... dan result still sama ada 6 biji telur yang sihat.. dan setelah tiba hari ke 14 kena suntik untuk prosedur IUI.. untuk kali kedua ni pun suami kena keluarkan sperma yg lain.. tapi aku rasa prosedur kali ini macam lebih mudah dan menenangkan mungkin first time dulu agak takut2...

aku dan suami sepanjang masa berdoa agar prosedur ini berjaya... namun masih belum ada rezeki tepat 28 hb aku period seperti biasa.. namun kali ini aku tak dapat kawal perasaan aku.. dibahu suami aku menangis teresak2.. mungkin tak boleh terima hakikat bahawa sakitnya proses yang telah dilakukan namun masih tak berjaya... suami cuma mampu menenangkan aku dengan kata2 perangsang untuk aku tabah menghadapi semua ini.. cobaan,... sungguh Allah sedang menguji kami dengan dugaaan ini... doakan kami terus tabah menghadapi semua ini...

Apa yang Dr minta kami lakukan selepas gagal IUI kedua ini adalah menggunakan kaedah IVF.. maksudnya bayi tabung uji... suami bagi galakan untuk mencuba..namun aku agak takut ianya akan gagal seperti IUI, jadi aku mohon agar suami bagi aku tempoh bertenang dahulu..

emm tup2 dah 3 tahun ianya berlalu seperti itu.. dan sekarang ni setelah berusia 31 tahun barulah aku tersedar bahawa aku perlu juga menjalankan prosedur IVF... semoga dengan melalui prosedur IVF ini ianya akan menjadikan impian dan harapan kami untuk memiliki anak berjaya..manalah tahu dapat kembar 3 ke.. doakan kami ya...

sekian untuk kali ini... nanti saya cerita pulak tentang IVf... jumpa nanti.. wasalam...


0 comments: