semoga Allah merahmati Perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Assalamualaikum... 

Semoga kita semua berada dalam nikmat Islam dan Iman.. aamiin... tetiba rasa ada benda yang perlu aku kongsikan dengan kamu cik blog... emm apa lagi kalau bukan cerita anak dan anak angkat..  ialah bukankah engkau diciptakan untuk meluahkan rasa hati... so semoga cik blog tak jemu dengar cerita aku tentang anak dan anak dan anak.. hihi (^___^)

Oklah straight to the point semalam aku dapat satu info tentang ada seorang biomum yang nak beri anaknya kepada keluarga yang boleh menyara anaknya... aku pun terus berhubung dengan biomum tersebut dan usia kandungannya telah memasuki trimester terakhir sebab dia dijangka bersalin paling awal 8 November 2014 atau paling lewat 20 November 2014. Oh.. hanya tinggal sebulan untuk aku membuat persiapan. sempat ke tanya hati.. InshaaAllah andai dia ditakdirkan milik kami...

Balik rumah beri suami baca segala perbualan kami melalui whatsApp dan suami terus setuju.. dia kata dari cara adik tu bercakap dia budak yang baik dan suami aku yang sarankan kami berjumpa sebab kalau adik tu betul2 serius aku nak ambik pil agar aku boleh menyusukan anak tersebut dan dari perbincangan aku dengan doktor sebelum ini dia sarankan aku ambik sebulan sebelum anak tersebut dijangka lahir. so hubby nampak lagi excited dia ajak kami berjumpa malam tu juga...

Dugaan... cari kolej adik tu pun agak jauh.. dan seperti biasa bila jalan malam memang tersesat baratlah jugak walaupun gunakan google maps.. bila sampai kolej tunggu adik tu sebab dia tengah buat asgmnt.. beria-ria minta maaf suruh kami tunggu.. dalam hati aku.. gigihnya adik ni still rajin belajar... 

Ok dipendekkan cerita adik ni sebenarnya nak jaga anak ni sendiri tapi membayangkan dia masih belajar dan dia takut tak mampu menyara anak tu nanti.  Dari cara bercakap nampak sangat dia sayangkan anak tersebut sebab berulang-ulang kali dia bertanya adakah aku akan izinkan dia berjumpa anak tersebut untuk mengetahui perkembangan anaknya nanti.  Aku dan suami bukan orang yang zalim mungkin nanti kami akan cemburu dengan hubungan mereka tapi memikirkan walau apapun yang berlaku hubungan anak dan ibu takkan terputus jadi kami decide untuk benarkan dia tengok anak dia... semoga keputusan yang kami buat ini tak salah.

Apa yang adik ni nak... tak ada.. non.. even bil hospital pun dia nak bayar sendiri sebab dia nak bersalin di hospital swasta.. dia takut menyusahkan sebab tu dia berusaha kumpul duit untuk bersalin nanti... tapi sebagai keluarga yang akan ambil anak tersebut untuk dijaga kami takkan nak biarkan ianya berlaku.. aku pujuk dia agar duduk dengan aku bulan depan sebab aku nak dia bersalin di hospital swasta berdekatan rumah aku sebab di situ lebih Islamik dan kami akan biayai semua kos. Aku juga akan jaga dia seminggu dan aku rancang nak minta bidan (adik aku sendiri) untuk mengurut biomum tersebut agar dia benar-benar sihat.

Semoga segalanya dipermudahkan.. petang ni kami nak ikut biomum tu gi buat checkup terakhir di klinik yang biasa dia pergi dan selepas ni kami akan tukar tempat checkup dan tempat bersalin dia.. semoga Allah rezekikan anak itu untuk kami... aamiin

Ok sekarang kena fikir persiapan bayi.. dan apa-apa nanti aku update lagi ya cik blog.. semoga ada masa sebab asgmnt tengah berlambak-lambak minta disiapkan.. huhu

Wasalam...






Asalam semua.. semoga kita semua berada dalam Islam dan Iman.. aamiin

Just nak share tentang apa yang aku pelajari... (^__^)
Alhamdulillah diam tak diam dah masuk semester dua aku melanjutkan pelajaran dalam bidang Pembangunan sumber manusia ni.. dan semester lepas aku ambil empat subjek dan the best thing is i got 4.00 for all subject.. yeaayyyy... first time dalam sejarah belajar kat U aku dpt result sebaik ini selalunya yang paling baik pun 3.86 and so so lah.. mungkin ada hikmahnya aku pitam dalam bilik air sebab nak dapat result 4.00 hiihi..

Prof Turiman Suandi
Oh mula-mula tu masa belajar ni aku plan nak buat project paper tapi disebabkan masa buat research method tu kena baca paling kurang 50 jurnal untuk dijadikan rujukan dan kena menulis sebanyak 80m/s - 100 m/s untuk tajuk yang aku cadangkan tu so akhirnya aku mengalah..  aku memang tak mampu walaupun kerja di MAMPU.. (*~*) sorry ya my Supervisor Prof Turiman Suandi..


Apa bezanya belajar degree dan master ni.. emm bezanya masa degree dulu buat PJJ dan master ni buat fulltime dan bestnya bila boleh belajar dan menatap muka pensyarah tiap--tiap minggu.. sungguh aku dahagakan ilmu mereka. almaklumlah mereka ni semua dah banyak pengalaman mengajar dan kebanyakannya dah pencen dan merupakan pensyarah kontrak.  Salah satu yang aku suka sem. ini bila dapat 'ayah angkat'... haha sebab apa sebab nama aku sama dengan nama anak Dr Azahari jadi dia akan kenalkan pada orang lain yang aku ni anak dia... hihi dan satu aku suka belajar dengan Dr Azahari ni sebab dia banyak idea bila mengajar dan sentiasa buat kami dalam kelas berfikir... semoga Allah membalas budi baik semua pensyarah2 yang mengajar aku... aamiin


My 'Ayah' Prof Madya Dr Azahari
oh dan sem ni aku buat giler lagi... ambik 5 subjek.. biar betul aku ni.. dahlah belajar sambil bekerja... harap2 boleh bawak dan tak pitam macam sem lepas... kalau orang lain boleh kenapa tidak aku.. aku ingat lagi arwah ayah selalu pujuk aku dulu kalau rasa down dia akan cakap "anak ayah pun boleh buat jugalah, orang lain makan nasi kak lin pun makan nasi juga..." i love his word and until now aku berpegang kepada kata-kata arwah ayah. Terima kasih ayah... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah...aamiin

Oklah sekian untuk kali ini nak sambung buat asgmnt ni... wasalam


Asalam semua...
oklah nak cerita tentang temuduga ni pulak... nampak tak.. bila dah mula menaip aku tak boleh post satu benda je.. ada jer benda lain nak citer.. lagi-lagi bila semua kerja rumah dah siap di settle kan pagi-pagi sabtu nan indah ni...hihi

Macam ni citer dia..sebenarnya semalam Jumaat 19/9/14 aku hadiri satu lagi temuduga.. Penolong Penguasa Kastam W27 pulak.. emm nampaknya bulan ni memang bulan untuk aku ditemuduga... 

Nak kongsi dengan sesiapa yang masih belum pergi temuduga ni sebab setahu aku temuduga ni berlangsung hingga 2 oktober 2014...

aku sampai dekat SPA pada jam 8.05pagi lepas letak surat panggilan temuduga dalam box yang disediakan aku pun duduklah diruangan menunggu sementara tunggu nama dipanggil untuk proses dokumentasi.. so lama gak dalam 15 minit baru nama aku dipanggil.. lepas tu x sempat aku nak isi ruangan yang dicop oleh pegawai spa tu nombor aku dah keluar depan bilik temuduga.. aramak camna ni.. so aku pun masuk jelah lepas ketuk pintu.... sopan gitu.. hihi

beri salam dan tak sempat ucap selamat pagi penemuduga sorang lagi dah ucapkan selamat pagi kat aku sebab penemuduga tu India.. Kali ni kedua-dua panel adalah lelaki.. 

as usual lepas serahkan dokumen dan awal-awal aku minta maaf sebab tak sempat isi lagi dokumen tu dan aku tanya perlu tak di isi... penemuduga tu kata tak apa dan suruh aku duduk...dan aku menanti untuk diserang.. ok sekali lagi aku nervous jugak... apa daaaa...

soalan pertama.. dari pegawai SPA are you rushing Miss??? we was waiting for 15 minute but nobody come in...
eh soalan apa pulak ni... aku jawablah aku tak rushing tapi tak sempat tulis dokumen tu sebab baru je lepas proses dokumentasi dan nombor aku dah naik.. dan aku dah tunggu lama gak kat depan tu tapi nama tak dipanggil.. nasib baik muka uncle tu mesra alam so tak ler aku mengelabah...

then dia suruh ceritakan tentang diri serba sedikit.. in english
so cerita jelah...

then dia tanya first time ke temuduga dengan spa
aku jawablah last week pun aku ada temuduga penolong pegawai belia dan sukan

then dia tanya awak belajar diploma akauntansi tapi kenapa degree bidang lain
aku jawab sebab untuk pelajari sesuatu yang baru dan sebab dgn diploma tu saya langsung tak pernah dipanggil untuk jawatan W dan ini jawatan pertama yang ditawarkan untuk di interview selepas 13 tahun saya ada diploma akauntansi tu..

then tanya berapa tahun dah berkhidmat dengan kerajaan dan dimana
so aku jawab lah bla..bla..bla..

then tanya suami kerja apa dan tentang anak
so aku pun jawablah apa yang patut.. kat sini best sikit jawapan dia.. adalah rezeki anak tu nanti.. macam belajar ni awak dah belajar dah bertahun mungkin ada rezeki lepas ni.. (terus cakap melayu sebab dia simpati kot)

Pegawai Kastam tu pulak tanya... dalam bahasa melayu pulak..
cerita sikit apa tu jabatan kastam dan tugas kastam
aku jawab mengikut apa yang aku baca... bantai jelah...

then dia tanya tadi awak kata kastam tu salah satu agensi yang memungut cukai.. ada agensi lain ke yang memungut cukai?
aku jawab ada.. LHDN

then dia tanya LHDN tu apa dan pungut cukai apa?
aku jawablah Lembaga hasil dalam negeri dan pungut cukai pendapatan.

then tanya cukai apa je yang kastam pungut?
aku jawab duti eksais, duti eksport, duti import, cukai jualan dan cukai perkhidmatan... rasanya levi kenderaan pun ada tapi aku tak cakap..

then tanya.. cukai jualan tu dalam english apa ya?

dan tetiba aku terlupa.. bila cakap melayu suruh translate english memang aku lembab.. baik tanya in english je... aku jawab.. jualan... sales... sales tax lah kan.. pegawai tu gelak.. saja tau..

then tanya pernah tak berurusan dengan kastam awak pernah pergi oversea ke? dan pergi mana?
aku jawab pernah masa pergi dan balik dari umrah..then bla.bla..bla...

then dia tanya apa jer urusan dengan kastam tersebut
aku bagitau dia buat pemeriksaan bagasi..

then dia tanya ada tak bercakap dengan mereka

aku jawab tak ada sebab bagasi saya tu clear je.. jadi saya cuma cakap terima kasih.. 

then tanya tentang gst
jawablah apa yang patut.. dah bacakan benda tu.. tapi cam gagap je aku jawab kenapalah dengan aku ni... sampai pegawai tu tersenyum.. sib baik muka dia manis je.. aku pun tersenyum-senyumlah sebab dia senyum.. hahaha..

then lepas tu tanya soalan kalau makan kfc nanti bayar tak gst
aku jawab kenalah bayar sbb gst ganti cukai sedia ada.. lepas tu dia cakap kenapa bayar kan tahun depan baru start.. laaa.. tricky question rupanya.. tak terfikir pulak cam tu jawapan dia.. lepas tu dia gelak besar.. amboi.. berjaya kenakan aku lahtu..chittt..

sambung balik pegawai spa menyoal...
kastam bawah kementerian mana ya?
sib baik soklan ni kacang jer... MOF lah kan of coz... hihi

then dia tanya apa lagi jabatan yang di bawah MOF
aku jawab Jab akauntant negara.. lepas tu dia tanya confirm ke.. hihi bila tanya gini mulalah aku mcam blur.. aku tanya balik salah ker..haha.. 

then tanya siapa nama Ketua Pengarah Kastam
so aku jawab Dato' Sri Khazali bin hj. Ahmad.

then dia tanya sorang je ke Ketua Pengarah Kastam 
aku jawab yup sorang jer.. confirm ke?? yes confirm.. saja je diaorang ni tau..

then tanya Ketua Pengarah SPA

yang ni aku cakap maaf saya tak tahu sebab saya tak baca... lebih baik mengaku dari buat2 pandai kan.. biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya... huhu

then tanya oklah siapa ya Pengerusi temuduga hari ini
aku pun jawablah nama beliau Tuan Haji*** then dia tanya lagi confirm ke saya tu? la.. confirmlah tuan takkan en. *** tu kot.. dia kan  India.. gelak besar dua-dua orang tu..

tu jer soalan dia orang.. panjang jugak kan.. tapi memang kelakar penemuduga berdua ni.. aku keluar bilik temuduga tersenyum-senyum sebab mereka ni memang tak buat aku stress langsung.. tak macam temuduga sebelum ni...

Alhamdulillah dah settle temuduga.. kalau nak tahu aku bangun pukul 3.30 pagi untuk baca tentang kastam tu tapi bila masuk bilik temuduga tu...mak aiiii.. punyalah nervous.. berulang2 baca doa agar tak gugup.. lepas tu aku pun terfikir.. kalaulah aku disoal di depan Allah nanti..Ya Allah takutnya.. betulkan setiap apa yang berlaku membuat kita berfikir...waAllahualam

sekian untuk kali ini... good luck untuk rakan-rakan lain... lepas ni tunggu temuduga Penguasa Kastam W41 pulak mungkin bulan depan kot... haiiihhhss.. seriau beb...

okeylah...Wasalam..














Assalam semua...

Just nak kongsi pengalaman temuduga jawatan penolong pegawai belia dan sukan KBS baru-baru ni... actually masa pergi temuduga tu dah macam-macam yang aku baca dari segi fakta hingga auta,.. hihi.. tapi bila tiba masanya ketaqlah pulak semua benda lupa... adoyai...

Temuduga tu berlangsung pada pagi Jumaat 12/9/14 di tingkat 6 SPA Putrajaya pukul 8.15pagi so mari kita lihat betapa mengelabahnya aku menjawab soalan temuduga ni... 


Masuk bilik temuduga...Ada dua penemuduga wanita yang jadi panel temuduga... berpeluh lah jugak den nak menjawab soalan dia orang sebab pagi tu aku orang pertama yang masuk bilik temuduga tu..

Mula-mula masuk bilik temuduga tu soalan pertama adalah
sila ceritakan latarbelakang diri
so aku pun citer la. bla..bla..bla...

then tanya tentang penglibatan aku dalam sukan

so aku citer sukan aku dari zaman sekolah hingga bekerja dan selitkan sikit aktiviti sukarelawan..

then tanya kenapa nak jawatan ni..
aku jawab ttg skop kerja jawatan ni berkaitan dgn degree aku sbb ada buat training.. then apa tah lagi aku membebel dah lupa dah..

then dia tanya camna nak daftar pertubuhan belia dan kat mana
yang ni aku lupa nama jab pendaftaran pertubuhan belia tu aku cuma jawab pergi KBS dekat situ ada tempat daftar..hihi

then dia tanya fitMalaysia
aku jawab apa tah tapi yang aku ingat aku jawab untuk jadikan belia bersukan dan kebetulan aku ada pergi masa pelancaran tu so tahulah serba sedikit camna nak goreng... haha

then dia tanya pulak belia dan remaja apa bezanya
sudah.. aku mula blur bila dia tanya benda ni... aku pun bantai je belia tu umur 15 hingga 40 manakala remaja umur 13 hingga 21... hahaha apa daa.. tak terfikir dia tanya soalan ni..
dekat sini penemuduga tu x puas hati ngan jawapan aku... so macam2 lah benda dia pertikai... masak aku... (^~^)

then tanya lagi apa elemen dalam fit Malaysia..
alamak yang ini memang aku tak tahu.. pengsan...(*___*) so aku jawab secara membuta tuli... ada aktiviti fun run.. ada senaman aerobik ada aktiviti sukan mempertahankan diri.. entahlah betul ke tidak..

itu je kot soalan dia... masa ambik balik dokumen dari kedua-dua penemuduga tu lepas ucap terima kasih..bila aku nak keluar tu aku tegur salah seorang penemuduga sebab pakai name tag terbalik.. bukan bertujuan nak malukan dia tapi takut nanti org lain pun nampak x bestlah kan... aku kenalah jaga nama rakan se'gomen'... tapi kelam-kabut makcik tu betulkan nametag dia...errrrkkk mmg confirm x dapat lol... sesuka hati jer aku membuat teguran...

emmm.. semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua...waAllahualam

wasalam...
Assalamualaikum...

Alhamdulillah atas nyawa yang masih dipinjamkan... syukur masih berkesempatan untuk terus menaip di blog ni.. semoga setiap apa yang dikongsikan ada manfaat di dalamnya InsyaAllah

Berbalik kepada cerita anak angkat.. baru semalam ada kawan beritahu ada orang nak bagi anak yang masih dalam kandungannya.. aku dengar macam suspen pulak.. rupa-rupanya ada seorang hamba Allah ni uruskan tentang anak-anak gadis yang terlanjur yang tak nak family tahu atau pun family tahu tapi tak sanggup nak tanggung malu nanti sebab risaukan cakap-cakap orang sekeliling...

Oleh yang demikian sesiapa yang berhajat untuk mengambil anak dalam kandungan tu kena jaga Ibu bayi yang dipanggil biomum sehingga melahirkan, bawa pergi rawatan dan semestinya kena bayarkan duit rawatan sehingga lahir and lastly kena jaga biomum tu sampai sihat selepas melahirkan. 

Aku tanya juga apakah bayaran yang dimahukan, agen tersebut cakap sekiranya jadi ambil bayi tersebut bayar RM300 kepadanya sebagai upah dan sekiranya hendak bagi duit saguhati kepada biomum perlu bincang sendiri.

Sekarang aku ada dua pilihan samaada nak pilih biomum yang usia kandungan telah 7 bulan namun hendak bersalin di hospital swasta sebab risau keluarga tahu (yang ini katanya baby boy) ataupun yang usia kandungan 4 bulan namun keluarga telah tahu dan tidak kisah untuk bersalin di hospital Kerajaan.

Aku masih beristiqarah.. mohon doanya ya sahabiah sekalian...semoga yang terbaik buat kami.. InshaaAllah

sekian wasalam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih berada dalam nikmat Islam dan Iman... Semoga kita berada dalam rahmat Allah..aamiin.. emm disebabkan hari ni ada jamuan hari raya maka.. banyaklah sikit masa aku untuk menaip entry di blog..hihi alasan semua itu..

Oh nak sambung cerita belajar menunggang untuk kelas kedua pula.. ok untuk kelas kedua ni agak berkobar-kobar aku nak pergi sebabnya.. hihi maklumlah dah dapat pakaian lengkapkan.. cuma glove je tak dapat sebab hari tu tak ada saiz.

Hari ni aku belajar yang sama mula-mula walk on, then trot lepas tu belajar canter terus... wah best canter ni walaupun rasa macam nak terbang sebab laju tapi buat-buat feel cam naik buaian yang kita hayun laju-laju gitu...kelam kabut gak mula-mula tu tapi lama-lama ok sikit.. alhamdulillah..  

Hari ni kuda yang menjadi tunggangan aku adalah Paint... Kuda Australia yang sebenarnya berbaka Pony tapi agak besar macam kuda maka ia digunakan untuk pelajar baru cam aku. 


Hari ni jugak aku kena kawal sendiri tali rein tu dan masa ni baru aku tahu bahawa kuda ni pandai buli kita.. huhu kelam kabut gak aku nak kawal tali rein tu.. berdebar sebab selama ni bergantung kepada tali yang En. Awie pegang tu, tapi bila dia tak pegang dan kena kawal sendiri.. merah padam muka aku sebab berdebar-debar.. tapi control macho.. buat-buat berani sebab takut kuda perasan.. leader katanya kan..apa-apa pun naik kuda ni kena ada feel... baru bonding ngan kuda kuat..

Ok.. sekian untuk kali ini.. semoga ada manfaat disebalik coretan ni... 

Wasalam...









Assalamualikum...

Bila dah mula berblog.. aku nak sambung cerita pasal menunggang kuda ni.. Nak di jadikan cerita lepas kelas pertama tu betis aku lebam sebab begesel ngan kuda kot... so apa lagi mula lah kalut cari pakaian yang sesuai untuk menunggang kuda.. so cari punya cari kedai menjual barangan kuda.. tetiba jumpa satu page ni 
http://www.decathlon.my/horse-riding/121/horse-rider-equipment/  

Disebabkan rasanya Decathlon ni dah terkenal dengan barangan online dan barang dia agak murah kalau di'compare' kan dengan kedai-kedai sedia ada tu.  so dengan segala keberanian yang ada aku pun beli barang-barang berikut:-

Black SCHOOLING Boots RM104.90
kasut ni saiz 5UK ikutkan aku saiz 4.5UK tapi taklah longgar sangat
Black Mesh Half Chaps RM78.60
sebenarnya ni chaps untuk budak 14 tahun.. fuhh sib baik muat
Ni aku test pakai boots dan chaps.. tapi perasan tak..
aku pakai Chaps tu terbalik...hahaha.. rupanya ada kiri dan kanan..
Brown Safety Jump Helmet RM170.70
cantik helmet ni suka sangat...
Black SCHOOLING Jodhpurs RM65.50
ni pun seluar budak 14 tahun tapi alhamdulillah muat.. 'tight' giler..
jadi aku pakai jeans jugak sebab.. sangat tak muslimah kalau pakai dia saja
 
Yang bestnya beli barang-barang ni tak kena caj transport sebab beli melebihi RM300. Kalau sesiapa yang rajin ke Singapore tu boleh terus beli kat pusat jualan di sana.. so boleh test pakai lagi puas hati kot... tapi beli online tu pun dia ada bagi guide camna nak ukur agar dapat ukuran yang tepat dan sesuai dengan kita.. so selamat mencuba...

sekian untuk kali ini diharap post kali ini membantu kalian membeli barangan yang sesuai dan dengan harga yang berpatutan untuk kita meneruskan hobi menunggang kuda ni... InshaaAllah.. marilah sama-sama mengamalkan sunah.

sekian wasalam...