semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - First Birthday

Assalamualaikum...

Alhamdulillah atas nyawa yang masih dipinjamkan... syukur masih berkesempatan untuk terus menaip di blog ni.. semoga setiap apa yang dikongsikan ada manfaat di dalamnya InsyaAllah

Berbalik kepada cerita anak angkat.. baru semalam ada kawan beritahu ada orang nak bagi anak yang masih dalam kandungannya.. aku dengar macam suspen pulak.. rupa-rupanya ada seorang hamba Allah ni uruskan tentang anak-anak gadis yang terlanjur yang tak nak family tahu atau pun family tahu tapi tak sanggup nak tanggung malu nanti sebab risaukan cakap-cakap orang sekeliling...

Oleh yang demikian sesiapa yang berhajat untuk mengambil anak dalam kandungan tu kena jaga Ibu bayi yang dipanggil biomum sehingga melahirkan, bawa pergi rawatan dan semestinya kena bayarkan duit rawatan sehingga lahir and lastly kena jaga biomum tu sampai sihat selepas melahirkan. 

Aku tanya juga apakah bayaran yang dimahukan, agen tersebut cakap sekiranya jadi ambil bayi tersebut bayar RM300 kepadanya sebagai upah dan sekiranya hendak bagi duit saguhati kepada biomum perlu bincang sendiri.

Sekarang aku ada dua pilihan samaada nak pilih biomum yang usia kandungan telah 7 bulan namun hendak bersalin di hospital swasta sebab risau keluarga tahu (yang ini katanya baby boy) ataupun yang usia kandungan 4 bulan namun keluarga telah tahu dan tidak kisah untuk bersalin di hospital Kerajaan.

Aku masih beristiqarah.. mohon doanya ya sahabiah sekalian...semoga yang terbaik buat kami.. InshaaAllah

sekian wasalam

6 comments:

Anonymous said...

mudah2an dipermudahkan..
saya pun amek anak angkat..
saya jga biomum dr kndungannya 4 bulan..
sehinggalah melahirkan..
skrg baby da 4 bulan..

Wan Mallinee said...

bestnya awak.. saya tak dapat lah sebab bagi keputusan lambat sangat.. so melepas kedua-duanya dah ada orang lain sambar dulu.. emm bukan rezeki saya kot...

Anonymous said...

Saya doakan Pn akan mendapat cahaya mata dalam masa terdekat.. Aamiin YaRabbal Aalamiin....

Ummi said...

Salam.. Saya baru lepas melahirkan anak tetapi disebab kan high risk dan beberapa complication anak sy meninggal selepas 4 jam di lahir kan. Skrg saya x boleh lg mengandung sebab doctor dah ikat kan per anak an saya. Boleh bagi saya contact no org yang boleh bantu carikan anak angkat tu tak. Ni email sy syaf1981@gmail.com. Terima kasih banyak2 kalau dpt bantu sy.

sBeautyshop said...

Salam pn.. bleh emailkn kat sy ctc no org yg bleh bantu dptkn ank angkat tu.. sy dh berkhwin tp keguguran dan sekarang blem masih puny zuriat setelah 5thun.. jika ade yg sudi mnyerahkn bayiny dgn iklas.. sy dan suami akn mnjgany sepenuh ati..emailkn di sBeautyshop@gmail.com.

Wan Mallinee said...

asalam.. sedih mendengar nasib rakan-rakan lain.. pn ummi dan sbeautyshop saya akan emailkan contact number pada puan berdua inshaaAllah.. moga kalian berjaya mendapat anak angkat. aamiin